Taking the First Step

Assalamualaikum semua. Nama aku Cappuccino. Aku pembaca tegar IIUM Confession ni. Silent reader sajalah. Tapi kalini aku ditimpa satu masalah dan aku ingin dapatkan nasihat pembaca.

Kadang-kadang aku rasa bila baca confession ni mudah ja nak buat keputusan untuk confessor. Tapi bila masalah sendiri tak tahu macam mana nak function. So, aku nak minta third pov.

Ini masalah rumahtangga, yang tak berminat boleh la skip. Masalah aku bukan lah sebesar masalah lain yang aku pernah baca dalam ni. Tapi aku perlukan pandangan lain untuk aku hadap masalah ni.

Aku tak tergamak nak cerita dengan kawan-kawan walaupun aku seorang pendengar setia dan pemberi nasihat yang baik, macam therapist (based on feedback kawan-kawan aku)

Tapi jarang sekali aku nak bukak cerita masalah rumah tangga aku sebab aku tahu opinion aku dekat partner kawan2 aku terus berubah lepas aku selalu dengar cerita diorang. Ya lah, kita tahu perangai laki/mak mertua/ipar dan sebagainya.

Aku tak boleh relate masalah keluarga mertua atau pasangan toxic. Sebab aku rasa relationship aku dengan husband aku agak healthy sepanjang 10 tahun kami berumah tangga. Mertua aku alhamdulillah memang mertua idaman. Tak pernah perli, marah,or apa apa yang buruk. Sangat2 lah baik.

Aku satu satunya menantu perempuan, walaupun agak pressure tapi keluarga mertua tak pernah ada expectation yang tinggi. Diorang terima aku seadanya.

Kalau breakfast kat rumah mertua, ayah mertua aku belikan dulu lepas balik surau. Aku tukang makan je sebab mak mertua akan make sure aku makan, sebab aku jenis kurang makan breakfast. Sangat sangat penyayang mertua aku ni. Tapi ni bukan masalah mertua. Masalah ni masalah suami aku.

Kalau ikutkan mulut kawan-kawan and family. Kitorang lah terpaling lovebird sekali. Paling nampak tak ada masalah, paling chill. Tapi masalah aku ialah husband aku suka tengok p*rn.

Ya, maybe ada yang anggap biasa je masalah ni. Bagi aku pun masalah ni tak lah besar mana sebab aku tahu habit dia ni selalu keluar bila aku memang jadi sedikit uninterested dengan intimacy.

Aku pernah ada masalah hormon, affect libido aku. Tapi kitorang bukan lah masalah teruk sangat sampai berbulan tak ada hubungan kelamin.

Aku rasa paling lama pun masa waktu pantang sebab aku beranak c-sec 5 tahun lepas. Jadi aku sangat takut walaupun dah habis pantang. So itulah titik hitam untuk relationship kami.

Masa tu anak aku dah 5 bulan tak silap aku. So agak lama lah lepas beranak aku avoid intercouse. Aku layan ringan-ringan sahaja sekadar lunaskan tanggungjawab aku. Dia pun tak pernah hide anything dari aku.

Tapi ada satu hari tu aku main phone dia, and aku jumpa dia ada fake account untuk tengok p*rn. Masa aku tahu tu, aku tak rasa marah. Lebih kepada kesian. Aku sambung je la tengok apa lagi dia tengok nak tahu jugak apa yang dia tengok.

Tapi aku terbaca text jual beli antara dia dengan satu seller jual gambar tak senonoh. Ya korang, dia beli gambar dan video seller tu. Maksudnya seller tu jual gambar dia sendiri lah. Hati aku terus jatuh, rasa berkecai masa tu.

Aku tak ada masalah dia tengok p*rn sebab aku paham, aku tak dapat tunaikan tanggungjawab aku. Jadinya lepas tu aku terus silent for a few hours sebab aku taktau macam mana nak confront dia. Sampailah dia tanya sendiri kenapa aku lain semacam.. So aku terus tak boleh simpan.

Aku cakap jangan tanya macam mana aku found out. Jawab soalan aku, kenapa dia ada beli benda ni? Kenapa dia beli? So mulalah drama air mata. So kami pun open up, talk about our needs and dia cakap tu first time dia try beli. And dia regret. Sebab tak berbaloi pun.

Aku sedih sangat2 masa tu. Lama jugak lah aku nak heal. Tapi dia sangat supportive and memang betul2 effort nak fix the issue.

So dah selesai masalah tu. Tak ada apa yang suspicious dah since then. 5 tahun dah berlalu. Kalau dia still buat aku tak tau pun aku. Wallahualam. Aku cakap tu masalah dia.

Aku bukan jenis nak mintak cerai ke apa ke. Aku dah cakap lepas ni apa yang aku perlu hanya lah transparency. Clear communication pasal apa yang dia need,and if aku tak boleh provide, kita talk about it. Jangan buat benda belakang aku lagi dah.

Nampak semua macam ok sekarang, relationship kitorang better and ok saja. Tapi aku? Deep down aku still ada trust issue. Self esteem memang jatuh merudum. Aku rasa inadequate sebab aku compare diri aku dengan perempuan yang dia tengok dalam video.

Sekarang aku dah rasa better. Sampai lah beberapa hari lepas, aku terjumpa a new fake account dia baru create. Sebab yang dulu dah deactivated, dah hapus lama dah account tu. Kali ni dia bukak account OF* pulak hujung tahun lepas. Dulu tak ada of.

Aku rasa tangan aku menggeletar, tapi aku dah tak macam first time. Aku tak nangis. Aku snap gambar. Aku simpan and aku plan nak confront dia lagi nanti. Kalini aku calm sikit. Macam macam scenario main dalam kepala aku macam mananak confront dia.

Honestly sekarang bukan macam dulu, hormon aku dah stabil, aku boleh layan dia. Frequency kitorang paling kurang seminggu sekali. If lama sikit pun tak lebih 2 minggu. So aku tak rasa kami ada masalah tu dah. Sekarang aku jumpa fake account ni. Aku triggered balik.

Aku tak tau kalau dia ada beli lagi, atau apa. Aku taktau of tu macam mana sistem dia, kena subscribe ke apa, tapi aku tau tu paid content.. Aku tak tergamak nak sambung “Selongkar” phone dia. Sebab aku rasa aku pun breach privacy dia.

So tak fair aku nak claim dia breach trust aku. Sebab aku pun sama je selongkar email dia sampai jumpa benda ni. Tapi aku rasa weightage breach ni tak sama, sebab guna phone masing masing ni bukan tak boleh langsung cuma aku tak expect apa yang aku jumpa tu. Faham tak? Huhu.

Aku tak consider ni as cheating, tapi aku consider ni breach of trust. Sebab aku dah mintak transparency bab ni. Sebab aku nak fix apa dia rasa tak fulfilled tu.

So sekarang ni macam mana aku nak start conversation dengan dia pasal aku dah found out dia buat fake account lagi? Aku nak perbincangan ni two way. Bukan aku meletup sorang2 dekat dia.

Aku nak faham kenapa dia masih betray trust aku pasal ni? Tapi aku jenis cepat melenting bila jawapan tu tak kena dengan apa aku nak dengar.

So tolong aku start perbincangan ni tanpa attack dia. Tolong jangan bagi cadangan divorce sebab aku rasa benda ni boleh dibawa bincang atau counselling.

Relationship kami bukan se-vulnerable itu. Aku tak nak justify dengan nasihat banyakkan ibadat apa semua sebab benda tu makin improve sekarang. Kami makin banyak solat jemaah. Dia makin rajin ke masjid.

Tapi aku faham nak fix addicition ni a long process. Aku hanya perlukan nasihat nak mulakan conversation ni? Help please?

Bak kata orang orang putih. Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me macam mana aku nak proceed untuk kesejahteraan bersama?

Thank you in advance sebab baca panjang-panjang.

– Cappucino (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Maaf ubah topik. Nak tanya, kalau isteri yang curi curi subscribe dan membeli p*rn belakang suami, ok ke? Boleh terima kan, sebab isteri kan lower intellect banding dgn suami? Lagipun isteri tak bole kawen ramai so alasan lagi kukuh sebab isteri pun Allah bg keinginan juga..

  2. Salam Confessor,
    1) Memang ramai tengok P*** biasanya org takde sampai nak subscribe or beli gambar. tp sorry laki ko tak normal. sebab dia specific beli gambar/video ngan pornstar or pelakon tu directly. Bg pendapat aku, dia ada taste dia based on body wanita tu. dia peminat tegar porn. sila semak channel apa dia subscribe. maka itulah seleranya. hal mcm ni luar kawalan confessor kalau body tak sama standard mcm star tu.

    2) pergi kaunselor jelah. sy cadangkan 2 kaunselor. 1) kaunselor pejabat agama biar otak dia kena cuci kotor sgt otak laki ko ni. 2) kaunselor untuk betul2 buang sikap buruk dia ni. haa kaunselor ni laki ko kena melabur sikit laa mau makan byk sesi juga

    3) jgn confront sorang2…ko takkan mampu. sbb mesti dia akan janji takkan buat lg bla bla bla…sampah aaa wei. confessor kena bertindak dgn melibatkan pihak ke3 mcm kaunselor. dia kalau nekad nak berubah. dia ikut je cakap u..

    4) jgn risau jgn susah hati. bukan salah confessor. takyah nak down esteem sgt ler wei. mcm aku kata mmg tak terlawan lah body star tu derrrr…
    laki ko yg sakit otak..aku tak rasa dia level smpi booking physically. selalu melayan online ni…berangan aje lah.

    SELAMAT HARI RAYA

  3. Kenapa asal tak dapat je trus tgk video. Pdhl boleh je lepaskan dgn cara lain. Yg suka tgk video ni hny sbb ketagih je bukan sbb xdpt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *