Perkara-perkara Yang Buat Kita “Turn Off” Bila Cari Jodoh

Assalamualaikum dear readers. Nama aku Hyun (Bukan nama sebenar). Aku baru saja hantar confession dalam dua minggu yang lalu.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/jodoh-tak-semestinya-datang-dengan-cara-yang-kita-nak/).

Alhamdulillah agak banyak feedbacks yang aku dapat berdasarkan komen-komen korang. Even ada juga confessor yang sependapat dengan aku. So I knew, i’m not alone.

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih pada korang yang sudi mendoakan, yang memberi kata-kata nasihat dan yang tak lokek berkongsi cerita.

I appreciated each and everyone of you yang sudi meluangkan masa korang. Walaupun kita tak kenal each other, korang siap mendoakan aku dan orang lain yang masih belum bertemu jodoh, May Allah return your kindness. Aamiin.

Pada yang rasa topik jodoh ni terlalu common dan cliche, seolah-olah dah tak ada perkara lain yang boleh di ketengahkan, aku mohon maaf. Sebelum ni, aku sibuk stabilkan hidup aku.

Aku fokus pada keluarga aku, pada mak abah dan adik-adik serta fokus pada kerja saja. To be honest aku memang tak pernah bercinta sebab dulu aku hanya fikir pasal komitmen dan perkara-perkara yang lebih penting.

So bila dah sampai umur macam ni, aku harap korang kasi chance lah eh. Hehe. Aku baru second time nak bercakap pasal jodoh ni ha.

By the way, aku perasan dalam komen ada perempuan yang nak taaruf, ada yang wish semoga aku bertemu jodoh dengan son ye jin aku lah, panggil aku abam korea lah. Korang ni bergurau boleh tahan jugak eh. Haha.

But anyway, aku minta maaf buat korang confuse. Aku ni…perempuan sebenarnya. Tapi aku rasa ada saja yang tahu aku perempuan.

Pasal nama Hyun tu pula memang betul. Aku gunakan nama Hyun sebab aku minat dengan Hyun Bin. Hehe.

Anyway, aku nak ucapkan terima kasih pada cik Hannah Delisha sebab sudi share input dekat page ni. Pada noob macam aku, memang sangat berguna. Aku baca dan apply semua yang dia cakap. Kalau korang tak pernah baca, ha, ni aku bagi link,

https://iiumc.com/tips-mencari-jodoh-online-untuk-lelaki/

Haih, panjang betul mukadimah aku ya. Maaf tahu readers. So berbalik kepada tajuk confession aku. Aku perasan benda ni jadi bila aku start chat dengan calon-calon ni. Well bukan semua orang macam tu.

Tapi tulah, jodoh online, kita hanya boleh kenal dia based on descriptions dan cara dia text kita (chat dalam chat box).

Walaupun aku ni tak sampai sebulan create accounts, macam-macam jenis calon juga lah yang aku jumpa. Kalau setahun dua esok tak tahu lah macam mana. Hehe.

Aku perempuan, so basically aku bercakap pasal calon-calon lelaki. Tapi sekali lagi aku ingatkan, bukan semua lelaki macam tu. Masih ada lelaki-lelaki yang baik dan ada common sense. Jadi, jangan pukul rata semua orang ok.

So, back to the topic. Apa yang membuatkan kita “turn off” dalam proses cari jodoh online ni?

1) Gaji.

Belum apa-apa dah tanya pasal gaji kita. Masyuk ke tak masyuk. Tiap-tiap bulan gaji macam biasa ke. Kalau lah sampai level dia tanya gaji berapa sebulan, aku tak tahu nak cakap apa.

Pada aku kalau lah curiosity calon ni dah tak dapat dibendung, kau tanya lah calon yang kau tengah taaruf tu kerja apa.

Lepas tu search lah dekat google, salary range untuk kerja sekian sekian. Hmmm, lepas tu, ada jugak calon lelaki yang letak range pendapatan pasangan yang dicari sampai RM 5000. Aku macam terkejut kut.

Ya, aku faham sekarang zaman duit. Banyak benda pakai duit. Tapi kut ye pun janganlah obvious sangat bang.

Susahlah kalau kau nak harapkan isteri untuk sara kau. Walhal, kau bakal ketua keluarga. Kau sepatutnya jadi orang yang paling faham pasal tanggungjawab dalam keluarga.

2) Kerja kosong.

Baru start chat dah tanya pasal kerja kosong. Awak, ada kerja kosong tak dekat office awak? Ada position apa eh?

Aku rasa macam nak saja reply. Awak ada create LinkedIn ke Jobstreet tak? SPA maybe? Tapi aku tak reply macam tu pun. Semua tersangkut dekat kerongkong.

Well, aku tak tahu lah. Maybe calon-calon ni hanya bergurau. Aku husnuzon saja tapi turn off lah sikit, haha.

3) Business Partner.

Ada calon yang bagi salam dan nombor telefon terus. So aku basically akan buat some background check. Rupanya, nombor tu nombor yang digunakan untuk business dan no tu pula atas nama perempuan.

So dekat situ, aku dah rasa macam tak berapa nak confident. Bila tengok profile, memang penuh pasal business.

Aku tak kisah niat dia nak berbisnes tu, dia cari rezeki dengan cara tu. Itu hak dia. Tapi cara dia approach tu basically macam nak cari business partner instead of life partner. Plus, calon ni gunakan no telefon business untuk personal stuff.

Katalah aku whatsapp ke, pastu tiber berbondong-bondong whatsapp customer masuk, pastu maybe dia pun boleh lupa aku ada whatsapp dia. Dah tu macam mana bang. Maybe ada orang ok saja. Tak kisah pun. Tapi aku kisah. Hehe.

4) Short form dan bahasa budak wechat.

Bang. Kut ye pun nak short form, jangan lah sampai tak faham. Lepas tu aku tak tahu lah bahasa apa calon ni guna.

Aku rasa senak kepala otak aku sebab terfikir-fikir dia nak cakap apa sebenarnya. Sudahnya, stop ajelah sebab aku tak faham kau nak cakap apa. Aku minta maaf dan back off saja lah yang mampu.

5) Add social media kita, then add kawan-kawan kita.

Perangai betullah. Kita ni bertukar social media untuk lebih kenal mengenali. Alih-alih calon ni pergi add kawan-kawan kita. Lepas tu yang dia add semua yang cantik-cantik.

Yang ni aku tak faham. Itu ke function yang kau nampak untuk gunakan portal cari jodoh online ni ? Kalau calon tu cantik kau layan, tapi kalau tak capai standard “cantik” kau, kau bantai add kawan-kawan dia.

Dengan dia kau buat tak tahu. Common sense please. Kalau rasa tak boleh go on, tak apa, boleh saja minta maaf, cakap tak serasi ke apa-apa untuk rejection purpose. Tak ada masalah pun.

Tapi untuk kes aku ni, calon lelaki yang bagi salam dulu. Tu yang aku tak faham tu. Haha. Tapi tak pe lah, aku husnuzon saja. Maybe aku ni pembuka jalan untuk jodoh kau kan. Haha.

So far, ni hanya pengalaman aku yang baru setahun jagung. Well tak sampai sebulan pun. Hehe. Pengalaman orang lain pula aku tak pasti.

Tapi, bila dah kena macam tu, aku cuba belajar dan pandang dengan hikmah. Mungkin Tuhan mahu aku belajar dari pengalaman dan secara tak langsung I would be able to shortlist the candidates as well.

Aku ada baca satu confession, tak silap aku, confessor kata, kita ni kalau nak buat pilihan, biar sebab rasionalnya akal, bukan ikut hati. Kalau ikut hati, boleh patah hati. Indeed.

Kau ikut kata hati kau tanpa consider apa yang akal kau kata. Bila sampai masa nak buat pilihan, kau hanya pejam mata dan kau cuma mengiyakan saja pilihan hati kau tanpa fikir apa akibatnya.

Antara matlamat perkahwinan, sudah tentu untuk mencapai ketenteraman dan keharmonian dalam rumah tangga. Dan disebabkan itulah, penting untuk kita cari orang yang baik agama dan baik akhlak.

Baik agama saja pada aku tak mencukupi. Akhlaknya juga perlu selaras. Aku percaya, orang yang hatinya cantik, In Sya Allah semuanya akan cantik.

So readers, aku minta maaf kalau penulisan aku megguris hati semua orang. Aku sendiri pun masih dalam stage memperbaiki diri. Doakan aku istiqamah dan tak putus asa ya dalam misi aku mencari Zauj.

Bak kata seorang motivator, sedang nak cari berlian dalam hutan pun nak kena tempuh lumpur, inikan pula nak cari suami.

For me, someone that worth even more.

– Hyun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *