Salam Ramadhan kpd admin dan para readers!
Sejak kebelakangan ni, ramai kawan kawan akak yang mintak tips sebelum kahwin. Tak kira brothers or sisters. Kadang-kadang tu luah soal hati, istikharah, jodoh, drama ikhtilat dan sebagainyalah hehe. Yes, akak dah kahwin sejak tahun 2 dia UIA lagi. Skrg akak dah habis belajar dah. Jadi, akak cantik ni rasa nak share tips persediaan before kahwin memandangkan ramai antara kita yg akan bernikah cuti raya nanti. Ni based on pengalaman akak tau. Mohon jgn hentam akak ye.hoho
.
1. PERSEDIAAN ROHANI.
Persediaan rohani amat penting. Sebab tu akak letak no.1. Sejak awal lagi keyakinan kita kpd Allah amat perlu. Buat istikharah dan doa jgn putus sampai la on the day majlis nikah kita. Kita tak kan kenal pasangan kita mcm mana dan bahkan tak pernah tahu pun macam mana kehidupan kita in future dgn pasangan kita. Allah adalah pemilik kpd hamba-hamba ciptaanNYA, jadi kita serah kpd nya. Allah maha mengetahui. Kalau ianya baik, pasti akan ada petunjuk dari Allah. Kalau ia tak baik untuk kita pasti akan datang signal nya. Pastu dah boleh start perdalamkan ilmu agama terutama solat. Yang lelaki dah boleh study ilmu rumah tangga pasal nafkah dan psikologi psangan. Dah boleh start hafal at least surah-surah lazim untuk senang jadi imam nanti. Doa pula, amal doa keluarga surah Furqan:74 dan untuk zuriat doa specifically nya surah Al-Anbiya’ ayat 89. Wirid lepas solat pun boleh baca selawat yang ada dalam mathurat. Basic je, dalam malay pun boleh. sekurang-kurangnya dalam doa yang korang amati tu, korang tahu apa matlamat hidup yang korang nak capai lepas ni. Selebihnya, kena banyak bertanya soal hukum hakam halal haram contohnya, soal nikah cerai, haid, taharah (kebersihan), mazhab dan banyak lagi. Yg penting support pasangan untuk jadi hamba Allah terbaik. InshaAllah berkat.
.
2. KEWANGAN.
Yes, duit ni wajib ada. Mane boleh tak da se sen pun untuk kahwin. Skrg banyak peluang untuk menambah pendapatan. Kalau cakap tak da kerja, tipulah..u all tak cukup usaha dan mintak doa dgn Allah tu. Kalau niat korang mmg untuk kearah kebaikan, pasti Allah tlg sikit atau banyak. Kalau pendapatan sikit buat gaya sederhana. Untuk brothers, kena cari duit untuk mahar/mas kahwin dan majlis. Mana tahu, berkat doa korang, keluarga belah perempuan rendahkan mahar. Sisters pula, perlu duit untuk persediaan majlis. Sisters skalian, ingat, sebaik-baik wanita adalah yang rendah maharnya. Akak dulu RM1000 je. Ingat, kahwin ni bukan untuk gah pada hari perkahwinan, tapi, kena fikir juga macam mana nak survive hidup berpuluh-puluh tahun bersama.wiwiwi
.
3. KECANTIKAN FIZIKAL.
Both brothers and sisters, kena jaga penampilan start dari kepala sampai kaki. Brothers dah boleh dah start bersihkan kelemumur dekat rambut, rapikan misai, cabut/tampal gigi rosak berlubang supaya nafas tak berbau, daki-daki kena gosok sampai tanggal semua termasuk dalam lubang pusat dan private part, kuku pula jangan lupa potong dan buang tahi tahi kuku tu. Kuku kaki jangan lupa, kang kuku panjang tersepak kaki tok kadi , meraung pulak dah. Sisters pun sama, terutama rambut, jgn ada bau hapak dan serabai, satu lagi tips, nak kulit muka lawa, jaga kebersihan rambut. Tapi, Jgn jaga muka sahaja tapi kat celah-celah berkulat, kena sental semua daki. Dekat celah-celah jari kaki tu gosok dgn berus gigi lama pun boleh. Tumit pun boleh guna berus gigi nak bagi hilang kulit-kulit keras kasar dan kekotoran. Dah boleh slow2 stop makan makanan yang boleh buat peluh berbau terutama bawang. Sebab apa penting sangat soal kerbersihan ni? Manusia ni, lumrah suka tengok benda yang cantik jadi kita kena jadi cantik untuk pasangan kita. Biar pasangan kita setiap masa boleh cium kita. Selesa setiap masa.
.
4. MUALAMALAT KELUARGA.
Kebanyakan dari kita mesti rasa seram macam mana la nak survive nanti duduk dengan keluarga mertua kan?Bg akak, senang sahaja. You kena ada common sense yg tinggi. Orang yang ada common sense yang tinggi ni kita campakla dia dekat mana pun dia boleh survive dan orang akan suka dia. Maksud common sense ni, korang fikir korang berada di tempat orang. Sebelum bertindak kena fikir, kalau orang buat dekat aku, adakah aku suka dan selesa? Contoh paling common hari pertama di rumah mertua, kalau menantu perempuan bangun lambat memang big mistake. Kalau korang jadi mertua in future pun korang tak suka menantu bangun lambat kan. Namanya duduk dengan orang tua, kena la jaga hati mertua. Kalau boleh, breakfast pagi tu, korang yang sediakan. Terrbaikkk. Pastu, jgn selalu berkepit dgn suami. Asyik duduk dalam bilik je memang akan menimbulkan kebencian mertua la. Tengok ape yg tak kena, korang perbetulkan. Tengok ada pinggan kotor dalam sink walaupun bukan korang punya pun tolong basuh. Brothers n sisters, komunikasi kena limit tapi berisi. Elakkan banyak bercerita soal kebaikan diri sendiri. Orang tua ni suka kita bertanya, u kena alert mertua tu apa benda feveret dia. Kalau suka bab kereta, u pura2 la nak menimba ilmu pasal kereta sikit. Kalau mak mertua suka kumpul pinggan mangkuk, korang puji-puji la hobi dia tu. Soal adik beradik ipar jangan masuk campur. Jgn memecah belahkan hubungan adik beradik pasangan dgn pasangan. Bahkan kita kena support supaya mereka berbaik. Kena ingat, isteri ni orang pertama yg dia kena taat adalah suami. Suami pula, mak adalah no.1.
.
5. SKILL MEMASAK.
Skill memasak ni penting tau bagi perempuan. Bukan nak suruh tahap masterchef pun. Akak dulu, memang tak pandai masak tapi 3 minggu before kahwin akak study bahan-bahan untuk memasak dan menuntut dengan mama betul2. Benda basic macam nak tanak nasi tu kena la pandai, pastu goreng telur, nak advance sikit telur dadar haha. Apepun, semua perempuan kena kenal bahan untuk memasak macam bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar Holland, halia, lengkuas, kunyit. Kalau boleh at least tahu 2 lauk, 1 pencuci mulut dan pandai buat air teh pun okei dah nak buat menantu. Sedap ke tak sedap tu, depend on air tangan dan skill balance kan gula dan garam. Ala, praktik hari2 lama2 expert la. Bahagia suami makan kat rumah je setiap hari.hehehe
.
5. HUBUNGAN DGN PASANGAN.
Bagi akak, punca keretakan rumah tangga antaranya kurang laksanakan isu nafkah zahir batin. Suami kena faham konteks nafkah kena sediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian, nafkah batin dan didikan agama. Nafkah duit wajib beri kepada isteri mengikut kemampuan. Dan duit nafkah tu tidak termasuk duit belanja untuk keperluan seisi keluarga. Kalau mampu bagi RM10 sebulan, its good daripada tak bagi langsung. Mana-mana isteri yang baik akan tetap bersyukur.
.
Lama mana pun korang kapel/tunang, akak jamin, korang tak kan kenal dia 100% pun, life lepas kahwin adalah benda baru bagi setiap orang. Sikap lepas kahwin pun tak sama dengan sikap semasa kapel atau tunang. Sebab tu akak cakap kena banyak berserah dekat Allah supaya bagi yg terbaik untuk kita. Ape yg akak dan suami amalkan. Kata ustaz Hasrizal, Erti Hidup Pada Memberi. Jadi, jangan duk fikir sangat ape hak kita yang kita patut dapat tetapi, sentiasa berusaha untuk menyempurnakan hak kita terhadap orang lain. InshaAllah, melaluinya, kita akan dapat hak kita. Alhamdulillah, setakat ni akak tak pernah nak tinggikan suara dgn suami akak (tapi tak tahu la kot suami akak terasa dlm diam haha). Akak memang femes dgn mudah marah dan garang tetapi, dengan suami, nak marah tahap mana pun akak tak sampai hati, sebab akak ingat balik kebaikan-kebaikan yang suami akak buat. Pastu, hubungan intim kena jaga. Bilik tidur dan katil kena sentiasa kemas, jangan bagi orang lain masuk bilik kita atau budak2 panjat katil. Rambut yang luruh atas katil segera bersihkan. Tandas kegunaan kita dan suami pula jangan ada pad atau pampers anak. Rambut berselerak, darah period di pad tak berbasuh, pampers anak tak buang dan rumah tak bersih boleh menimbulkan kebencian pada pasangan. Then, komunikasi, kalau pasangan kita nak bercerita, tunjukkan rasa minat. Kalau tengah main hp, letak dulu hp tu kat tepi. Selain tuh, masalah suami isteri jgn sesekali cerita dekat keluarga. Jaga aib pasangan kita. Ada ibubapa ni boleh jadi penasihat yg baik tapi ada pula ibubapa ni bias belah anak dorang je jadi, kalau kita perlukan orang ketiga untuk baiki hubungan dgn pasangan, kena la cari orang yang tak bias mana-mana pihak. Mungkin ustaz atau mungkin sahabat terdekat yg cukup kenal perihal kita dan pasangan untuk jadi pendamai. Apepun sabar dan bertolak ansur memang penting. Kahwin ni its all about kita kena sedia menerima surprise yang tak pernah kita gambarkan. Kena sedia terima species baru yang akan hidup dengan kita selamanya.haha.
.
Hmm, tips akak. Kami tak pernah miss sebut 3 perkataan keramat iaitu THANK YOU, MAAF DAN I LOVE U. Setinggi-tinggi mana pun ego korang, jangan lupa sebut ni setiap hari dekat pasangan kita. Kalau jarak jauh, suami selalu belikan hadiah bila jumpa. InshaAllah setiap hari macam pengantin baru tau!hehe
Okeilah panjang pulak post ni.. Yang mana nak kawin tak lama lagi akak doakan semoga berbahagia dunia akhirat. Yang dah ada calon, semoga dipermudahkan Allah. Yg belum ada calon, jangan gatal nak bercinta pulak. Ingat, rahmat dan keberkatan selepas kahwin tak sama between org yang tak jaga hubungan laki perempuan dgn orang yg sabar menjaga pergaulan.
– Akak Cantik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Azrin Azman
Afiq Muizz Syahida Fatiha
Amira Putri Mohamad Shah Nurhusnina Azizan Ainaa Adila
Shafiq Mohammad
Atikah Kesyorge
Ummi Othman nahhh
Yeayyy thanksss ??
Khairunnisa Ubaidillah Zuliana Mustafah
atiqah pon apa kurangnyaaaa hehe;p
Ermm..cantik ke akak ni?
Hahahaha
Mimi Nurain
Khidir Mohd Kamil Syazlina Suhaimi
Amalina Surday
Fadzil Vk
Raiz Zaki
Abdul Fatah
Azizatun Nazurah
Abdul Jabar Isa Sha Sour Err mohon bc
Bgus2..
haha..mmg bguih pon..take note..pesan kt syafik sma :-D
Erkkk.. hee..baikkk bos
???
take note ok..skadar tips
Thank you..i love u….
Hafiz Hafifi Hassan
skill tu penting
Muhamad Aniq
Mohamad Shafiq
Mohammad Faiz Ruslan jangan like je teng hahaha
kau pun palok, jgn like je, cukur la apa patut, sental la daki2 tu hhahaha
Nazahatus Shahirah Sharif
Fiqah Toie
Nur Faqihah Razak byk input ni
Haha terima kasih abel. Nanti kita baca ?
?
Hanafy Amran wooo brotherrr panjang wooo ahahahaha
Haa moga kita bersedia smua tu ye…
Fathi Nail Jinan
Nooratika Mamad utk mu
Heavy.. Btw tq hanum.. ?
hakakkk ni comey ja ayat2 dia . i like! hehe
Nur Nadiah, Scha Zie.
Mesti klate ni.
guano sangkut paut nga kelate plok??
محمد شوکري
Aznor Zainal
Muhammad Arif hah bacaaaaa hahahahahahhahaha
mksih..?
Muhamad Khairul Anwar hahaha panjang tips dia
Syahir Manaf ..
Ooooooooooohh☝
Ehem2…????
Haha..hai kinah ;) ..
Kinah.. jgn tulis pape… haha
Akmal Sirun
Khairi Mahyudin
3 perkataan yg selalu x disebut haaaa
Sebut je ?
Eliza Taufique
Luqzan Najhan
Thanks ?
Alieff Akeef
Norsyuhadah Ali Mamat
Ape kne mengena. Haha sape nak kawen. Yg pasti bab masak, ak paling terer. Hahahahaa
Aku macam nak tag orang lain tapi tak tertype pulak hahah
Mu nak tag sape? Hahahaahaa
Mu tau sapeeeee hahahaha ?
Taktau taktau taktau.
“rahmat dan keberkatan selepas kahwin tak sama between org yang tak jaga hubungan laki perempuan dgn orang yg sabar menjaga pergaulan.”
Che Shazasheema
Arif Mat Noor
Xlama dah ni. Hehe
Hihi min lagi senior bab ni
Aznan Hamim
Atierah Fira sental daki daki yang ada. Rambut kena jaga waoooo. Haha
Ibnu Anuar kena start basu muka tu
Mohamad Daniel
Suka ayat ni..
Setuju sangat ..
Banyak bende kene kite kene belajar .. Sebelom dan Selepas kawin ..
Yang penting kene ade give and take Kan ☺️☺️
Zulhusni Fauzan
Balqis Ramlee kita yg tak bercalon halal ni lagi, belajar lah mana patut. utk diri sendiri supaya dpt jd lebih baik dr masa ke masa. erti hidup pd memberi.