Perkahwinan Yang Aku Kesali

Assalamualaikum pembuka bicara.

Sekadar pengenalan, aku Marissa berusia hampir 30 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati sendiri yang aku kenali tidak sampai setahun.

Aku juga penjawat awam yang sudah mempunyai beberapa harta sendiri dan boleh dikatakan agak stabil untuk menanggung diri sendiri.

Dari segi rupa, aku agak lawa dengan tubuh kecil dan menutup aurat dengan baik walaupun tidak sempurna, menjaga ikhtilat, dan juga pandai melakukan kerja rumah terutama sekali memasak.

Keluarga aku sangat berbangga denganku sehinggakan mereka ingin meletakkan hantaran sebanyak RM20k bagi sesiapa yang ingin memiliki aku.

Akan tetapi, berbalik kepada tajuk di atas, ya aku kesali perkahwinan ini walaupun aku sendiri yang membuat keputusan untuk berkahwin.

Allah uji aku dengan kehadiran suami yang incompetent, tidak mempunyai pekerjaan, tidak berharta, tidak tahu tanggungjawab atau dalam erti kata lain biawak hidup.

Kenapa aku berkahwin dengan dia? Sebab aku ingat dia bekerja sendiri.

Alasan nya berbisnes dengan gaji alhamdulillah cukup makan pakai. Pakaiannya branded, style boleh tahan. Keluarga juga kelihatan have have. Dia juga pandai ambil hati keluarga aku menyebabkan hatiku terpaut padanya.

Bukan tiada pilihan lain, aku pernah juga berkawan dengan doktor, pegawai kastam berpangkat, cikgu, pensyarah dan lain-lain tetapi yang ini bijak mengambil hati.

Pada awalnya juga dia sangat menjaga ikhtilat dengan aku. Aku pula tidak pernah bercinta, hanya study, study, dan study sahaja untuk membina masa hadapan. Jadi aku terjatuh cinta kepadanya buat kali pertama dalam hidupku.

Di awal pertunangan sudah aku nampak belangnya tetapi jawapan istikharah aku positif. Yang itu biarlah hanya aku dan Allah yang tahu.

Hantaran yang diminta pada awalnya aku kurangkan daripada 20k kepada 15k kemudian turun sehingga 10k menyebabkan aku perang besar dengan keluarga.

Katanya aku terlalu merendahkan harga diri tetapi aku fikir untuk menyenangkan pihak lelaki.

Apabila tarikh pernikahan semakin dekat suami aku mengadu duit tidak cukup.

Aku tanya dia ada berapa katanya hanya cukup untuk bayar kos dewan dan pakaian pengantin. Aku tanpa amukan memberitahunya tak apa, tidak perlu hantaran. Cukupkan mas kahwin sahaja.

Bodoh betul aku masa tu. Terlalu baik atau terlalu bodoh? Aku fikir waktu tu kita mudahkan urusan orang maka Allah akan mudahkan urusan kita.

Selepas kahwin, aku diuji dengan wang. Duit aku semakin berkurang kerana menanggung makan minum dan pakaian dia. Langsung dia tak ambil kisah sama ada aku punya duit atau tidak.

Tetapi si lelaki ni bijak, dia tahu aku tak akan mengamuk jika dia melayani aku dengan baik dan menyiapkan kerja rumah.

Dah la tidak bekerja, demand nak pakaian branded. Makanan sedap. Berjalan tempat best-best. Semua kos termasuk minyak kereta, makan minum, tol semua aku yang tanggung.

Dah la tidak bekerja, dia juga pernah kantoi check in dengan ex-ex dia sebelum kami berkahwin.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa Allah hadirkan jodoh seperti ini jika hanya untuk menyakiti hati aku? Siang malam aku berdoa untuk dapat jodoh yang baik tetapi ini yang aku dapat.

Aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan suami aku berubah selepas ni.

Tetapi andai kata selepas setahun perkahwinan kami jika dia masih di takuk yang lama memang aku akan menuntut fasakh. Aku nekad untuk bertahan selama setahun sahaja.

Jadi buat adik-adik atau wanita di luar sana yang nak berkahwin tolong siasat dulu latar belakang bakal suami korang. Jangan jadi bodoh macam aku.

Tolong doakan kesejahteraan diri aku. Doakan kebahagiaan aku.

Terima kasih..

– Melissa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *