Assalamualaikum warga IIUM Confession,
Pertama sekali saya ingin mengatakan confession ini mungkin tidak sesuai bagi yang bawah 18 tahun,
Tetapi tidak apa saya akan cuba menggunakan kosa kata dan ayat secara umum supaya mesej sampai tanpa melibatkan apa apa perkataan yang tidak sesuai dengan norma masyarakat kita.
Dan kenapa luahan ini tak dihantar ke page KRT kerana komen β komen di sana banyak yang toksik berbanding warga pengikut page sini yang lebih matang pemikirannya dalam melontarkan pandangan secara matang.
Baru- baru ini saya terbaca luahan confessor bertajuk “suami yang ketagih” (https://iiumc.com/su4mi-aku-ketagih/),
Dan apa yang saya rasa sebagai seorang lelaki dan juga suami serta ayah kepada seorang cahaya mata selepas membaca luahan confessor itu tersangatlah menyedihkan.
Ini bukan lah kali pertama saya membaca confession perempuan yang bergelar isteri yang mengambil mudah hubungan intim suami isteri selepas beberapa tahun dalam perkahwinan.
Mindset dan pemikiran perempuan yang menganggap hubungan intim bukan lah perkara penting lagi dalam hubungan rumahtangga ini sangat mengejutkan.
Oleh itu, saya ingin memberi pandangan hubungan intim dari kaca mata lelaki yang bergelar suami. Mungkin tidak semua lelaki sama, tapi majoritinya mungkin setuju dengan apa yang bakal saya katakan.
Bismillahhirrohmannirrohim.,
Manusia diciptakan berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan supaya saling melengkapi antara satu sama lain. Perkahwinan itu menghalalkan fitrah manusia dibimbing syariat agama islam.
Termasuk juga fitrah untuk berhubungan intim suami isteri. Ianya dihalalkan Allah swt melalui perkahwinan yang sah tetapi kenapa seolah ia dipandang seperti perkara kecil oleh isteri apabila makin lama berlayar dibahtera perkahwinan?
Padahal kami suami memandang ianya sepenting nafkah zahir lebih teruk lagi walaupun tidak dikatakan melalui mulut tapi di pandang dan dilayan seperti setara perkara haram pula.
Apabila sudah mempunyai anak semakin dianggap batin suami ini bukan lagi perkara penting dan alasan disulam dengan penat kerjaya dan anak.
Ingin saya katakan perkahwinan mana yang tidak penat suami dan isteri mesti wajib sama β sama merasai penat melayari kehidupan ni.
Bagi suami contohilah nabi dalam membantu isteri dan isteri contohilah akhlak isteri isteri nabi dalam melayani suami.
Penat? Semua orang penat tiada perkahwinan yang tak penat, jika salah seorang tidak penat maknanya ada yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul.
Suami isteri mesti ada kepenatan tetapi itu bukanlah alasan untuk mengabaikan keperluan si suami.
Lelaki nafsunya hanyalah satu itu sahaja, dan apabila lelaki meminta dilayani sepatutnya isteri berasa bangga masih dikehendakkan si suami, masih dilihat suami sebagai isteri yang cantik seperti hari pertama dinikahi.
Ianya satu penghargaan besar untuk isteri berkhidmat untuk suami. Suami adalah ladang pahala untuk isteri, taat pada suami maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang kamu mahu masuki.
Bertapa mudahnya untum masuk ke syurga buat para isteri berbanding kami lelaki yang banyak tanggungjawab dan dosa dosa yang boleh mengheret kami ke neraka. Tetapi itu pun masih ada yang gagal.
Jangan sampai batin suami terabai, Ya kami lelaki juga punya perasaan, kami boleh kecewa, kami boleh menangis, kami boleb hampa kerana kami juga manusia bukan robot diperbuat dari besi . Tahukah isteri?
Bila mana kamu menolak ajakan suami dengan alasan penat lalu kamu tidur meninggalkan suamimu yang terlalu berharap akan mu, maka malaikat melaknat kamu sehingga subuh. Menunjukkan bukan perkara ringan dan kecil bab ini.
Para isteri PLEASE PLEASE PLEASE..
Jangan biarkan suami meminta-minta berkali-kali, kami merasa seperti mengemis yang hina, busuk kotor, terasa seperti kami seorang yang gila kan s3ks, rasa beria ria, muka tebal padahal ianya adalah hak kami sebagai suami yang perlu kamu tunaikan.
Tahukah kamu isteri bila kamu tolak pelawaan kami bertapa hampanya, terlukanya hati, marahnya dan kecewanya sekeping hati yang bergelar suami.
Saat kami sedang dengan keinginan syahwat lah saat hati kami dalam keaadan yang paling sensitif dan lemah.
Apa apa respon positif daripada isteri ketika ini terpaling membahagiakan kami begitu juga respon yang negatif terpaling menyakitkan hati dan perasaan kami. Lalu kami tidur diselubungi hati yang terasa yang amat sangat pada isteri sendiri.
Ada yang tidak tertahan akan terjerumus semula kepada filem p0rno dan tabiat 0nani semasa mudanya bagi melempiaskan keinginan yang menyelubungi. Semasa ini justifikasi dalam kepala kami adalah salah isteri yang tidak melayani.
Lebih baik begini daripada menahan nafsu kemudian terjerumus pula zina di luar nanti. Sekurang2 nya ia memberi kelegaan sebentar kepada kami.
Ya ianya berdosa bagi suami, tapi kamu juga isteri yang berdosa kerana perbuatan mu yang membuatkan suami mencari yang haram dan kamu juga berdosa.
Akhirnya suami isteri jadi pendosa, perkahwinan yang sepatutnya jadi ladang pahala sekarang jadi ladang dosa pula. Inikah yang kita mahukan dalam perkahwinan???
Jika nafsu kami dilayan tidaknya kami tak tengok filem p0rno itu dan ber0nani.
Keinginan itu akan reda dan tidak lagi menganggu fikiran kami sepanjang hari, tidak mudah naik nafsu ketika terlihat perempuan s3ksi di luar, mungkin untuk 2 3 hari kemudian keinginan itu akan memuncak kembali.
Begitulah Fitrah keinginan lelaki.nafsu kami hanya itu dan kami salurkan ke arah yang halal dibenarkan agama sahaja, tetapi itupun kadang tidak tertunai isteri.
Bagi yang melayan kehendak suamk walaupun kepenatan alhamdulillah, tetapi janganlah hanya diam seperti patung dengan reaksi seperti terpaksa dan dipaksa kerana takutkan laknat malaikat dan dosa.
Kamu tahu apa kami rasa semasa berhubungan ketika kamu dengan muka terpaksa seperti tu?
Kami rasa seperti seorang per0g0l yang mer0g0l mangsanya yang tak rela diperlakukan demikian. Kamu rasa kami seronok ke rasa seperti seorang per0g0l?
Perasaan mer0g0l ornag yang kami cintai tu sukar nak digambarkan sangat sakit dan rasa bersalah.akhirnya tiada lagi kemanisan dalam hubungan suami isteri melainkan hanya trauma si suami.
Daripada rasa kepuasan malah yang dapat hanya perasan mer0g0l orang yang kita kasihi. Makin lama makin hambar hubungan itu dan menjadi retak pada rumah tangga.
Hubungan suami isteri perlukan effort kedua belah pihak. Give and take, win win. Komunikasi kedua belah pihak adalah kunci.
Suami isteri perlu sama sama memberikan usaha sewaktu berhubungan badan. Beri kami s3ks yang berkualiti, kepuasannya akan membuat kami bahagia dan lama bertahan sebelum berkeinginan lagi.
Jika layan setakat layan cukup syarat, itulah yang membuatkan kami tidak puas dan meminta minta lagi. Kualiti hubungan. Itu yang penting dan bukan lagi kuantiti untuk perkahwinan yang dah bertahun dan kesibukan membesarkan anak anak.
Apa yang suami rasa bila berhubungan badan dengam isteri secara passionate adalah perasaan yang kami lelaki inginkan sekali dalam hubungan intim. Kami rasa disayangi, dicintai, diperlukan, dihargai, kemesraan yang mengeratkan suami isteri.
Kemesraan yang semakin hilang dek kepenatan dan kesibukan hidupan seharian. Minit dan saat itu adalah escape time zone untuk kita berehat dari urusan duniawi.
Hanya ada kamu dan aku dalam dakapan dan kehangatan masing masing. Mengingatkan aku yang AKU CINTA KAMU ISTERIKU SEPERTIMANA HARI PERTAMA KAU AKU NIKAHI.
***maaf atas ayat yang berterabur, saya cuba sampaikan sebaik mungkin apa yang saya rasa. Terima kasih.
– Hanya seorang suami (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit