Perlukah aku risau akan masa depan?

Assalamualaikum semua..Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah aku ni..

Aku ni pompuan, dah bekerja sebagai Legal Advisor kat satu syarikat O&G..Aku dah nak berkahwin bulan 9 ni & tunang aku plak bekerja sebagai security kat skolah..Hubungan kami dah mencecah 10 tahun sebab kami kenal masa skola menengah lagi..Masa awal perkenalan bapak aku melarang keras hubungan kami sebab aku ni anak harapan keluarga, boleh dikatakan kerap jadi best student skola & tunang aku plak kelas hujung2..Kami kenal pun asalnya sebab aku ni pengawas selalu jaga kelas tunang aku time perbarisan pagi & camne tah daripada benci (sebab dia ni terjal sangat..hehehe) sampailah jadi sayang gitu..hahaha..Tapi lama-kelamaan bapak aku mula terima tunang aku ni gak sebab walaupun dia ni kurang pandai, tapi dia slalu support aku (moral & duit basically selain duit bapak aku) untuk blaja tinggi2 sampai la aku dah konvo sume..

Cumanya skang makin nak dekat majlis ni aku terpikir aku ni alhamdulillah rezeki kerja ok tapi dia plak cakap kalau dah kahwin dia akan ikut aku tinggal sebab dia nak mencari kerja lain..By the way, tunang aku ada background meniaga sebab family dia ada uruskan bisnes mkanan & dia pun penah cakap kat aku nak meniaga sendiri sebab kalu bekerja dengan orang, gaji dia cukup makan saja..Tapi skang aku xpasti la sama ada dia nak kerja dengan orang ke atau nak meniaga pas kami kawen nanti..Aku bukan apa, bukan nak cakap la ye aku selalu positifkan diri mengatakan insha Allah rezeki lepas kawen tu memang ada..Tapi aku risau dalam keadaan ekonomi skang ni tunang aku ni agak2 boleh ke dapat kerja dengan gaji yang selesa?Adakah aku bakal tanggung dia pulak nanti disebabkan gaji aku?

Aku serius risau skang ni..mula2 aku tak pikir pun tapi sejak akhir2 ni (time raya ni la kan) ramai pulak mulut mak2 jemah dok compare aku dengan tunang aku ni..Sampai aku rasa skang aku cam da termakan hasutan dorang plak ni..Tapi, aku tetap pikir positif sebab duit hantaran aku yang belas ribu (atas persetujuan bersama ye, bukan aku minta lelebih) dia tak mengharap duit parents dia pun sebab kad ATM untuk gaji dia aku yang pegang. So, dia kalu nak duit belanja, dia da ambil rm800 untuk belanja bulanan & untuk bagi kat mak dia, selebihnya rm1000 dia bagi kat aku untuk simpan kumpul duit hantaran..Aku cuba untuk positifkan diri dengan mengatakan dia ni bertanggungjawab tapi tu la bayangkan bila hari2 korang dengar orang asyik comparekan aku dengan tunang aku, agak2 la kan korang tak serabut ke?

Allah, camne la hai nak hilangkan rasa kerisauan dekat benda yang tak pasti ni?Harap korang2 semua dapat membantu aku yang tengah serabut skang ni..Dah ler kad jemputan semua dah habis edarkan da, tapi masih lagi timbul kerisauan pulak..Terima kasih korang..Assalam..

– Kisah Hati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

125 Comments

  1. Org akn bckp.. klu xckp yg baek2, diakn ckp yg buruk2.. dan bckp tu akn trus blnjutan even dlm tido pun.. ko nk pikir org bckp nk watpe sis.. bhagia tu kita yg punya, kita yg rasa.. toksah dgr ckp2 org

  2. Personally saya rasa tak perlu nak dengar apa mulut orang lain nak cakap. Yang penting kita ada orang yang sayangkan kita yang sanggup susah senang bersama kita. Dalam mencari pasangan hidup ni, biarlah walaupun dia bersederhana, asalkan you guys sayang each other. Walaupun dia mula dari bawah, you as a partner kena always support dia. Jangan dengar kata orang lain, duit tak menjamin segala galanya ( sedikit benar disini ). Tapi apapun, keep supporting your partner.

    Sesungguhnya perniagaan tu punca rezeki yang paling besar chaiyok sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *