Perkahwinan Kedua Itu Tidak Perlu

Assalamu’alaikum semua, nama aku Tears semestinya bukan nama sebenar. Aku berusia 30an, berkerjaya dan seorang balu tanpa anak.

Setahun yang lalu, aku telah kehilangan suami tercinta. 3 tahun yang kami lalui bersama amatlah bahagia. Bohonglah kalau tiada ujian rumah tangga. Mana mungkin pasir pantai tidak dipukul badai ombak.

Cuma ujian yang hadir tidak menyebabkan hubungan kami menjadi keruh, malah kami lebih mencintai antara satu sama lain.

Selepas arwah meninggal, of course aku jatuh terduduk dan mengharapkan apa yang berlaku hanyalah sebuah mimpi. Tapi, siapalah kita untuk menidakkan takdir yang Allah SWT dah rangkakan.

Cumanya aku sering kali berdoa, agar Allah SWT menutup pintu hatiku daripada mengenali/ didekati mana-mana lelaki dengan nama cinta. Aku mahu menunggu sehingga dipertemukan semula dengan arwah di sana nanti.

Akan tetapi, fitrah manusia yang ingin berkeluarga membuatkan hatiku mula berbolak-balik. Aku tiada mak ayah dan hanya mempunyai seorang adik beradik yang sudah berumah tangga.

Jadi aku berasa sunyi hidup bersendirian dan aku berasa sedikit cemburu apabila melihat orang lain mempunyai keluarga.

Maka aku mula memberi sedikit ruang dan peluang untuk orang yang ingin mengenaliku.

Ok aku rasa dah cukup kot guna bahasa rasmi, biar aku teruskan dengan bahasa pasar. Masalahnya yang datang tu suami orang belaka bebbb, aku ni sampai terpikir la memang balu/ janda ni taste² laki orang je ke.

Mula² dulu, aku punya la hentam kes² orang ke-3 ni. Akhirnya aku termakan dengan kata²ku sendiri dan terlibat dengan hubungan bersama suami orang.

Allahu, aku harap korang jangan kecam ya. Sila komen yang murni, sebab aku perlukan kata² semangat.

Aku tak nak panjang lebarkan story ni, so aku terus ke kisah insan ke-3. Insan ni hadir dalam hidup aku baru lagi, sebulan je. Dari awal lagi niatnya ialah mencari isteri ke-2 dengan izin isteri 1st.

Aku dah musykil sangat disitu ya, mana mungkin la seorang isteri boleh free² je izinkan suami dia kahwin lain unless suami tu memang useless.

Ini suaminya tu tidak la aku nak kata 100% baik, tapi serba serbi cukup ciri² untuk dijadikan suami mithali la. Kiranya insan ni aku bole katakan sebagai suami idaman para wanita diluar sana.

Kisahnya selama 13-15 tahun diorang kawen (tak silap aku la tempoh tu, aku lupa), diorang berPJJ selama 5 tahun. Isterinya bertugas sebagai penjawat awam di negeri yang berlainan.

Anak² ada 3 orang dan 2 daripadanya si suami ni yang jaga sambil bekerja (lebih dari 1 kerja ya guys), semoga Allah sentiasa kurniakan dirinya kudrat terbaik.

So si isteri ni lama jugak la pujuk suaminya tu suruh nikah lagi sorang, cari yang boleh duduk dekat². Sebab dia tak dapat nak transfer lagi. Si suami ni berkeras la tak nak, siap suruh isterinya tu pindah semula ke sisinya.

3 tahun pun berlalu, tahun ke-5 pun sudah tiba. Akhirnya si suami terbuka hati untuk mencari calon setelah sekian lama si isteri mendesak. Jumpa la aku, berkenan pulak. Tapi masa tu aku tolak lamaran dia sekerasnya, sebab aku tiada feeling kat dia langsung.

Lama kelamaan, biasa la manusia ni hanya sedar bila dah takda depan mata kan. Dia kena kursus 3 hari, dan tak boleh guna telefon.. maka aku pula mula tercari² dan rasa rindu.

Tapi dalam masa yang sama aku hold dulu perasaan aku ni, sebab aku masih musykil la isteri dia izinkan dia nikah lagikan.

Maka, minggu berganti minggu.. Aku nampak dia memang serious dan isterinya pun dah sedia maklum tentang kehadiran aku dalam hidup suaminya.

Isterinya pun izinkan la kami berkawan, so aku pun proceed la dan akhirnya aku bagi jawapan pada si dia bahawa aku terima lamarannya. Ya, aku tahu awal lagi kan? Sepatutnya kenal lebih lama ye dok?

Ya guys aku tahu tu, tapi soal hati ni kadang kau tak dapat menafikan tentang perasaan yang dah hadir setelah sekian lama hati aku tertutup.

Eh.. Eh, selang seminggu isteri dia izinkan kami berkawan tiba² berdentum time bomb jatuh atas kepalaku. Dia minta cerai pula dari suami dia!!! Aku cam waddeheck???!!! Takkan aku nak bina rumah tangga atas penderitaan orang lain???

Dan si dia pun tak setuju sama sekali, sebab perkara tu tiada dalam syarat². Aku pon dah mula rasa serba salah la, dengan aku si isteri cakap lain macam ok sesangat. Tapi dengan suami dia dok mintak cerai. Laaaaaa, awat gitu hakak???

Baik akak simpan je suami akak tu, nape dok pujuk² dia suruh kahwin lagi sampai bertahun² and akhirnya nak cerai pulak? Aku cam terfikir la, dia saje je ke test laki dia? Sekali laki dia buat betul² dia jadi tergugat pulak.

Kesimpulannya sekarang ni, aku suruh si dia pujuk isteri dia supaya jangan bercerai. Dalam masa yang sama, aku minta dia buat solat istikharah sekali lagi tentang aku.

Sebelum ni dia buat, dan dia rasa aku la jawapan pada istikharah dia. Semua dok smooth, tetiba camni so aku jadi sangsi adakah benar ini jodohku? Aku pun nak buat jugak istikharah.

Risau gak aku, belum pape dah gini.. Karang jadi kahwin lebih banyak pulak drama yang timbul dari rumah pertama.

 Aku tau korang akan kata let go jek, tapi bukan mudah ya guys sebab perasaan ni baru mula berputik semula setelah sekian lama.

Cuma aku belum boleh serious selagi tiada kata putus, aku biar mereka selesai masalah mereka dulu sambil aku minta petunjuk dari Robb.

Insha Allah, kalau confession aku disiarkan maka aku akan update semula apa kesudahan kisah yang dah mula ada red flag ini.

– Tears (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *