Perlu Ke Kahwin Sepupu?

Assalamualaikum admin. Harap sorokkan profile sy. Sy girl, berumur 23 thn, masih study last year di sebuah IPT. Belum berkahwin, tp masalah yg sy hadapi ini adalah berkaitan perkahwinan yg bakal diaturkan oleh atuk sy. Sy harap dgn perkongsian dlm page ni, ada yg sudi memberikan pandangan yg terbaik kepada sy.

Sy mulakan cerita. Atuk merupakan bapa kepada arwah ayah sy. Yea, ayah sy telah meninggal 3 tahun lalu bersamaan tahun sy melanjutkan pelajaran ke IPT. Buat pengetahuan, arwah ayah hanyalah seorang peneroka felda manakala ibu sy hanyalah surirumah. Sy merupakan anak ke7 drp 10 beradik dan hanya satu2nya anak yg berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT memandangkan zaman abg2 dan kakak2 sy dahulu arwah ayah dan ibu tidak mampu dr segi ekonomi.

Sejak tahun ke2 sy dalam pengajian, atuk telah menyuarakan hasrat hatinya untuk menjodohkan sy dengan cucunya sendiri yakni sepupu sy sendiri. Awalnya sy hanya menganggap atuk sekadar menyuarakan hasrat dan tidak serius, lalu sy hanya mengabaikannya. Apa yg mengejutkan lagi, Pakngah (ayah kpd sepupu) juga telah meluahkan sendiri hajatnya kpd sy sendiri utk memenantukan sy . Namun, sy telah menolak secara lembut dgn mengatakan bahawa sy telah menganggap Pakngah seperti ayah sendiri dan sepupu sudah seperti adik beradik kandung. Tanpa sy sedari, Makngah (isteri Pakngah) juga telah menyatakan harapannya kepada ibu sy. Perkara ini makin menekan sy.

Untuk penilaian pembaca, mari sy ceritakan sedikit berkenaan keluarga sepupu sy yang menguatkan alasan mengapa sy tidak mahu menyambut hasrat hati atuk. Pakngah merupakan abg arwah ayah, beristeri 3. Mak sepupu ( Rony) adalah isteri ke2 Pakngah dan merupakan org Thai. Rony adalah anak sulung drp 4 beradik. Umur Rony muda setahun drpd sy. Apa yg sy kenal Rony sejak kecil ialah bilamana Rony merupakan seorang playboy. Terlalu ramai teman wanita dan terlalu bebas bergaul dgn perempuan.

Mcm mana sy tahu? Sbb sy friend melalui laman sosial Rony dan sy sering lihat dia upload gmbar dgn teman wanita yg sering bertukar, tambahan pula cara mereka bergambar seperti seorang suami isteri. Perangai Rony saling tak tumpah seperti Pakngah semasa muda (menurut cerita ibu sy). Pakngah sendiri sudah maklum akan perangai anak lelakinya itu. Namun begitu, atuk tidak pernah mengetahui peragai cucu kesayangannya itu. Biasalah warga tua seperti atuk tidak tahu menahu berkaitan media sosial dan Rony pula terlalu menjaga rahsianya dihadapan atuk.

Sekarang Rony bekerja sebagai ATM. Atuk makin menekan sy untuk menjodohkan kami. Atuk mngungkit seperti mngugut sy bahawa kakak2 dan abg2 sy yg berkahwin dengan pasangan yg bekerja biasa tiada seorang pun mampu hidup mewah. Yea, abg2 dan kakak2 tiada seorang pun bekerja kerajaan dan pasangan mereka juga bukan bekerja kerajaan. Pada pandangan atuk sy, abg2 dan kakak2 hanya mampu hidup kais pagi makan pagi. Buat pengetahuan pembaca, atuk sy memang seorang yg kaya dan berharta. Asetnya banyak tp amat berkira dengan kami cucunya sebelah arwah ayh. Sebabnya arwah ayh bkn anak kesayangan berbanding Pakngah yg sentiasa mndapat apa sahaja kemudahan drp atuk.

Balik kepada cerita, atuk sering memujuk sy utk berkahwin dgn Rony. Katanya dia akan menanggung segala perbelanjaan perkahwinan dan hidup sy akan senang dengan Rony kerana Rony bekerja kerajaan. Allahu, sy terasa amat tertekan. Atuk seolah2 memperjudikan sy dan memandang harta, dalam masa yg sama memandang rendah kpd abg2 dan kakak2. Adakah tidak layak kami adik beradik memilih jodoh sendiri, dan adakah patut atuk mempertikaikan rezeki kami adik beradik yg bekerja mencari rezeki halal? Lagi memberatkan kepala sy apabila atuk terang-terangkan mengatakan dia akan berkecil hati dengan sy sekiranya hajatnya tidak dipenuhi. Allah Allah terasa ingin menangis.

Seluruh keluarga sy tidak bersetuju akan aturan atuk memperjodohkan sy, tp tiada siapa berani menentang termasuklah ibu sy. Ibu mngatakan dia takut sekiranya atuk meninggal, atuk pergi dengan hasrat yg tidak tercapai (hasrat untuk menjodohkan sesama cucu) . Atuk telahpun tua sekitar 80 tahun lebih usianya dan sering saja sakit-sakit. Allahu sekali lg sy terpempan, adakah perlu memperjudikan sy semata2 utk penuhi kehendak atuk? Sedangkan tidak pernah dan tidak ada sedikit pun perasaan sy kepada Rony.

Dalam masa yg sama, sy telah lama berkawan dgn seorang pemuda yg amat baik pada pandangan mata sy. Sy mengenali Hafiz semasa thun ke2 sy di IPT. Hafiz amat baik orangnya, seorang yg berlatar belakangkan keluarga yg mementingkan ilmu agama, sentiasa menolong sy saat waktu diperlukan dan sangat mendahului keluarga serta mentaati org tua. Dia lah tempat sy mengadu pelbagai perkara. Kami sama2 sejiwa dan banyak berkongsi persamaan dalam banyak perkara. Rupa paras dan akhlak Hafiz terlalu elok dibandingkan dengan Rony. Sy pula bukanlah dikategorikan perempuan cantik, tetapi bak kata orang tua sedap mata memandang dan manis. Lahiriah juga sy merupakan seorang gadis yg sopan dan menjaga susila biarpun bukanlah seorang yg warak.

Pendekkan cerita, hubungan kami lebih dr seorang kawan biasa dan hati kami sudah terpatri. Hafiz pernah datang kerumah sy, ibu sy telah berkenan kepadanya. Sy juga telah menemui mak Hafiz, dan hubungan kami juga telah direstui oleh mak dan ayah Hafiz. Hafiz bukanlah seorang yg bergaul bebas dgn perempuan, sebaliknya begitu juga dgn sy. Kami juga telah merancang utk berkahwin lagi 2 tahun selepas tamat belajar. In shaa Allah jika Allah mengizinkan. Kalau ikutkan syarak, kami telahpun bertunang. Hukum org bertunang haram menerima org lain sekiranya masih bergelar tunangan org.

Hal berkaitan atuk dan Rony juga telah diketahui oleh Hafiz. Dia seolah2 berasa bersalah kerana menganggap dia orang ke3 padahal sy telah menegaskan sy tidak akan pernah bersetuju utk berkahwin dgn Rony. Masalahnya sekarang atuk ingin mengahwinkan sy dan Rony pada tahun depan iaitu 2019, sedangkan sy dan Hafiz ingin terlebih dahulu bekerja dan berkahwin pada 2020. Tolong lah sy, berilah pandangan yg sebaiknya kepada sy.

Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Sekiranya sy menerima Rony, sy telah melukakan hati Hafiz dan hati sy sendiri yg berkahwin tanpa rela. Sy risau tidak akan taat kpd Rony sebagai suami lantaran hanya terpaksa memenuhi hasrat atuk. Tapi, sekiranya sy tidak memenuhi hasrat atuk, sy juga risau atuk semakin tidak mempedulikan nasib kami adik beradik dan kemudiannya tidak menyerahkan harta peninggalan arwah nenek yg diwasiatkan kpd arwah ayah kpd keluarga kami yg masih dipegang oleh atuk. Allahu, sy buntu memikirkannya. Ini soal jodoh dan kahwin dimana suami itu perlu sy hadap seumur hidup sy, bkn sekadar seperti memilih lauk untuk dimakan seharian.

Ada yg menyarankan sy berbuat istikharah. Tp sy tidak mahu kerana sebetulnya sy amat yakin sy tidak pernah menyukai Rony. Sy tidak nampak apakah senangnya jika sy memilih Rony. jika atuk terlalu melihat org yg bekerja kerajaan itu bergaji besar, tp atuk lupa mungkin sy yg bakal lulusan ijazah juga mampu meraih gaji sy sendiri. Tambahan, seperti yg sudah sy bgtahu keluarga sy juga tidak ada yg bersetuju. Bantulah sy, apakah pandangan pembaca semua?

– Insan Buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *