Perlu Ke Sambung Master?

Assalamualaikum. Hari ni saya ada baca confession pasal master & depression. Sebab sekarang ni saya juga seorang full time master student (by research), saya rasa macam boleh faham situasi dia. Baiklah. Di sini saya nak kongsikan serba sedikit yang saya tahu tentang pengajian master untuk sape2 yang masih dilemma nak sambung master/nak terus kerja/berhenti keje & sambung master. Saya cuba share serba sedikit apa yang saya tahu ye. Harap sabar membaca, this will be long essay.

In brief, masa degree saya try macam2 part time so I know rather than sit & listen I'm more to hands-on person. Lepas grad saya keje kat 1 company, and jawatan yang saya dapat is executive something. Setahun keje then saya discover one thing about myself which is saya tak boleh buat keje dalam aircord, ngadap laptop sambil duduk atas kerusi pusing2. I need fast moving environment, yang bising sikit & bebas. Lepas setahun saya decide untuk ambik master by full research even CGPA degree x cukup (saya kena merayu kat supervisor haha). Selalunya kalaua saya cakap kat orang saya ambik full research they will go 'WOW bapak hebat!'. Pada saya ni bukan pasal sape lebih hebat sebab setiap orang capacity & capability sume tak sama.

Untuk sape-sape yang nak ambik master, sebelum decide mula-mula sekali awak WAJIB kenali diri sendiri, maksudnya awak ni jenis yang macam mana. Yang ni paling penting sebab nak tentukan awak nak ambikkan master yang macam mana. Dalam malaysia ni master ada 3 kategori mode of study:

1. Full research
2. Mixed (half research + half coursework)
3. Coursework

Sebab sekarang saya kulliyyan engineering, kalau kat UIA dia ada offer pilihan 1 & 2 sahaja untuk course engineering so saya ambik yang full research. Berbalik kepada kenali diri sendiri tadi, sebelum pilih 1/2/3 awak rasa awak jenis yang macam mana?

1. FULL RESEARCH
Untuk yang ni memang langsung xde kelas. Awak akan banyak buat keje sendiri. Awak akan ada supervisor (and co-supervisor) tapi biasanya diorang pun akan assume awak boleh buat keje sendiri. Jadi apa function supervisor? Dia akan guide macam mana nak start, betullkan apa yang salah, suggest apa yang patut based on his/her previous experience, and bawak kita kembali ke pangkuan jalan kalau nampak keje kita dah mngarut sangat LOL. In short, kita akan buat sume benda sendiri termasuklah termasuk pusing2 sume bangunan untuk cari mesin apa nak pakai & kat mana, cari orang untuk ajarkan pakai mesin, survey harga barang kat pasaran, deal dengan supplier about price & payment, sape person in charge untuk setiap department and lab, even nak set up experiment pun supervisor tak kan ajar! Tugas-tugas lain macam mana untuk menulis dengan betul ikut format, nak cari journal tu sume memang supervsisor takkan sentuh langsung, kira macam sangat picisan you will learn very slowly as you go. Dah nama pun full research, examiner/supervisor akan expect kita to go very deeply into subject of matter yang kita pilih. Tapi cuma focus part tu jelah. So, best kan :) ?

Lagi, dah namanya research jadinya supervisor takkan ambik tau even kalau awak akan berada kat lab/site dari pagi sampai malam. Yang penting keje yang dia nak kita hantar on time! Cuti memang xyah kiralah sebab untuk full research kira burn la cuti tu kalau nak cepat siap. No cuti semester, no cuti mid semester. Sekarang saya ambik full research so once in a while saya akan lari balik kampung jap kalau penat sangat even on weekdays. Sebab x perlu attend class so who cares?? hahaha.

Jadinya awak rasa awak ni jenis macam mana. Rasanya jenis yang excited tak nak try buat semua benda sendiri? Rasanya boleh tak handle long hour of working alone with minimum supervision? Kalau awak rasa awak ni jenis yang nak suruh orang ajar setiap benda even the simplest thing and constantly whine, full research ni memang bukan untuk awak. Sebabnya apa, kadang2 benda simple macam you dont know how to construct a table using microsoft word pun boleh lead to stress or even depression tambah tubuh badan yang penat due to long hours outside. Nampak macam remeh je tapi percaya saya constant frustration akan buat kita rasa nak muntah tiap kali nak hadap laptop. So thats explain ramai orang quit half way masa amik master & pHD.

Kat atas ni sume pasal bad side of full research la. Good news is untuk research xde CGPA; its either pass or fail :). So pada saya kat sini kita dh boleh eliminate one anxiety to constantly worry about cgpa yang cukup2 makan, or carry mark rendah dan sebagainya. Kalau tak silap saya untuk sape2 yang ambik subject kena dapat B kot baru lulus. Lagi 1 benda pasal master full research, it is convertible to pHD. Contohnya research yang kita buat xde orang lagi buat, kira kita 1st timer, kalau kena cara memang boleh tukar terus ke pHD.

Lastly pasal yuran. Universiti lain saya tak pasti macam mana kira. Tapi kalau untuk UIA, yuran untuk full research paling murah sebab dia takde subject. FYI, yuran untuk master dia kira based on how many credit hour kita ambik setiap sem.

2. MIXED MODE
Untuk mixed mode awak kena buat dua-dua; research & course work. Maksudnya kena pegi kelas & pegi site/lab jugak. Macam saya, saya tau saya bukan jenis multitasking person so mixed mode is big NO for me. Kalau awak rasa you can handle different tasks at one time and you are normally excel it then mixed mode ni memang sangat ok untuk awak. Penah dengar tak mat salleh cakap "know everything master of nothing". Kalau saya ambik mixed mode saya pun akan jadi macam ni la kot sebab saya tak boleh handle banyak benda satu masa. But then again mat salleh lain plak cakap 'it is good to know a little of everything'. Saya setuju yang ni sebab let say awak dah buat banyak benda pastu nanti nak sambung pHD mixed is an advantage. Bigger scope for you in terms of subject & hands-on skill.

Untuk master yang 2 tahun biasanya 1st year kita masuk kelas, 2nd year buat research. Tapi normally 1st or 2nd semester orang akan mula buat research dah sebab nak offset untuk experiment2 yang x jadi pada masa akan datang. Kiranya lebih kurang macam pagi g kelas, petang masuk lab and vice versa. Tapi the best part is, walaupun kita buat research we dont have to go deep into the details.

Untuk mixed ada CGPA sebab ambik subject. Jadinya untuk lulus master kena lulus both the research and coursework. Pasal cuti plak masa 1st year tu mungkin boleh ikut time cuti macam student biasa. Tapi once dah start research tu mungkin susah sikit nak cuti. Jadinya kalau awak jenis mudah homesick sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun saya memang tak suggest ambik mixed mode ni. Kalau rumah dekat denagn uni OK lagi. Tapi kalau rumah jauh and tapi nak slalu balik rumah family, then please consider money and travelling time. Dari segi workload mungkin banyak sikit dari full research sebab kena buat 2 benda. Normal la kan bila masuk kelas akan ada kuiz & assignment. So kat situ beza yang paling jelas dengan full research. Dari segi pertukaran ke pDH plak saya tak pasti boleh ke tak, mungkin pembaca boleh share sedikit sebanyak.

3. COURSEWORK
Disebabkan kulliyah saya x offer coursework so mintak maaf ye tak boleh nak cerita panjang. Cuma setakat yang saya tahu, yuran kena bayar ikut how many credit hours. Kena attend kelas & akan ada kuiz, assignment. Saya penah ambik degree so saya tahu dah perasaan penat disebabkan kuiz ni. Bukan penat sebab study tapi penat sebab memanjang risau pasal cane nak hadap kuiz tanpa study. Saya rasa sume orang tau macam perasaan tu LOL. Tapi kalau awak rasa lagi senang ikut jelah flow yang lecturer dah sedia, then ambik coursework pun ok.

Dari segi subject apa yang nak ambik tiap sem tu saya tak pasti macam mana mungkin orang lain boleh buat 1 confession lain haha. Mungkin ada subject yang boleh pilih, ataupun mungkin ada yang dah fixed saya tak pasti sangat. Saya ni jenis yang susah bangun pagi so coursework also is a big NO for me. Bangun pagi, prepare apa yang patut, iron baju and everything. In short, ambik coursework sama macam degree balik. Cumanya tukar subject & lecturer and belajar lagi details dari dulu. Pasal presentation also im not sure about this.

In short, if you think you kinda morning person, prefer sit & listen learning process, possess multiple talent to absorb different subjects from different field, need constant guideline from lecturer, cannot handle hands-on work, good at following flow, then better go for coursework. Cuma sedikit tambahan kalau awak nak sambung pHD dengan master coursework mungkin kena study lebih sikit pasal ni. Ataupun pembaca boleh share macam mana caranya.

Saya rasa ni je kot boleh saya kongsi for your consideration before ambik master. Sebab ramai yang saya jumpa diorg rasa diorg dah ambik bidang yang salah & nak quit. Tak larat nak carry on padahal nak habis dh. Saya sertakan ucapan good luck ye untuk sape2 yang bakal/teringin nak sambung master especially those yang dah keje & financially stable. Sebab dah sambung nanti sayang kalau nak patah balik.

Sekian.

– Sis Pelajar Master

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

422 Comments

  1. saya student master full research kat iium…alhamdulillah selepas berkhidmat 8 tahun menjadi guru saya decide untuk sambung master…pada mulanya memang astagfirullah penat nak mampozzz.bayangkan saya beruang alik setiap minggu penang ke kl.duit simpanan xyah ckp la.habis untuk tiket bas dan teksi ja.jumaat petang tegopoh gapah balik keja pack barang,malam naik bas esok sampai solat di lrt putrA gombak,pastu mandi di masjid uia.dengan beban yg digalas dengan beg buku pakaian dan serbaneka rasa nak patah pinggang.paling tragis sampai kelas tetiba kelas cancel.so masa yg terluang sy guna pi library cari bhn untuk chapter 1,2,3… alhamdulillah selepas mengharung badai selama 2 tahun sekarang saya dah final year.tunggu nak run analysis dan viva ja… buat yg lemah semangat, ambik la sikit pengalaman saya ni.byk benda yg saya xleh lupa antaranya iphong saya hilang masa mana xtau lah…sedih sgt tu iphong tu pemberian kawan…
    sokongan org org terdekat sangat penting…isteri sgt memahami walau pun kadang kadang muncung dia buleh sangkut plastik beg…huhuhu…apa apa pun uia tetap dihati…phd pon sya nak sambung uia gak.
    huhuhuhu uia selalu dihati…

  2. Assalam semua. Nak tanya pendapat. Saya student electrical eng. Berhasrat nak smbung master dlm pendidikan. So which one is better? Full research or mixed mode or fully coursework?

    Thank you for all your respond :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *