Perlu Ke Sambung Master?

Assalamualaikum. Hari ni saya ada baca confession pasal master & depression. Sebab sekarang ni saya juga seorang full time master student (by research), saya rasa macam boleh faham situasi dia. Baiklah. Di sini saya nak kongsikan serba sedikit yang saya tahu tentang pengajian master untuk sape2 yang masih dilemma nak sambung master/nak terus kerja/berhenti keje & sambung master. Saya cuba share serba sedikit apa yang saya tahu ye. Harap sabar membaca, this will be long essay.

In brief, masa degree saya try macam2 part time so I know rather than sit & listen I'm more to hands-on person. Lepas grad saya keje kat 1 company, and jawatan yang saya dapat is executive something. Setahun keje then saya discover one thing about myself which is saya tak boleh buat keje dalam aircord, ngadap laptop sambil duduk atas kerusi pusing2. I need fast moving environment, yang bising sikit & bebas. Lepas setahun saya decide untuk ambik master by full research even CGPA degree x cukup (saya kena merayu kat supervisor haha). Selalunya kalaua saya cakap kat orang saya ambik full research they will go 'WOW bapak hebat!'. Pada saya ni bukan pasal sape lebih hebat sebab setiap orang capacity & capability sume tak sama.

Untuk sape-sape yang nak ambik master, sebelum decide mula-mula sekali awak WAJIB kenali diri sendiri, maksudnya awak ni jenis yang macam mana. Yang ni paling penting sebab nak tentukan awak nak ambikkan master yang macam mana. Dalam malaysia ni master ada 3 kategori mode of study:

1. Full research
2. Mixed (half research + half coursework)
3. Coursework

Sebab sekarang saya kulliyyan engineering, kalau kat UIA dia ada offer pilihan 1 & 2 sahaja untuk course engineering so saya ambik yang full research. Berbalik kepada kenali diri sendiri tadi, sebelum pilih 1/2/3 awak rasa awak jenis yang macam mana?

1. FULL RESEARCH
Untuk yang ni memang langsung xde kelas. Awak akan banyak buat keje sendiri. Awak akan ada supervisor (and co-supervisor) tapi biasanya diorang pun akan assume awak boleh buat keje sendiri. Jadi apa function supervisor? Dia akan guide macam mana nak start, betullkan apa yang salah, suggest apa yang patut based on his/her previous experience, and bawak kita kembali ke pangkuan jalan kalau nampak keje kita dah mngarut sangat LOL. In short, kita akan buat sume benda sendiri termasuklah termasuk pusing2 sume bangunan untuk cari mesin apa nak pakai & kat mana, cari orang untuk ajarkan pakai mesin, survey harga barang kat pasaran, deal dengan supplier about price & payment, sape person in charge untuk setiap department and lab, even nak set up experiment pun supervisor tak kan ajar! Tugas-tugas lain macam mana untuk menulis dengan betul ikut format, nak cari journal tu sume memang supervsisor takkan sentuh langsung, kira macam sangat picisan you will learn very slowly as you go. Dah nama pun full research, examiner/supervisor akan expect kita to go very deeply into subject of matter yang kita pilih. Tapi cuma focus part tu jelah. So, best kan :) ?

Lagi, dah namanya research jadinya supervisor takkan ambik tau even kalau awak akan berada kat lab/site dari pagi sampai malam. Yang penting keje yang dia nak kita hantar on time! Cuti memang xyah kiralah sebab untuk full research kira burn la cuti tu kalau nak cepat siap. No cuti semester, no cuti mid semester. Sekarang saya ambik full research so once in a while saya akan lari balik kampung jap kalau penat sangat even on weekdays. Sebab x perlu attend class so who cares?? hahaha.

Jadinya awak rasa awak ni jenis macam mana. Rasanya jenis yang excited tak nak try buat semua benda sendiri? Rasanya boleh tak handle long hour of working alone with minimum supervision? Kalau awak rasa awak ni jenis yang nak suruh orang ajar setiap benda even the simplest thing and constantly whine, full research ni memang bukan untuk awak. Sebabnya apa, kadang2 benda simple macam you dont know how to construct a table using microsoft word pun boleh lead to stress or even depression tambah tubuh badan yang penat due to long hours outside. Nampak macam remeh je tapi percaya saya constant frustration akan buat kita rasa nak muntah tiap kali nak hadap laptop. So thats explain ramai orang quit half way masa amik master & pHD.

Kat atas ni sume pasal bad side of full research la. Good news is untuk research xde CGPA; its either pass or fail :). So pada saya kat sini kita dh boleh eliminate one anxiety to constantly worry about cgpa yang cukup2 makan, or carry mark rendah dan sebagainya. Kalau tak silap saya untuk sape2 yang ambik subject kena dapat B kot baru lulus. Lagi 1 benda pasal master full research, it is convertible to pHD. Contohnya research yang kita buat xde orang lagi buat, kira kita 1st timer, kalau kena cara memang boleh tukar terus ke pHD.

Lastly pasal yuran. Universiti lain saya tak pasti macam mana kira. Tapi kalau untuk UIA, yuran untuk full research paling murah sebab dia takde subject. FYI, yuran untuk master dia kira based on how many credit hour kita ambik setiap sem.

2. MIXED MODE
Untuk mixed mode awak kena buat dua-dua; research & course work. Maksudnya kena pegi kelas & pegi site/lab jugak. Macam saya, saya tau saya bukan jenis multitasking person so mixed mode is big NO for me. Kalau awak rasa you can handle different tasks at one time and you are normally excel it then mixed mode ni memang sangat ok untuk awak. Penah dengar tak mat salleh cakap "know everything master of nothing". Kalau saya ambik mixed mode saya pun akan jadi macam ni la kot sebab saya tak boleh handle banyak benda satu masa. But then again mat salleh lain plak cakap 'it is good to know a little of everything'. Saya setuju yang ni sebab let say awak dah buat banyak benda pastu nanti nak sambung pHD mixed is an advantage. Bigger scope for you in terms of subject & hands-on skill.

Untuk master yang 2 tahun biasanya 1st year kita masuk kelas, 2nd year buat research. Tapi normally 1st or 2nd semester orang akan mula buat research dah sebab nak offset untuk experiment2 yang x jadi pada masa akan datang. Kiranya lebih kurang macam pagi g kelas, petang masuk lab and vice versa. Tapi the best part is, walaupun kita buat research we dont have to go deep into the details.

Untuk mixed ada CGPA sebab ambik subject. Jadinya untuk lulus master kena lulus both the research and coursework. Pasal cuti plak masa 1st year tu mungkin boleh ikut time cuti macam student biasa. Tapi once dah start research tu mungkin susah sikit nak cuti. Jadinya kalau awak jenis mudah homesick sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun saya memang tak suggest ambik mixed mode ni. Kalau rumah dekat denagn uni OK lagi. Tapi kalau rumah jauh and tapi nak slalu balik rumah family, then please consider money and travelling time. Dari segi workload mungkin banyak sikit dari full research sebab kena buat 2 benda. Normal la kan bila masuk kelas akan ada kuiz & assignment. So kat situ beza yang paling jelas dengan full research. Dari segi pertukaran ke pDH plak saya tak pasti boleh ke tak, mungkin pembaca boleh share sedikit sebanyak.

3. COURSEWORK
Disebabkan kulliyah saya x offer coursework so mintak maaf ye tak boleh nak cerita panjang. Cuma setakat yang saya tahu, yuran kena bayar ikut how many credit hours. Kena attend kelas & akan ada kuiz, assignment. Saya penah ambik degree so saya tahu dah perasaan penat disebabkan kuiz ni. Bukan penat sebab study tapi penat sebab memanjang risau pasal cane nak hadap kuiz tanpa study. Saya rasa sume orang tau macam perasaan tu LOL. Tapi kalau awak rasa lagi senang ikut jelah flow yang lecturer dah sedia, then ambik coursework pun ok.

Dari segi subject apa yang nak ambik tiap sem tu saya tak pasti macam mana mungkin orang lain boleh buat 1 confession lain haha. Mungkin ada subject yang boleh pilih, ataupun mungkin ada yang dah fixed saya tak pasti sangat. Saya ni jenis yang susah bangun pagi so coursework also is a big NO for me. Bangun pagi, prepare apa yang patut, iron baju and everything. In short, ambik coursework sama macam degree balik. Cumanya tukar subject & lecturer and belajar lagi details dari dulu. Pasal presentation also im not sure about this.

In short, if you think you kinda morning person, prefer sit & listen learning process, possess multiple talent to absorb different subjects from different field, need constant guideline from lecturer, cannot handle hands-on work, good at following flow, then better go for coursework. Cuma sedikit tambahan kalau awak nak sambung pHD dengan master coursework mungkin kena study lebih sikit pasal ni. Ataupun pembaca boleh share macam mana caranya.

Saya rasa ni je kot boleh saya kongsi for your consideration before ambik master. Sebab ramai yang saya jumpa diorg rasa diorg dah ambik bidang yang salah & nak quit. Tak larat nak carry on padahal nak habis dh. Saya sertakan ucapan good luck ye untuk sape2 yang bakal/teringin nak sambung master especially those yang dah keje & financially stable. Sebab dah sambung nanti sayang kalau nak patah balik.

Sekian.

– Sis Pelajar Master

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

422 Comments

  1. Assalamualaikum. Im doing master in mixed mode. Actually, for the first semester, aku register utk buat master in coursework. Sebab tak nak ngadap viva lagi after dah rasa azab nya time first degree dulu. But then, masa sem 2 dapat pencahayaan agung di mana, kalau buat mixed mode, it would be better as if manalah tau kalau ada hati nak sambung phd ke lepas tu. Plus, kena masuk kelas lagi. Kena carry lebih credit hours lagi utk melayakkan aku register utk project paper for the next semester. Macam ambik masa lama la jugak. Maka, disebabkan aku bukan jenis yg suka mengadap exam je keje and sort of quiz, midterm test and segala benda lain lagi la… aku pun decide tukar mode.

    Sekarang, aku dah selamat habiskan semua classes. And now focus on doing my dissertation. Yang bestnya, aku takde kelas dah kalau nak compare dgn member2 yg buat coursework dan advantage nya aku dapat buat tesis kat rumah and dapat la buat freelance tolong member key in data.

    One thing yg best bila buat master by research or mixmode ni… kau dapat go into the details pasal research method tu. And apa yg aku baru sedar, aku suka benda2 research ni sebenarnya. So, korg yg rasa mmg suka buat benda2 mcm aku ni… boleh la pilih nk ambik mixed mode or full research.

    Stress? DOnt worry. Even kita budak master pun. Get a life la jugak. Ambik masa bersosial. Jgn rigid sangat dok mengadap tesis and all sort of benda2 yg boleh buat ko stress. Chill. Time buat keje, buat keje. Time chill2, tgk kpop drama. Tengok. Time nak tengok pantai.. pegi tgk pantai. And jgn lupa diri pulak. Kau tu ada supervisor.so, jgn lupa kerap2 la jumpa supervisor kalau tak nak kena dismiss sebab takde improvement and progress on your tesis.

    Sekian. Itu sahaja.

    Selamat berbuka.:-)

    • Im bad with exam and quizzes too ..but must you be really good in writing utk buat full research ? And dia sesuai ke utk orang kerja full time ? Sbb pikir balik nk study utk exam and juggle kerja mmng tak lah.. balik kerja dah flat dah
      .hahah so kl ambkk research mode,macam mana dia kira CGPA if nk sambunh PHD?

    • Itulah selalu wonder, kenapa masa buat dip and degree, exam result selalu tak memberangsangkan. Bila dah buat master, baru nampak yg actually I’m not exam oriented punya orang. Huhu. Thats why la kot master ni ada banyak pilihan. So, kalau mcm saudara ni, kerja full time…its depend on how the environment of work to jugak. Kalau memang kerja normal hour ke apa ke, and kalau memang jenis yg tak suka ngadap exam, dan bercita-cita nk sambung phd atau nak jadi academician ke apa, it would be better buat full research atau mixmode. Cgpa utk full research mmg takde. Dia tgk based on our progress on writing je. Kalau smpai sem 3 pun still chapter introduction je, tak gerak2, supervisor boleh failed kan kita. And mcm yg sis confessor explain, kalau research yg kita nak buat atau sedang buat tu rare atau memang tak pernah ada org buat, boleh je convert to phd. Senang citer, kalau buat full research, no need to worry pasal cgpa or nk ambik exam ke apa ke. Just focus on doing the writing.

      Mcm panjang sgt ni. So, harapnya menjawab la segala persoalan. :-)

    • Hahah ok clear explanation.. one thing let say Kl kita time degree time cgpa tak brapa sgt .. so Kl nk apply full research tu usually kena hantar research proposal during nk apply .. actually dia tgk ker cgpa time degree ke for admission ? And when submitting research proposal masa nk apply how do you know what topic to write about ?sorry byk bertanya

    • Fuh. Berpeluh jugak nak menjawab ni. Hoho. Dia mcm ni, kalau nak buat full research, cgpa doesnt really matter pun sebenarnya. Just nice je kalau lepas syarat minimum which is 2.75. Kalau lebih, lagi bagus. Kalau mcm saya cgpa nan hado je ni… kira rezeki dapat. And kalau pasal topic tu, it depends on you. Kalau memang dlm kepala dah ada tajuk best2… tajuk gempak2, shoot je terus apply. Biasanya kalau full research, nak buat tajuk sndiri boleh, atau nak approach lecturer utk bagi tajuk pun boleh. Tapi lagi best kalau buat tajuk sendiri kan? Kalau dah siap tesis tetebal tu boleh bangga seminit. Hahaha.

      OK, panjang jugak. Eh, jangan muntah pulak. :-)

  2. Ambik master kita tak perlu terlalu bijak …APA yang penting rajin persoalan utama…rajin…yg menentukan perjalanan master berjalan lancar…berbeza dgn degree kepandaian menjadi persoalan utama…just sharing baru abih master by coursework…insyallah oktober konvo…pray for me

  3. Saya dah selesai master in safety, health and environment. Alhamdulillah pd umur 24thn sy dh tamatkan stahun stengah (3sem) master coursework.

    Sy student UTM fulltime masa master ni. Utk kelas2 sy semua dijalankn selepas working hours. Jadi kelas sy selepas pkl 7ptg. Ikot jadual, kadang2 sampai pkl 10. Kelas sy gabung dgn student part time. That’s why kelas kami semua waktu mlm.

    So, master coursework ni sy rasa sesuai sgt utk bukan morning person mcm sy. At least pagi2 tu kami boleh buat apa2 urusan.

    Jadi utk kelas coursework, kene refer jugak fakulti uni masing2 sbb xsemestinya kelas pagi. Sekali dpt rare cases mcm kami ni x ke dh untung? sekian, sharing dari pihak sy

  4. akk amik mix mode.akk bekerja n hujung minggu dipenuhi dgn klas.presentation , test n exam.mmg stress tp akk mmg suka bekerja di dlm keadaan stress sbb ia buatkan akk lebih pantas bertindak. kdng dpt lecturer yg garang yg buat kita mcm freshie sedangkan kami ni dah tahap mak n nenek.masa tu pulak huby sambung degree n anak2 bjr di hostel.tp percayalah bljr mmg menyeronokkan..

  5. Ramai yg sambung master permpuan sbb komitmen kurang .Byk nya suami support.aku baru nk apply deg kat open u.Allhamdulilah.Cuma nk pesan title educ kita bkn jaminan futture kita akn dtg.ini just tiket tok kita g jauh.Jaminan sebenar bila ko boleh create sesuatu yg x habis yg ko boleh hidup dgnya.

  6. Salam, sya nk berminat nk smbg master, usually klau master full research ni, kita mmg buat sorang2 ke? Ke kita ada kwan2 master lain yg bt skali dgn kita, i mean mmg dah ada group untuk bt sesuatu research.. mohon bantuan rakan2 yg berpgalaman.. trimas salam nuzul al quran..

    • Kalau awak mksudkan buat keje skali macam group assigment macam degree yg tu memang xde. Sebab setiap student akan buat tajuk lain2. Kalau macam ni ada. Contohnya sv awak buat research topik besarnya makanan untuk haiwan ternakan. Mungkin awak buat pasal cara nk hasilkan makanan tu, dan kawan awak under sv sama akan buat pasal kesan pemakanan terhadap system digestion. Kira tajuk korang akan ada kaitan dgn topik besar tapi tajuk & focus xkan sama tiap orang.

      Harap menjawab persoalan ?

    • owh ye ke? hahaha selama ni mmg ingt diowang satu group under SV yg sama akan buat topik yg sama, x tahu pula dia mmg sepatutnya sekiranya under SV yg sama tp bt sorang2 and topik berkait ~_~” ,oraite terima kasih atas penerangan, mmg menjawab soalan, selamat mnjalani ibadah puasa :)
      Atikah Sharikh @Shira Abu Bakar

    • Izati Aisyah…..hahahahah…..nk oyak se eaaa….td bru Nor Hafa Azman ajk wani smbung master…..knpeee isu master mlm nieee….

    • hahaaaa…buat mase skrg xlah…nntilah satu hari nanti..simpan dulu note ni orkk..penat doh belajor..hohoho… bg peluang kat Nor Hafa Azman dulu..hahaaa

    • Mkin tggi bljr smkin mcbar….yg adv tuuu ngs2….aiii nk smbung lg yg nieee…ase mcm xmmpu spa ke abs…..tp dh mmg rzki kte kn…alhamdulillah abs…yg master tgu jiwa raga mental kental bru boleh wt kptsan…utk Nor Hafa Azman…chaiyokk2….Hafa boleh…..kteeee tmpg gmbre tgk hafa bling skli lg topi…

    • Hahahahaha..tibe2 isu ni kuar..hafa ajak Syaz Wanie ng Izati Aisyah..sme2..1 kelass..dr dip smpi masterrrr..hahahaha..bru shati sejiwaaa..hafaa pown..1 ari nanti kot..haha

    • Ive always wanted to atleast further until master. But again if god permits, i’ll proceed. We’ll see. Thankyou sayang ?

      p/s : kalau dua dua sambung master serentak, mungkin kucar kacir sekejap hidup kita dengan kerja lagi. Haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *