Persatuan Dilema Wanita (takretimasak)

Eh tak sangka perasaan aku dengan confessor yang dilema perempuan tak tau buat kerja rumah tu samaaaaa. Aku pun sama. Banggaaaaaa sangat dengan confessor yang reti masak pungpangpungpang dekat dapur (nampak tak betapa bangganya aku dengan korang)

Aku bukan taknak masuk dapur, aku pernah bakar dapur nak goreng nugget masa form2. Sebab aku panaskan minyak terlalu lama sampai berasap kuali. Bila tutup api terus terbakar dapur. Dahla dengan pakai tongkat lagi sebab accident.

Aku bukan tak reti masak langsung, kalau tanak nasi tu kira hebat kot nasi tak lembik dan aku reti anggarkan air. Goreng telur pun hebat. Buat nasi goreng pun hebat. Yang tu jelah pandai. Cuma jarang masak sebab aku dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu duduk pulak matrik hujung dunia. Balik masa matrik bagi cuti je. Masuk pulak unibesiti pun jarang balik lepastu duduk kolej. Skill goreng telur je melekat dalam otak. Nasi goreng pun aku lupa dah.

Tapi sejak membesar ni, aku tak pernah dengar lagi lelaki kagum dengan perempuan reti deco rumah, mengecat, pasang perabot baru beli, tau engine kereta mana bagus. Takde lagi. Aku selalu dengar org laki duk respect perempuan reti masak itu ini. Sedih tau. Sia2 jelah kepakaran aku tu? Aku ada perasaan nak memasak tu tapi hilang keyakinan tu lepas 5 kali buat kek batik tak jadi.

Penah lah dulu ada laki ni ngorat aku, soalan pertama dia tanya aku reti buat kerja rumah tak? Eh gila tak reti apa soalan tu hoi. Bolehla setakat sapu rumah, mop, bersihkan kipas tergantung kat siling rumah, sidai kain cantik2, lipat baju. Muka dia dah sengih macam suka. Then dia tanya aku, reti masak? Eh takkan aku nak tipu. Aku cakap aku reti masak nasi goreng je. Terus muka dia berubah. Tetiba je dia cakap kalau boleh kalau dia kawin dia nak perempuan tahu masak, sebab dia pun tahu masak semua jenis lauk. Hari2 masak kat rumah sewa. Em bolehlah dia sembang kencang, cuba dia duduk kolej. Maunya kena kejar dengan staff kolej kalau bawak periuk belanga. Bau roti bakar pun dah menyiasat macam ada penjenayah ni kan pulak bau tumis.

Sedihla. Kami persatuan dilema wanita ni bukan tak boleh masuk dapur. Boleh… Cuma bagilah peluang biar kami pandai masak. Bagi sokongan. Lagi-lagi aku nak kawin dah ni. Aku risau benor dengan bakal mak mertua. Takut lah nanti dia fikir muka je ada tapi tangan kaku. Kami pun ada kepakaran lain. Manalah tau tak pandai masak ni, kamilah yang paling setia untuk suami dan anak2. Manalah tau didikan kami terhadap anak2 superb dari tak pandai baca quran boleh jadi qari junior. Manalah tau dari anak taktahu mengira tetiba jadi Ady Putr junior. Famous anak akuu kahkah.

Okay.salam sayang dari aku.

– Ami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

156 Comments

  1. Org lelaki biasanya xkesah dgn pompan yg tak pandai masak.
    Sebenarnya lelaki suka pompan yg rajin masak. Xsedap xdehal, asalkan rajin. Prektis make perfek, lelama sedap la tu.

    Tp kalau jenis pandai masak, tip top mcm hotel tp malas nak mampos, ke dapur pon cuma setahun sekali mmg laki xlayan la.

  2. Lelaki yg belum kahwin dah siap2 tanya kau pandai buat kerja rumah ke tak, pandai masak ke tak ni sah2 dah plan nak kau jd suri rumah sepenuh masa. Fakofkan mereka.

  3. Setuju… Xpernah aku dgr lagi org lahir-2 je teros pandai masak… Chef pun belajar lg.. So xyah la kutuk-2 perempuan yg xreti masak.. Xreti sbb xtahu.. Bila dh belajar masak in shaa Allah tahu… Yang penting perempuan kena rajin n ade keinginan utk belajar….! Peace!

  4. ala benda tu senang aje sis..dulu saya pun cmtu gak,x reti nak memasak..hari2 duk tengok resepi nk bagi makan kat laki,tp lepas setahun kahwin,dh boleh masak tnpa tengok resepi..klu try resepi baru pun,tengok gitu2 aje sb basic dh tw…

  5. Xpela sis..boleh je belajar memasak slow2..sy pun belajar memasak lepas mak sy sakit teruk masa sek ren..and now da 20+..lg satu..sy je sorg pmpn dlm family..so..mmg kena pndai gak msk..alhamdulillah..Allah mudahkan..tapiii..kalau masakan western cek x terror..masakan kg..inshaAllah blh lg…mohon bakal suami cek xreti makan makanan western..cek xbpe pndai sgt nk msk..makan cek reti la..hahahahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *