Self Insecured Dalam Diri Home Wrecker Itu Real

Assalamualaikum sahabat pembaca… Salam Ramadan semua… Semoga pembaca semua dalam rahmat Allah sentiasa..

Ok… Cerita ni pendek saje… Cerita santai-santai sementara nak tunggu masuk dapur masak juadah berbuka..

Untuk memudahkan korang faham cerita ni.. Sis bagi Ringkasan kedudukan kami.. Sis ibu tunggal tinggal di negeri P, si bapak tinggal di negeri K bersama wife baru but bekerja di negeri S. Kira mereka ni PJJ la…

Ceritanya bermula semalam… Selepas ex husband datang ambil anak-anak kat rumah untuk moreh after few months tak jenguk anak2 di sini..

Sis tak ikut sebab malas dan dah letih sgt after seharian bekerja dekat site tengah panas. Rasa nak rehat aje. Lagipun dia tak offer as always.. (mulanya tertanya2 jugak sebab apa dia tak offer) hehehe…

Balik dari moreh.. Sis message ex husband and told him that anytime bila dia ada masa terluang.. Ambil lah peluang berbuka dengan anak-anak…

(This is becoz anak-anak pernah tanya sis, bila bapak nak datang berbuka puasa dengan dorang… Banyak lagi soalan-soalan lain berkaitan bapaknya but sis try pujuk selagi mampu.. Kita pun faham bapaknya bizi dengan kerja dan keluarga baru).

So… Jawapan bapaknya… Nanti lah dia tengok bila free nanti dia datang.. Now dia bz siket dengan urusan kerja..

Tiba2.. Pepagi tadi bapaknya message bagitau sis yang dia nak berbuka dengan anak-anak hari ni. Tak jadi balik umah dia kat negeri K sebab rasa bersalah dengan anak-anak..

Ok fine… That means sis akan berbuka sorang-sorang today.. So sis plan with some of my friends untuk berbuka and terawih bersama2..

But, dalam masa yg sama, anak sulung sis tanya bapak dia thru whatsapp.. Tak nak ajak ibu berbuka sama2 like one family ke? Dia tak tau yang sebenarnya bapak dia dah bagitau sis kalau nak berbuka sekali boleh aje…

But, jauh di sudut hati, sis tak nak… Sis bagi masa kat anak2 untuk enjoy each and every moment dengan bapak dorang aje..

And sebenarnya, sis tatau pun yang bapaknya datang ke sini bersama wife barunya… Katanya, wife dia turun ke negeri S sbb ada hal and dorang otw balik ke negeri K sama-sama..

Dorang singgah ke tempat kami pun sebab terpaksa hantar barang anak sis yang ada dalam simpanan dia.. Kalau tak… Memang tak la rajin dia nak menyinggah…

Nak dijadikan cerita, tetiba si bini terbaca message yang anak sulung sis hantar tu… Haaaa.. Guess what? Dah jadi gaduh laki bini tu.. Yang bini duk pertikai kenapa tak ajak dia berbuka dengan anak-anak? Kenapa ajak ex wife boleh pulak?

Aduhaiii…. Dia lupa ke saya ni mak budak-budak tu… And tak ingat ke apa yang dia dah buat kat kami sehingga bapaknya sendiri tau anak-anak takkan mau keluar makan bersama kiranya dia ada??

Disebabkan perangai dia yang macam ni.. dah bapaknya cancel terus program berbuka puasa dengan anak-anak…. Sis tau ni pun bila bapaknya call sis and bagitau reason tak jadi berbuka dengan anak-anak..

If you read this sister, this message is for you..

Its has been 11 years sister! Awak dah ambil bapak budak-budak ni since budak-budak ni kecil lagi.. Tanpa rasa bersalah! Tanpa memikirkan banyak mana airmata kami tumpah….

Setakat berbuka puasa bersama… takkan la awak masih nak ada rasa insecure dengan sis.. Atau memang sifat penyondol akan ada rasa insecure sebegitu rupa?

Not only today ye… If sis terlibat sama dengan program family belah ex husband… Pasti akan jadi pergaduhan among them disebabkan kehadiran sis… Dah orang jemput cara elok, kita raikan aje jemputan tu…

Lagipun sis dengan dorang semua takde masalah.. takkan la kita nak memutuskan silaturrahim dengan orang yang tak buat apa-apa kesalahan dengan kita… Betul tak? Ke sis salah?

Sis tau sis bukan orang yang baik-baik… Tapi sis tak putus doa supaya Allah tak uji sis dengan manusia bernama LELAKI.. terutama suami orang… It’s a BIG NO!

Sebab sis tau, apa sahaja yang kita lakukan, tak kisah la perbuatan atau percakapan.. Pastinya akan berbalik kepada kita juga satu hari nanti.. Kalau baik, baiklah balasannya…. Kalau benda yang kita buat tu tak elok, maka buruklah balasannya..

So perempuan… kalau awak rasa awak tak de buat salah… Buat apa nak rasa takut or insecure dengan sis… Walau pun rupa bentuk sis lagi WIN dari awak… Move on je laaa!

Psssttt… Lupa nak cakap, suami awak tu selalu puji-puji sis makin cantik… Makin bergaya… Maintain je dari dulu… Awak hati-hati tau… Takut suami awak tu berpaling tadah pulak nanti.. Kikikiki…

But…. Kecantikan sebenar perempuan bukan semata-matabpada paras rupanya ye… Tapi pada akhlaknya juga!

Anyway, sis tak boleh nak communicate dengan dia in any medium sebab dia blocked sis sejak hari pertama dia sondol ex husband sis..

Jadi sis tulis je kat medium ni in case dia terbaca cite ni… Kalau dia makan cili, pasti dia akan rasa pedasnya…

Sis tak pernah bukak mulut since hari pertama sis bercerai… Inilah kali pertama, itu pun berlapik lagi.. Tak nak aib sape-sape tersebar..

Oklah itu je la cerita ringkas berpengajaran buat bakal-bakal penyondol di luar sana.. Nak hidup tenang, jangan sondol milik orang… Faham!

NAUZUBILLAHIMINZALIK..

– Azura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. damn penyondol tak sedar diri. saya doakan semoga sis menjadi ibu tunggal yang kuat, sentiasa dimurahkan rezeki serta kehidupan yang bahagia. Homewrecker always be insecure with herself sbb tu snggup ambil laki org. kifarah is real so dont give up and never let that witch drag you down !

  2. Salute sis…I suka prmpuan matang yang cepat move on and self dependant…pstttt…biasanya memg penyondol kurang rupanya, akhlaknya pn kurg..☺️🌹

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *