Terlebih dahulu ingin aku nyatakan yang ini bukanlah confession tetapi mungkin lebih kepada pendapat peribadi aku setelah meneliti sikap manusia-manusia yang berada disekeliling aku.
Ini juga merupakan peringatan untuk diri aku yang dhaif dan tidak sempurna.
Sahabat pembaca sekalian, kita banyak baca tentang luahan hati wanita-wanita yang berkecil hati dan rasa kecewa bila mereka sering ditanya tentang perkara yang melukakan hati.
Contohnya ditanya tentang bila nak dapat anak? Bila nak kahwin? Bila nak tambah anak dan macam-macam lagi.
Ya, aku faham perasaan kecewa tu. Sebab aku pun sentiasa ditanya soalan-soalan yang aku tak suka.
So aku faham sangat macam mana rasanya sakit hati, sedih terguris bila perkara yang kita tak gemar tu ditanya dan disebut-sebut.
Cuma aku nak berpesan kepada diri aku, para confessors dan pembaca sekalian,
Kadang-kala kita hanya focus kepada rasa kecewa diri kita sendiri sedangkan kita lupa bahawa kita juga sebenarnya melukakan hati orang lain.
Tapi mungkin kita tak sedar. Kita cuma sedar rasa kecewa tu bila kena pada batang hidung sendiri.
Aku tidaklah tuduh semua confessors yang pernah luah perasaan kecewa disini sebagai “tak cermin diri”. Bukan itu maksud aku.
Mungkin ada yang betul-betul baik dan menjaga hati tapi mungkin juga ada yang dalam tidak sedar terbuat perkara yang menyakiti orang lain juga. Kita kan tak sempurna. Aku pun sama.
Aku ceritakan kisah sahabat baik aku, letak la nama dia Bibi. Bibi ni dah 5 tahun kahwin, belum ada anak.
Setiap kali kami berjumpa, dia pasti akan cerita pada aku betapa sedihnya dia sebab si polan & si polan, makcik itu & makcik ini asyik tanya bila dia nak beranak.
Tiap kali orang tanya soalan tu dia akan rasa down. Satu hari tak boleh buat kerja sebab menahan sedih & kecewa. Aku pun kesian pada dia.
Tapi sepanjang kami berkawan, aku perhatikan si Bibi ni jugak sama. Tak reti jaga mulut.
Contohnya, bila kami ada gathering, jumpa kawan-kawan lama, sepatutnya kita berilah aura positif untuk kawan-kawan.
Ini tidak, bila ada kawan yang datang & bersalam gembira, Bibi selamba tanya soalan yang selalunya sentuh bab fizikal.
Contoh ayat dia: Eh, kenapa kau sekarang dah berisi ni. Dulu kan slim je?
Ada sekali sorang kawan aku ni memang kerja dia lasak sikit. Renjer ke macam tu lah. So bila si Bibi jumpa kawan renjer ni dia terus je cakap, weh kenapa makin gelap?
Muka kawan renjer aku yang tadinya ceria terus bertukar jadi macam tak best. So, nampak tak kat situ yang dia sendiri pun tak reti jaga mulut tapi megharap orang lain jaga hati dia.
Aku pernah tegur Bibi secara kiasan (sebab dia ni kadang-kadang cepat sentap). Aku bagitau dia, kau ni kalau jumpa orang tak payah la tegur benda-benda negative. Ko buat tak nampak sudahlah.
Tapi Bibi cakap aku ni yang fikir lebih-lebih sedangkan orang tu ok je. Sekarang ni aku pun dah malas nak nasihat dia dah.
Bukan Bibi saja, ada lagi kawan-kawan aku yang lain kat tempat kerja aku ni yang memang tak sensitive. Suka bunuh mood orang dengan ayat yang negative.
Baru sesaat jumpa dah mula sebut benda yang tak best. Orang yang tadinya excited jumpa kita terus jadi tak selesa nak bercakap.
So nasihat aku pada diri aku dan pada semua, bila jumpa orang tu, tak kisahlah sesiapa pun, tolong jangan sebutlah apa-apa yang negative pasal orang tu atau fizikal dia. Jangan tanya soalan-soalan yang sensitif.
Kau carilah benda yang baik yang boleh buatkan orang tu selesa dan gembira jumpa kita. Cakaplah baju dia cantik ke, lipstik dia lawa ke, apa saja ayat yang boleh senangkan hati orang bila jumpa kita.
Nampak macam benda kecil tapi mana tahu mungkin dari situ Allah akan beri ganjaran yang lebih baik untuk kita.
– Cici (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit