Isteri Terpaling Bahagia

Haaa, sajalah tajuk ni bitter sikit. Barulah ramai nak baca kan.

Aku Bunga Merah Berduri.

Aku terdorong nak buat karangan ni selepas lama memerhati suami ku dari belakang di dapur. Lepas dia buat air, dia potong buah, dia cuci pinggan, kemas dapur. Ya Allah sejuk hati aku.

Ya, kini akulah isteri terpaling bahagia. Syukur Alhamdulillah.

Tapi dulu sebenarnya aku tak macam ni. Aku dah sampai level kena makan ubat selepas ada keinginan nak tamatkan riwayat hidupku. Barulah aku tahu selama ni aku ada masalah emosi. Suppress emosi.

Sejak aku kecik, aku dididik sebagai seorang yang berprestasi tinggi. Aku dilatih berdikari. Jadi perempuan yang kuat. Jangan lembik, jangan bergantung pada orang lain.

Lepas kahwin dapat suami pula bila aku menangis, dia tahan. Dia cakap jangan buat malu. Jadi aku dah ada gaya hidup baru, tak menangis. Kental Konon ya.

Pada awal perkahwinan aku anggap suamiku absent husband. Aku kerja pejabat.

Bila balik urusan anak memang atas aku. Jarang sekali aku minta suami tolong. Walhal dia kerja dari rumah je, tak keluar pun. Dan dia suka tengok movie waktu malam.

Aku jenis malas bebel, malas gaduh, dan tak nak dengar rejection. Nanti hati aku sakit. Akibatnya aku je la buat semua.

Untuk pujuk diriku yang penat, aku cakap kat otak, anggap suami ku keluar out station. Takde di rumah. Kalau aku tak dapat, aku upah bibik. Sanggup aku bayar ribu gaji bibik guna gaji aku. Nak elak gaduh.

Pernah aku lari dari rumah bawa baby tanpa arah tujuan. Aku tidur rumah kawan. Sebab apa? Aku tak nak family aku tahu kami gaduh. Nak tunjuk yang murni dan bahagia je. Begitulah aku menyorokkan masalah.

Kalau aku nampak ada suami orang masak, jemur kain atau membantu uruskan anak, aku tahan perasaan. Tak pernah aku merasa. Jauh panggang dari api. Untung laaaa…ya aku jeles haha.

Masa mak aku meninggal pun setitik air mata pun tak ada keluar. Punyalah aku dah biasa ‘numb.+’ Hidup tanpa rasa. Lalui saja.

Suppress emotion ni ibarat bom masa. Tekanan, tekanan, tekanan tunggu masa nak meletop.

Ibarat botol arak yang ada gas tu. Dah lama peram, peram, peram bila terbuka Pop, dia terpancut macam air pancut.

Emosi kita pun macam tu.

Aku baru tersedar aku ada masalah emosi bila aku terlalu ingin nak mati. I am addicted to pain.

Setiap malam susah nak tidur. Kalau tidur pun akan mimpi buruk. Mimpi hantu, kena kejar, kena rompak, kena lari sebab ada orang nak perkosa.

Bila bangun aku moody, sebab aku tak berehat pun. Penat sangat rasanya main kejar-kejar walaupun dalam mimpi.

Sebenarnya masalah ni sejak aku remaja aku ada. Tapi dulu mimpi lain sikit. Merentas desa. Penat weh… Sumpah penat dan aku ingat ni normal je mainan tidur.

Sehinggalah aku berjumpa doktor yang cakap ia tak normal. Aku disyaki ada disorder.

Doktor panggil suamiku. Aku kena tunggu luar. Tak boleh dengar. Entah apa doktor cakap.

“Doktor cakap kalau awak minta cerai, jangan cerai kan” ni antara yang suami aku beritahu. Yang lain dia tak nak cakap. Hampeh

Sejak kejadian jumpa doktor tu suamiku berubah 180%. MasyaAllah tabarakallah. Dia berubah jadi pendengar yang baik.

Bila ada orang layan, aku keluarkan semua tekanan perasaan aku selama ni. Dia tak halang aku menangis. Berbaldi air mataku. Banyak kali, banyak episode.

Rupa-rupanya yang aku simpan segala kenangan pahit sejak kecil ada menjadi parut dalam emosi aku.

Segala kejadian kena hempuk, kena bebel, kena pulau, kena silent treatment, kena ejek, kena tampar, kena reject, kena compare. I can tell all the episode clearly. I never forget.

Dan segala kemarahan, dendam, harapan pada suami yang aku pendam sejak 10 tahun lalu dapat aku lepaskan.
Astaghfirullahalazim.

Benarlah, life begins at forties. Syukurlah aku kini semakin pulih selepas menjalani beberapa terapi. Tidur dah aman. Kecuali ada masa tertentu ada juga mimpi. But now aku lebih aware.

Terima kasih Allah bagi aku peluang lagi. Dan tadi melihat suamiku sibuk menyediakan juadah berbuka, dulu aku tak pernah mimpi akan jadi isteri sebahagia ini. Alhamdulillah. Semoga bahagia ini dapat kekal lama.

Dan semoga kisah ini memberi harapan baru kepada isteri di luar sana. Jangan pendam ya.

Bak kata Amin Jauhari…

Teriaklah…..

Teriaklah…..

Ok bye…

– Bunga Merah Berduri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *