Assalamualaikum, Terima kasih admin approved post aku ni.
Aku sebenarnya seakan putus harapan tapi aku tak boleh sebab aku tahu ni ujian Allah untuk aku. Dana aku cukup sedar akan hakikat itu. Dari CFS hingga ke Gombak pointer aku tak lari dari 2.0-2.3
. Aku rasa itu je kemampuan aku. Study lah bagai nak rak sampai rak patah pun ( okay tak lawak ) mesti pointer aku takat tu je. Aku jaga solat, hubungan dengan Mak ayah pun Alhamdulillah aku jaga. Consult lecturer ape smu aku buat tapi bila tengok result ade failed pastu repeat subject core banyak dapat C. Ya Allah remuknya rasa hati ini lagi lagi bila nak tunjuk dekat mak ayah… Aku tahu mak ayah aku kecewa tapi dorang tak tunjuk, apa yang dorang selalu cakap? ” Ibu tahu anak ibu pandai. percayala pada rezeki Allah long”. Ayah lebih banyak tersenyum melihat kan result aku yang hidup segan mati tak mahu itu.
Rezeki tu Allah pegang. Ye aku percaya itu. Tapi aku sangat teringin nak dapat pointer yang boleh membanggakan mak ayah aku. Hmmm mungkin korang boleh doakan aku? Aku yakin budak Uia ni alim alim dan baik hatinya. Orang cakap doa dari orang yang berhati baik ni selalu di terima Allah?
Pinta aku hanya satu. Tolong lah doakan aku supaya dapat pointer yang baik supaya aku dapat melihat wajah mak ayah aku bahagia sebelum aku dah takde? Actually aku berpenyakit kanser otak stage 2. Sebelum Allah ambil aku, aku nak tengok mak ayah aku bangga dengan pencapaian aku. InshaAllah aku doakan kejayaan korang semua :))
p/s : aku takut kene dismissed sebab skrg pointer aku 2.1. je :(
May Allah bless all of you :)
– Sister A