Persekitaran Tempurung

Hai warga IIUM Confession sekalian. Aku kenalkan diri aku Aidil umur lewat 30an. Aku berasal daripada kawasan pedalaman pantai timur,

Aku dibesarkan dari keluarga B40 dan tujuan aku menulis harini ialah berkaitan persekitaran ataupun childhood aku yang tempurung. Aku rasa ramai yang mempunyai masalah seperti aku. 

Aku perasan yang aku ni mudah faham dan mudah belajar pada waktu sekolah rendah. Tapi family dan kawan2 aku bukan lah golongan yang mementingkan pelajaran.

YEE mak aku asyik duk ulang suruh belajar, baca buku, buat kerja sekolah. Tapi takde sapa yang nak ajar aku bila aku tak faham menyebabkan aku stuck and susah untuk belajar.

Buku latihan pun tidak dibeli, semua perkara berkaitan pelajaran dianggap remeh.

Aku sangat minat belajar tapi sumber amatlah terhad, aku hanya boleh bertanya bila ada di sekolah sebab guru dan kawan aku di kelas banyak menolong.

Aku tinggal di perumahan kos rendah dan kawan2 aku semua tidak minat belajar. Dengan sumber yang terhad aku berusaha sampai dapat upsr 4A 1B.

Umur 12 tahun dan tidak terdedah kepada dunia pendidikan membuatkan aku tidak tahu nk sambung sekolah menengah dimana.

Apabila bertanya kepada parent, mereka cakap sambung yang dekat dengan rumah supaya kos tidak tinggi.

Pada masa tu, cita2 yang aku tahu ialah seorang doktor. Tapi parent aku tidak usahakan untuk aku masuk ke sekolah asrama penuh sebab mereka tidak serius dengan pendidikan. 

Akhirnya parents aku hantar sekolah menengah yang dekat dengan sekolah. Sekolah tu sangat banyak budak nakal, buli, rokok dan juga dadah.

Aku masuk asrama pada awalnya sebab nak belajar tapi aku selalu dibuli. Tak sampai setahun aku stop asrama dan ulang alik ke sekolah.

Macam biasa, sumber belajar aku hanya sekolah, tiada phone, laptop, buku tambahan.

Mak aku terlalu berkira duit, makan di kedai tak pernah, selalu beli buah buah reject, makanan tak berkhasiat dan buku tidak pernahh beli tapi tiap tahun beli emas. Jarang invest untuk pelajaran aku.

Aku ada kawan2 yang pandai, tapi mereka stay diperumahan yang elit dan jauh dari SPM aku. Aku tiada kenderaan untuk study grup kesana. Sekali lagi dengan sumber yang terhad spm aku dapat 6A. 

Aku tidak dapat sambung sebagai seorang doktor, tapi Alhamdulillah aku dapat sambung pengajian ke UTP dan sekarang bekerja sebagai engineering dicompany besar.

Mak ayah aku sekarang selalu cakap aku berjaya kerana usaha mereka dan minta duit bulanan dengan aku, aku hanya tersenyum dan bagi shaja berapa diorang nak.

Aku tidak berkira. Aku tidak marah, tapi parents ada hutang didikan dengan aku.

Aku harap ibu bapa lain jangan anggap remeh kalau nampak anak2 serius untuk belajar. Siapa tahu anak kita boleh jadi permata negara dan berjasa kepada negara walaupun lahir dari keluarga B40. 

– Aidil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bunyi mcam tt dah berjaya keluar dari kelompok b40 tp masih blum berjaya keluar dari cara pemikiran b40,,,,,hmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *