Assalamualaikum semua..Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah aku ni..
Aku ni pompuan, dah bekerja sebagai Legal Advisor kat satu syarikat O&G..Aku dah nak berkahwin bulan 9 ni & tunang aku plak bekerja sebagai security kat skolah..Hubungan kami dah mencecah 10 tahun sebab kami kenal masa skola menengah lagi..Masa awal perkenalan bapak aku melarang keras hubungan kami sebab aku ni anak harapan keluarga, boleh dikatakan kerap jadi best student skola & tunang aku plak kelas hujung2..Kami kenal pun asalnya sebab aku ni pengawas selalu jaga kelas tunang aku time perbarisan pagi & camne tah daripada benci (sebab dia ni terjal sangat..hehehe) sampailah jadi sayang gitu..hahaha..Tapi lama-kelamaan bapak aku mula terima tunang aku ni gak sebab walaupun dia ni kurang pandai, tapi dia slalu support aku (moral & duit basically selain duit bapak aku) untuk blaja tinggi2 sampai la aku dah konvo sume..
Cumanya skang makin nak dekat majlis ni aku terpikir aku ni alhamdulillah rezeki kerja ok tapi dia plak cakap kalau dah kahwin dia akan ikut aku tinggal sebab dia nak mencari kerja lain..By the way, tunang aku ada background meniaga sebab family dia ada uruskan bisnes mkanan & dia pun penah cakap kat aku nak meniaga sendiri sebab kalu bekerja dengan orang, gaji dia cukup makan saja..Tapi skang aku xpasti la sama ada dia nak kerja dengan orang ke atau nak meniaga pas kami kawen nanti..Aku bukan apa, bukan nak cakap la ye aku selalu positifkan diri mengatakan insha Allah rezeki lepas kawen tu memang ada..Tapi aku risau dalam keadaan ekonomi skang ni tunang aku ni agak2 boleh ke dapat kerja dengan gaji yang selesa?Adakah aku bakal tanggung dia pulak nanti disebabkan gaji aku?
Aku serius risau skang ni..mula2 aku tak pikir pun tapi sejak akhir2 ni (time raya ni la kan) ramai pulak mulut mak2 jemah dok compare aku dengan tunang aku ni..Sampai aku rasa skang aku cam da termakan hasutan dorang plak ni..Tapi, aku tetap pikir positif sebab duit hantaran aku yang belas ribu (atas persetujuan bersama ye, bukan aku minta lelebih) dia tak mengharap duit parents dia pun sebab kad ATM untuk gaji dia aku yang pegang. So, dia kalu nak duit belanja, dia da ambil rm800 untuk belanja bulanan & untuk bagi kat mak dia, selebihnya rm1000 dia bagi kat aku untuk simpan kumpul duit hantaran..Aku cuba untuk positifkan diri dengan mengatakan dia ni bertanggungjawab tapi tu la bayangkan bila hari2 korang dengar orang asyik comparekan aku dengan tunang aku, agak2 la kan korang tak serabut ke?
Allah, camne la hai nak hilangkan rasa kerisauan dekat benda yang tak pasti ni?Harap korang2 semua dapat membantu aku yang tengah serabut skang ni..Dah ler kad jemputan semua dah habis edarkan da, tapi masih lagi timbul kerisauan pulak..Terima kasih korang..Assalam..
– Kisah Hati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Masa depan sebenar kita adalalah akhirat..layarilah apa saja yg mdtg dlm.hidup ini dgn redha Allah
Syaitonnnnnn semuaaa itu..nak nikoh,macam2 la benda bukan2 mai..
Makcik2 awk y dok hasut2 ..compare2 tu..dorg la setan sebenarnya..tlepas lps ramadhan haritu..nk was2 kan korg y nk bina masjid ni..10thn knl..xkan xckup lg nk tau llki tu serius ke x..
Oogway: Quit, don’t quit? Noodles, don’t noodles? You are too concerned about what was and what will be. There is a saying: yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That is why it is called the “present.”
― Kung Fu Panda
Besar masalah dia ni. Senang cerita kau xpayah kawen dgn dia. Kad bank dia kau bg balik. Bukan senang nk kumpul duit smpai belas ribu semata nk kawen dgn kau. Lps ni duit dia tu dia blh pinang org lain. Senang kak long oi. Kau cri jantan yg kaya raya. Xde lah menumpang senang duit kau.
bru nk suggest bnda sama..u don’t deserve this guy..
Kann. Tak bersyukur lgsung.
Alaahh. Setan jentik sikit hati kau ni. Biasalaa dugaan time bertunang. Xde ape la. Rilex. Allah ada. Soal rezeki tu keje Allah. Dia tahu ape, y mane, bila y terbaik utk kau suami isteri nnti. Kau kene yakin dgn perancangan Allah. Mcm mane kau rancang je, Allah tentukan.
Jgn dengar cakap makcik mulut puaka tu semua. Kalau time ko susah bukan diorg nak tolong pun. Ko patut beruntung dapat tunang mcm tu.
Nanti jadi macam kuza
Kau kalau hidup nk dengar pendapat komen org kak, mmg ke laut la hidup kau. 10 tahun susah senang dia ada dgn kau. Tp sebab mulut2 puaka makcik esah yg kau dngr raya tahun ni, terus hati kau dh goyah? Kau kalau x nak kawin dgn tunang kau tu kak gtau awal2. Pm kt aku detail dia. Biar aku je tlg rawat luka yg kau nk tinggalkan nnt kt dia. Kau ingt senang nk cari lelaki yg nk susah senang dgn kita skng ni? Kau ni baru dngr komen makcik esah sikit, kau dh gelabah. Esok kawin bukan kau nk share suami pun dgn makcik esah tu. Lantak dia lah ape dia nk ckp.
Tu la. Skrg paling susah nak cari org2 yg bertanggungjawab dan setia ni. Ramai plak yg seperti nak mengabaikan mereka. Byk skrg dgr cerita suami tak bertanggungjawab dan lepas tgn.
Saya harap saudari confessor tu cekal dan yakin la dgn diri dia.
Sis risau apa sbnrnya ni? Risau dia xmampu nak bagi nafkah @ risau dia x boleh meet all your expectations? Haaa.. Kadang2 kita terlalu berharap, compare dgn harta org lain.. Kita tak perasan yg banyaaaak sgt nikmat yg Allah dh bagi, dlm pelbagai bentuk dh. Please don’t value someone based on the money they earned, but value their love, effort, sacrifices and hardships. Rezeqi tu Allah yg tetapkan tapi usaha tu manusia yg pilih utk buat sendiri. If I’d be you, sy lebih risau kalau sy tak mampu nak hargai usaha si dia.. Sy tak mampu nak balas jasa baik si dia.. Allah.. Doa lah bbyk sis. Sayang dia, okay? And make it lillahita’ala. Tawakkal jela with your best effort to be a good wife to him. Nanti lps kahwin, bkn psl harta je jadi tanggungjwb sis.. You will see that you need him mentally & physically because of family, kids, work, struggles, ujian lagi.. Smua tu kena saling melengkapi, jgn slaing banding usaha siapa byk lg.. Usaha tu siapa je boleh balas balik? Allah kan? So be concern with your intentions first. Kalau rsa ragu2, ada la tu Allah nk tegur kita haa.. Okay, barakallahulakuma sis, moga percepatkan lagi apa yg baik(nikah) and don’t let syaitan hasut you anymore.
Dalam tempoh tunang ni la syaitan kerja keras nk musnahkn plan nikah. Mulalah terbit rasa was-was atas segala hal yg selama ni xjd isu pn. Doalah supaya Allah bg petunjuk dan mudahkan segalanya.
Masa Sy baru kahwen, sy belek fail sijil suami..Sy tengok dia bukan pandai sgt pun..Tp bab kmhiran sy tengok dia, perfect..Klau dulu Sy selalu terfikir org yg xpndai akademik ni, x boleh berjaya..Tp sy silap..org yg xpndai akademik ni, boleh prgi lg jauh dr yg pandai akademik..jnji kna ada minat..tu je..ada jgk kwn yg mcm tu, Tp pandai bab laen..tabik spring lah kt dia.. Sbnrnya krja sndiri, boleh jd jutawan..sbb nya gaji untung dia dpt Xmenentu,..sekali dpt berpuluh k boleh.. Jd isteri kna bnyk support suami..
Dugaan bertunang org kata…
Tu semua bisikan syaitan je. Jgn terpedaya n tewas..dh dri dlu pn dia support ko moral n duit bagai, skrg duit gaji pn sgup bg ko pegang, tu maknanya dia serius dgn ko..10 thn blh je ko thn, xpkir jurang antara ko dgn dia, tetiba lg 2 bln nk gelabah plk?? Slow talk dgn dia n tnya dia btl2, klu serius ada niat nk brniaga, mta dia usahakn jlnnya sguh..ko yg kena byk support dia..yakin dgn dia..igt sng jumpa laki cmtu zmn skrg?? Lg stu apa kata duit hantaran berbelas ribu tu bg dia bt modal berniaga..dia gigih keje semata nk halalkan hbgn korg..kdg2 kita pmpuan pn kena consider jg..biar mengaji tinggi mana, gaji besar mana, xperlu kot letak hantaran mahal2..even laki tu setuju..xpn lps kwen ko bg dia blk separuh ke, utk bt bisnes..support dia..xpyh ikut sgt apa kata org..semua manusia xpnh puas hati..
Ini aku setuju
Along akak keje cikgu..laki dia keje kilang..walaupun ramai jugak org sekeliling yg mengata tapi akak tabik tengok along akak masih tetap dgn keputusan dia..sbb dulu masa die blaja, abg ipar yg bnyk support..sekarang dh 20 tahun diorg kawen..alhamdulilah ok jer..abg ipar akak tu baik sesangat..wlaupun perbelanjaan rumah bnyk along akak yg keluarkan duit..tapi abg ipar xpenah ambik kesempatan..selagi dia boleh usaha cari duit, dia akan cari..apa yg penting, tolak ansur & persefahaman..biar dpt laki xpandai tapi rajin drpd dpt laki belajar tinggi tapi pemalas
Kalau ada laki camni aku rasa hidup kau tak de la akan susah sbb laki ko nih bertanggung jawab dan ringan tulang. Selalu yg nampak problem laki yg malas kerja tapi hidup mcm manager bank.
Be positive..jgn jadikan duit sebagai tuhan…
Hm. Dlu aku dilema gk. Sbb aku ni bleh kata bdk pndai jugak la..dpt phd umur 26..ms umur 24 kwen..in the middle of buat phd tu..sblm kwen mcm2 fikir, mcm2 buat spy putus sbb rasa mcm stress org ckp mcm2. Stigma org kita mmg cmtu..pdhal sbenanya kita sndiri tau apa kte nak..husbnd aku bukan la x kerja..tp ms nk kwen tu gaji dia biasa2 je la..tp serius la dia jenis rajin dan sgt bertggjwb alhamdulilah. Skrg ak lctrr, gaji phd, tp husbnd ak income sntiasa lg byk dr aku. Dr seorang yg kerja biasa, skrg umur dia br 29 tp dh ad software company sndiri..byk la jatuh bgn dia, yg penting kita doakan dia sntiasa baik dn bertggjwb..actually dlu ms tgh dilema ad sorg besfren laki ak nasihatkan aku..’cr lelaki yg bertggjwb bkn lelaki yg kaya, sbb lelaki yg kaya belum tentu akn tunaikan tggjwb dia tp lelaki yg brtggjwb akn penuhi semua tggjwb dia’..so chill, teruskn berdoa insyaAllah
Lelaki yg gaji kecik tp sggup lagi asing duit utk bg mak dia adalah lelaki yg bagus. Laki gaji besar tp perangai tak elok ko nk buat hape? At least dia tau tanggungjawab, ko dah lepas satu kriteria penting dlm mencari pasangan. Ingat ye dik, yg penting hati pasangan. Simple.
Dugaan time bertunang..kuatkan hati dan yang penting mohon pada Allah supaya tenangkan hati dan permudahkan segalanya.
Da nak dekat bernikah ni memang syaitonnn byk merasuk…
Byk2 solat dan sabar…
InsyaAllah sy doa dia jodoh terbaik utk awak
Da kawin nnt bantulah suami naikkan ekonomi family.bantu suami sama juga mcm bantu diri sendiri sbb nnt suami da masyuk bisnes da sukses,xyah keje dah goyang kaki je.letakkan target 10-15tahun utk bantu suami smpai berjaya
Yg penting mak ayah terima…mak2 jemah tu abaikan…kalau ko kaya sekalipun dgn laki ko…diorang akan menempel jugak..kalau ko kawen dgn org yg setaraf dgn ko…tp…hati dia belum tentu ko kenal…silap2 lagi teruk…punn tetap mak2 jemah tu bersuara…jgn fikir banyak..Allah dh bg jalan sampai ke sini..mesti Dia ada sesuatu yg terbaik utk ko…abaikan mak2 jemah tu
aku ni 9 tahun kenal.. tunang sthun.. putus raya bru ni sbb duit lahh.. bertabah lahhh.. tunang ni kena kuat..
Rugi klu lrpaskan tunang yg bgus cmni…klu dia panfai berniaga,bagi moral support…mungkin pendapatan dia akan lbih besar dr anda
rezeki orang jgan kita sangka….zaman awal remaja dulu saya tiada apa2..saya pernah kerja buruh kasar,kerja kilang,pengawal keselamatan,kedai makan,kerja hotel dan mcam2 kerja yg susah…tetapi sekarang saya ada wang hampir RM 1 juta hasil perniagaan..yg penting kita usaha,jujur dan sentiasa belajar utk hidup lebih maju ke hadapan..point disini adalah jangan tengok apa yg bakal suami awak ada sekarang,tetapi apa yg akn dia capai berdasarkan potensi yg ada pada dirinya pada masa depan.
Nk dkt kawen gangguan syaitonirrajim bnyk sis… doa. Tahajud inshaAllah semua tu xrisau…
Oh… biaselah… setan mmg x suke kalau kita nk berkahwin…. mmg hasut an syaitan tu tgh kuat skrg Ni….
hm. kecik aty laki tu kalo tahu ko blh terfikir camnih. slps 10 thn baru nak pkir. pffft
Dik..hakak prnah practice. One of my colleague dlu couple dgn despatch boy. Smpi dia dpt jadi registrar, dia akhirnya kawen dgn budak despatch tu. Honestly, wpun dia despatch..dia tak pernah guna duit kawan akak. Even bg nafkah tiap bulan tak pernah kurang dari 500. Duit belanja dapur lain. Tapi dia mmg sangat komited. Dia buat kerja part time jadi runner juga, buat part time pizza hut bila weekend. Skrg ni dia tak kerja despatch dah. Dia keje jual beg n kasut kt uptown. Dia kata dia kesian tgok kawan akak kena perli dgn org2 mulut longkang sbb kawen dgn despatch. So skrg dia bangga sikit sbb boleh sebut businessman. Hahaha. Tp serious dik..kdg2 org mcm ni lg bertanggungjawab dr yg kerja bagus2 tu. Mudah2an bakal suami ko dik..istiqamah perangai gitu smpi dh kawen nnti. Skrg ni..ko doa byk2 mudah2an dia akan jd lelaki yg baik dunia akhirat
Baiknya tunang adik ni. Shows he can be trusted. I have doctor friends whose husbands earn less than them. Tapi memang boleh harap utk uruskan anak anak etc. Yelah kan. Doctors busy.
On the other hand, ada jugak doctor friends yg husband tak nak kerja and ambik kesempatan.
Another situation, husband baik bertanggungjwb (ikut kemampuan dia) tapi yg doctor wife ni dah mula rasa yg husband dia patutnya earning more than her. Dah mula complaint kena top up bayar rumah etc. Tapi husband beri nafkah & uruskan anak anak.
Kesimpulannya, ikut personality you mcm mana and lelaki tu jenis apa. Baik, responsible ATAU memang pemalas dan harapkan duit isteri. Yg isteri gaji lebih ni pulak, kena pastikan, awak tu jenis bersyukur dpt laki baik dan bertanggungjwb dari segi nafkah ATAU akan rasa tak selesa dan akan pertikai semata-mata suami tak dpt tampung sepenuhnya.
Terpulang…….
Sedangkan burung yang takda opis takda sijil, siang perut belapar petang balik kenyang siap boleh bagi anak2.
Ini semua syaitan nk halang awak dirikan masjid. Kalau seorang lelaki dr awal dah ada sikap tanggungjawab macam awak ceritakan, apa yg membuatkan awak rasa lepas kawen dia akan lepas tanggungjawab kepada awak? Yakinlah pada bakal suami awak. Lagipon, inshaAllah Allah akan gandakan rezeki awak atau suami awk selepas berkahwin. Sama ada lambat atau cepat, yakinlah dengan perancangan Allah.
Setaraf atau tidak bukan jd ukuran yg penting bakal suami tu seorg yg bertanggungjawab dan berusaha utk memperbaiki kekurngan dan mencari rezeki yg halal.sbg isteri kt xboleh terlalu mementingkan diri dan kenasentiasa menyokong suami dari belakang.insyaAllah rezeki akan dtg.perancangan Allah adalah yg terbaik.
Janji dia solat. Hormat orang tua. Bukan pemalas. Ok lah tu. Jangan memilih sangat. Budak lelaki tak ramai dah yg grad u
kenapa ahkak rasa dh mcm page KRT ni.ermm
Soal jodoh rezeki ajal Allah tentukan….tak perlu fikir dgn ape org kate.ok.yakin Allah sentiasa bersama kite.
Huh…dapat laki baik pun nak pikirRburuk. ramai orang diluar sana dapat laki yang lebih berharta tapi tak bahagia. Akak aku gaji lebih 6 ribu, abang ipar aku keje PAP/peon kat jab kerajaan, sekarang je baru gaji naik sikit, satu ribu. Anak dah 5 orang. Akak aku tua 4 tahun dari abang ipar aku. Bahagia je diorg. Sebab akak aku tak ungkit2 dan abg ipar aku tau tanggungjawab. janganlah kau dengar cakap orang. Kalau dia bertanggungjawab dan boleh jaga kau, itu dah cukup baik. Kahwin ni nak bahagia. Kalau kau dapat laki banyak duit tapi tak bahagia, baru kau tahu.
Buat solat istiqarah dan berdoa pd setiap solat mohon d beri pertunjuk. Klu dia jaga solat, pandai mengaji, hormat kedua belah keluarga, bertanggungjawab dn perwatakan mulia insyaallah itulah pilihan terbaik.
Laei satu klu blh juga cari yg bkn perokok.
Cmni la dik
Nk cari suami biolah rajin keje, rajin tlg buat keje umah, rajin tlg kiter jaga anak, rajin layan karenah kiter..
Bukan seorg yg baran, kaki pukul, kaki betina
Kuat semangat, kuat berusaha
Setia
Kuat pegangan agamanya, bole imamkn solat
Tang gaji kecik, pelajaran tk seberapa bole tolak tepi sbb awk educated, gaji beso, bole melengkapkan kehidupan
Klu semua ciri2 kat atas dia ader, grab dia. Abaikn mulut2 mak jemah tu
Klu awk cari yg educated, kaya tp tk bahagia pon tk guna juga
Kesiannya tunang ahkak. Orang lain yang prejudis ngan dia takpe, tapi ni ahkak. Alahai sedihnyaaa
Ujian ni.. nak2 awk dah nak kawin dengan dia. Iblis tu la ktuaa untuk musnah kan pernikahan awk.. so lawan mtk doa pd Allah.. doa banyk2 .. Goodluck
Cri yg briman..jujur n btanggungjawab dah laaa…zaman lani llaki camni hmpir pupus… Ktenangan n kbahagiaan pon salah satu rezeki dlm rumahtgga…xguna duit bnyak tp xdak ktenangan idup…
ko ni bangang sebenarnye dan ko x lyk dngn dia. dia dh la bodo kelas blkng pastu kerja security je TAPI DIA NI 1 IN 10000 LELAKI KT MALAYSIA NI , ko compare dia dngn mulut makcik2 ko ? dngn support ko dri kolej smpai la ko kerja , siap bgi duit kt ko 1k sebulan tuk kmpul duit kawin . AKU RASA DIA NI LEBIH LAYAK DPT ORG LAIN YANG LAGI BAGUS DARI KO . :)
kalau dia buleh kumpul untuk hantaran , pasaipa tak buleh kumpul modal menega.ada kemahuan pasti ada jalan..kalau pindah , cari la reja tempat lain pulak.jgn pikiaq singkat sgt..kata percaya pada rezeki , insyaallah aih.
Kalau was2 putus kan je tunang tu than kawin nan saya. Hahaha
Dr cte ko ni kn ak rse tng ko ni baik orgnye..slagi dy xnaik tgn kaki k mke ko tu kre baik la..Ce bersyukur, msti kang ko nmpk yg indah2 j kt tng ko ni..Pmpuan ni diuji ble dpt laki susah, laki lak diuji ble dia sng..Rmai j kot laki yg sng lenang ni pn sng kne kebas..Positif je la sis, insha Allah sng hdup ko & bkal suami ko pasni..#TetibaEmo
Aku nk tny 1 je..Sok ko susah, mulut2 longkang tu semua, agak2 tlg tak ko? Kutuk ko lg ada.. jgn tgk hrta. Ko ada kan…lps kwen sok sma2 support la. Kata laki bini. Dunia semata2…fikir akhirat sket
pilihan d tangan anda ..susah2 dahulu senang2 kemudian