Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati… Toraaaa datang lagiiiii.. Hehe gurau je! Semoga Allah kurniakan segala kebaikan dalam kehidupan sahabat2 pembaca di dunia dan akhirat… Aamiin.
Luahan kali ini adalah sebagai respon kepada komen2 pembaca semua dalam luahan sis sebelum ini https://iiumc.com/self-insecured-dalam-diri-home-wrecker-itu-real/
Terima kasih semua atas komen2 yang sangat membina… Sis baca semuanya. Eventho ada yang tak bersetuju dengan luahan sis… It’s ok… Sis tetap raikan sebab setiap orang berhak bagi pandangan.. Terima kasih sekali lagi..
Alhamdulillah.. Actually, sis ni takde la cantik mana pun.. Dan sis sedar sangat diri sis ni… Biasa2 sahaja… Kalau cantik, dah lama agaknya para dato’ seantero Malaya mengorat sis.. Hehehehe..
Jangan bimbang.. Sis bukan jenis org yang suka puji diri sendiri..
But apa sebenarnya yang sis nak sampaikan di sini… Hati2 dengan sifat lemah seorang manusia yang selalu nampak perkara2 yang bukan hak itu lebih indah.. Lebih baik.. Lebih cantik… Dan lebih dari segala-galanya… Compared to yang dah halal…
Sometimes, sekuat mana pun kita genggam, kita control… Akan terlepas jua…
Secondly,
Sis totally dah moved on! But bila kita berada dalam situasi co-parenting.. Perasaan anak2 wajib menjadi keutamaan.
And ex husband sis pun sama.. Dia memang akan bagitau sis to join any events yang melibatkan anak2 coz dia dah tau anak2 takkan keluar dengan dia tanpa sis..
Sis pulak yang letih nak comfort anak2 if sis tak nak join or tak dapat join.. Biasanya dalam keadaan macam tu, wife dia pun takkan join coz anak2 tak mahu keluar if mak tirinya ada sekali.
Ada sebabnya kenapa keadaan ini berlaku.. Cukup sis cakap pengalaman lalu terlalu mengajar anak2.. Budak2 ni boleh memaafkan tapi sis tak boleh paksa mereka untuk melupakan….
Kami jalani kehidupan seharian dgn perkara2 yang menggembirakan aje supaya anak2 sis tak terkesan dengan perceraian ini.. And we prove it to that woman who once told me 11 years ago… “ketawalah sekarang, bimbang nanti korang lupa macamana nak ketawa”…
Dan part sis tertanya2 dalam hati tu adalah kerana ex husband biasanya akan ajak sis jugak… Bukan sis berharap dia ajak sis.. No.. No… No… Bila this time dia tak ajak, harus lah sis pelik.. Furthermore, sis sendiri memang dah buat plan lain dengan kawan2 untuk iftar Bersama-sama…
Thirdly,
Tujuan sis buat confession tu supaya mak tiri anak2 sis ni belajarlah bertolak ansur dengan anak2 sis.. Anak2 sis ada bapak sorang tu je la.. Bukan tiap2 minggu jumpa.. Kadang2 5 bulan tak jumpa…
Untuk pengetahuan pembaca, our 1st 7 years of divorced, kami tak boleh nak communicate langsung.. Kami blocked each other dalam apa sahaja medium komunikasi yang ada kt dunia ni.. Campur tangan orang ketiga tu banyak sangat.. Sis banyak makan hati…
Jadi sis blocked ex supaya mental sis terjaga.. Sampailah satu hari out of nowhere, ex sis datang gegar rumah minta maaf for what had happened in 7 years tu.
Sis ni malas nak panjangkan cerita, sis maafkan dia.. Sebab sis cuma nak dia jalankan tanggungjawab pada anak2 juga… And after that, we started communicate semula and mostly semuanya hal anak2 sahaja itu pun secara sembunyi2… Not more than that…
Sebenarnya tak susah pun sbb dia and wife kan PJJ.. Kalau la sis nak ambil kesempatan… Memang boleh sangat! Tapi kita sendiri boleh pilih, nak happy ke atau nak sengsara… Nak jadi jahat ke atau nak jadi orang baik2…
Bila perempuan ni bising2 dan marah disebabkan oleh permintaan si anak tu je, sampai bapaknya tak jadi nak keluar dgn anak2… Mau ibunya ni tak emosi!… Unlike her children.. Mereka ada bapak tiri and bapak kandung yang sentiasa ambil berat…
Yang duduk berhampiran and ambil tanggungjawab bersama. Betul la tak salah pun dia nak cemburu, tu suami dia… tp pernah tak dia fikir macamana perasaan sis dulu masa dia cuba merampas bahagia sis? Kami bukannya pasangan yang ada masalah.. Kami pasangan bahagia..
Tapi after 11 years ni.. Sis dah lepaskan semuanya… Kenapa dia susah sangat nak lepaskan rasa insecure tu dari sis sehingga sanggup melukakan perasaan anak2 sis?
Kita ni dah tua.. Tak de apa dah yang perlu kita kejar dalam kehidupan kat dunia ni… Selain meningkatkan amal ibadah utk di bawa ke ‘sana’ nanti.
Kita dah rasa semua nikmat dalam hidup… Anak2 ni baru nak kenal erti hidup… Jadi sekali sekala, apa salahnya kita korbankan sedikit perasaan insecure kita tu demi memberi memori yang indah2 untuk anak2 kita… Ke fikiran sis ni salah ye?
And last but not least,
Ingatlah sentiasa.. Bahagia yang kita rasa hari ini bukan semata2 kerana adanya pasangan atau adanya duit yang berjuta2.. Bahagia yang sebenar adalah datangnya dari hati.. Nak bahagia kena ikhlas, kena redha dan buanglah sifat tamak haloba tu.
Alhamdulillah sis dh ikhlaskan semua yang terjadi. Kalau tak masakan sis boleh communicate with my ex dengan baik walaupun luka yang ditinggalkan sangatlah parah…
Suami, isteri, anak2, harta dunia ni semuanya pinjaman. Allah boleh bagi, dan Dia boleh ambil bila2 masa yang dikehendakiNya… Jadi dalam hati kita kena serah bulat2 semuanya kepada Allah, maka takde lah kita rasa terbeban dengan perasaan sendiri.
And kenapa until now sis tak kahwin? becoz Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk sis…
Tipulah sis cakap ex husband tak pernah ajak sis kahwin semula or lelaki2 lain tak ada yang mengorat.. Memang ada banyak.. Tapi… Serik tu lebih banyak and sis prefer untuk membesarkan anak2 sahaja…
Walaupun takde suami, tapi sis dah bersyukur sangat2… Sekurang2nya ex tak pernah lupa bagi nafkah anak2.. Banyak atau sikit itu bukan isunya… Cukup ada rasa tanggungjawab pada anak2..
InsyaAllah kalau anak2 dah lepas dan ada kehidupan sendiri, baru sis fikir kehidupan sis semula… Sis cuma mohon doakan yang terbaik utk sis seisi keluarga…
Sekarang sis dah dapat kehidupan yang lebih tenang dan lebih baik… Kenapa pulak sis nak pilih utk hadap masalah lain pulak.. Sis tak boleh nak capai “level kehebatan” mak tiri bebudak ni… Not me, not you, not everyone who read this..
Hanya kami yang terdekat saje tahu level dia… Tak kuasa den nak menambah masalah.. Lebih baik sis layan kucing2 terbiar yang perlukan kasih sayang dari sis… Hati pun tak sakit. Kan kan kan….
Oklah… Sis rasa cukuplah sis menaip… Satu je pesanan sis buat ibu2 tunggal di luar sana.. Bila rasa kita dijatuhkan oleh manusia lain, bangkitlah kerana Allah.. InsyaAllah.. Jalan kita pasti akan dipermudahkanNya… Keep fighting ye!
Sis ambil kesempatan ini juga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua umat Islam yang membaca luahan hati sis ni… Mudah2an amal ibadah kita diterima olehNya.. Aamiin Allahumma Aamiin.
– Azura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit