Assalamualaikum semua. By the way, korang pernah tak terfikir apa fungsi korang dilahirkan dekat dunia ni?
Kalau katalah suatu hari nanti korang dah tak ada, adakah pemergian korang ni memberi impak terhadap dunia?
Adakah sumbangan korang semasa masih hidup memberikan kesan positif kepada keluarga, masyarakat & rakan-rakan?
Bukan apa, bila duduk sesaja, tiba-tiba datang fikiran sebegini. Tak ada gaduh dengan sesiapa pun. Cuma tiba-tiba terfikir, berbaloi ke aku hidup selama ni?
Aku bukanlah lahir dari golongan berada. Duduk dengan atuk nenek kena dibenci & dihalau. Duduk dengan saudara mara dicaci. Duduk dengan parents, menghabiskan beras & duit sebab selalu masuk wad je.
Kalau nak dibandingkan dengan saudara mara lain, memang parents jarang berbunyi walaupun kadang-kadang ada waktu yang mereka mengeluh sebab terlalu banyak duit digunakan ulang-alik ke hospital. Tapi bila dengar parents sendiri yang mengeluh, perit dia lain macam.
Bila dah masuk diploma ni ingat bolehlah nak lupakan sikit masalah-masalah, tapi bila duduk dekat rumah orang tak suka.
Waktu sekolah rendah entah berapa kali tukar sekolah sebab orang tak suka. Sekolah menengah pun lebih kurang, banyak kali tukar sekolah. Sampai kolej pun dipulaukan.
Benda ni membuatkan aku terfikir, adakah masalah ni datang sebab dilahirkan oleh keluarga yang tidak berharta, sebab rupa paras buruk sangat atau sebab diri sendiri bermasalah?
Nak kata aku bermasalah, aku ni bukanlah jenis bercakap. Banyak duduk diam je buat hal sendiri. Tapi still ada yang tak suka.
Sepanjang aku duduk KPM ni rasa berapa kali je aku berbual rancak. Most of the time buat hal sendiri, dengar lagu, tengok YouTube dan lain-lain.
Nak kata pengotor, aku ni dibesarkan dalam family yang agak strict bab kebersihan jadi memang kehidupan dari kecil terurus dan alhamdulillah benda ni maintain walaupun dah lama duduk sendiri dekat KPM ni.
Pernah juga terbayang kalau tiba-tiba satu hari nanti kalau aku dijemput Ilahi, mesti akan ada yang sanggup tanggung dosa tak uruskan jenazah dari uruskan aku.
Berapa ramai agaknya yang actually datang waktu pengebumian atau paling-paling berapa ramai yang actually sedar yang aku ni dah tak ada dekat dunia. Ataupun tak sedar pun yang aku ni wujud.
Orang kata kalau kita stress kena cari tempat meluah. Bukan tak nak, tapi zaman sekolah pernah meluah kepada pihak kaunseling. Bukanlah masalah major, hanya masalah biasa-biasa, tapi esok harinya bukan sekadar satu sekolah tahu, semua parents budak-budak sekolah sekali pun tahu.
Kadang bila difikirkan balik, masalah peribadi aku ni tak ada la teruk sangat. Banyak lagi manusia atas muka bumi ni yang ditimpa ujian yang lebih dahsyat. Tapi bila kena tu rasa macam tiada hari esok.
Aku cuba tutup kesakitan tu dengan dengar lagu, baca buku dan lain-lain tapi benda tu hanya berfungsi sebagai ‘painkiller’.
Ada yang suggest suruh aku workout, tapi kalau dah badan bekas keluar masuk wad, nak expect macam mana sangat?
Dulu pernah juga terfikir, kalaulah result aku ni power, mungkin perspektif orang sekeliling jadi makin baik kan? Tapi malangnya dunia tidak seindah khabar di langit. Makin tinggi gred result, makin dibenci pula.
“Kelas pandai takkan 5A je SPM?”
“Ambil sains tulen tapi result budak sastera lagi cantik, tak malu ke?”
“Dapat masuk KPM tapi tak pernah dekan, baik tak payah sambung belajar.”
“Sia-sia je sambung belajar. Kalau benak ubi macam tu siapa je nak ambil kerja?”
Bila sekali terdekan:
“Kenapa nak suruh satu dunia tahu ke kau dekan?”
“Dia ingat dia dekan, macam orang lain tak pernah dekan je.”
“Aku dulu streak setiap sem dekan, kenapa benak sangat nak dapat satu pun payah?”
Sorrylah kalau terpanjang pula confession. Saja nak menaip alang-alang dekat sini anonymous. Harapnya tiada yang cam lah dengan corak penulisan aku ni.
Terima kasih kalau ada yang baca sampai habis.
– Insan yang dah tak tau nak buat apa dalam dunia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
calm down your thought. The more you let the views of others have an effect on you, the more and more suffocating it gets. Tak yah ambik personal lah cakap2 diaorg tu, dan tak payah nak fikir jauh sangat. Fikir jer “apa nak makan hari ni”, “nak solat kat mana hari ni”, “nak kopi apa hari ni, latte or americano” gitu….semoga dipermudahkan segala urusan. You are good.
Hakikat kehidupan Allah dah bgtau kita dalam Al-Quran. Untuk beribadah semata-mata. Benda2 lain ni cuma hiasan dan ujian. Memang cliche bila slalu dengar kan tapi itulah dia hakikatnya.
aku dlu masa muda ada jugak masa down bila memikirkan orang keliling tapi bila dah tua ni aku faham, kata-kata orang keliling tak bagi kesan pun kat kehidupan aku melainkan aku sendiri yang terkesan dgn kata-kata orang dan sikap aku sendiri yang bagi efek kat kehidupan aku.
Nasihat aku, jangan biar kata-kata orang yg tak kenal pun kau sapa, kau jadikan definisi pulak untuk siapa kau.
Tahan sikit je lagi, nanti dah habis belajar ko dah boleh persetankan semua orang. Fokus diri ko, kerja ko dan amal ibadat ko. Cari duit banyak2 hepikan diri sendiri. Nampak macam ko tak campur orang sangat tapi banyak sangat orang yang komen bukan2. Mungkin sebab sebilik dan sekelas dengan ko. Dah keluar kolej nanti, boleh explore dunia ni, banyak je orang baik2. Cuma persekitaran ko sekarang toksik dan tak boleh keluar sebab belum abis belajar. Nanti kalau dah kerja dan jumpa persekitaran toksik, chow laju. Duit boleh cari dan rezeki tu tuhan yang bagi. Ingat tu. Pasal diri ko significant ke tak atas dunia ni, tak payah pikir la sebab fokus kita atas dunia ni nak cari redha Allah bukan penghargaan dari manusia.