Su4mi Aku Ketagih

Hi, aku isteri yang dalam dilemma.

Aku berkahwin pada tahun 2015. Semasa berumur 27 tahun, suami pula masa tu umur 30. Perkenalan 2 tahun terus berkahwin.

Jujur cakap aku adalah wanita yang punya wajah yang sangat biasa2.

Tapi suami aku memang dari muda seorang yang ada rupa. Handsome & tinggi. Berkulit cerah, jauh lagi cerah dari aku ni.

Perkahwinan aku sangat bahagia. Suami aku seorang yang bertanggungjawab, layan aku dengan sangat baik.

Sebelum kahwin suami aku tak solat, tapi lepas kahwin tak tinggal solat.

Aku pernah tanya macam mana boleh tiba2 nak solat?

Jawapan dia “nak berubah, saya dulu bukan seorang yang baik, hati tak pernah tenang, bila saya solat hati saya tenang, tak rasa nak marah”

Surprisingly, dia memang istiqomah. Keluarga aku semua suka dekat suami aku. Kami memang happy.

Namun..

Tahun 2016 – Semasa aku mengadung anak pertama, kantoi di handphone suami menonton p*rn. Gaduh besar. Kemudian berbaik semula.

Aku maafkan.

Tahun 2017 – Anak dah sorang. Kantoi lagi sekali. Gaduh besar lagi. Kali ni aku nekad nak cerai sebab aku anggap suami aku ni ketagih p*rn!

Macam mana nak uruskan anak kalau ketagih p*rnography.

Suami aku setuju bila aku ajak pergi kaunseling di pejabat agama.

Aku masih ingat ayat suami aku “tolong saya, saya nak berubah”.

Semasa di kaunseling suami aku menangis depan ustaz, kata nya,

“Saya bukan selalu tengok. Saya cuma tengok sekali saja ustaz, dan waktu tu kantoi. Saya usaha nak berubah ustaz. Kalau saya buat lagi, saya dengan isteri dah tak ada apa2”

Selepas kaunseling, kami berbaik semula. Alhamdulillah. Everything was well. Kami hidup bahagia. Aku lahirkan anak kedua, baby boy.

Anak yang lasak.

Kami berdua bekerja. Aku hidup dalam kepenatan.

Setiap hari aku penat, hormon aku jadi tak betul sebab lepas lahirkan anak kedua aku decide untuk ambil implant. Which aku rasa kacau hormon2 aku ni.

Dan badan aku gemuk & makin tak cantik. Setiap hari aku moody. Dengan masalah kewangan tak stabil, badan yang penat.

Dan bagi aku s3ks bukan keutamaan. Aku tak tidur dengan suami aku. Sebab anak2 tak boleh tidur tanpa aku. Jadi kami tak tidur bersama sudah beberapa tahun.

Tapi aku masih menjalankan tanggungjawab memberi nafkah batin kepada suami aku, bila dia mintak seminggu sekali memang aku akan bagi. Tapi no foreplay no nothing. Sekadar untuk suami aku melepaskan saja la. Aku penat.

Tahun 2023 – Kantoi lagi sekali suami aku menonton p*rn. Aku yakin suami aku clean untuk beberapa tahun tapi this year, it happened again.

Dan aku masih ingat ayat suami aku dekat ustaz dulu, “Kalau saya buat lagi, saya dengan isteri dah tak ada apa2”

Aku kecewa. Aku rasa diri ni buruk, diri ni hodoh. Diri ni tak guna.

Suami aku bagi alasan yang aku selalu mengelak bila dia ajak bersama, or layan dia lebih kurang so trigger dia untuk menonton p*rn.

Bagi aku itu semua bullshit, alasan untuk tutup kesalahan diri. Aku kecewa dan rasa diri tak berguna dan rasa suami aku seorang penipu.

Aku dah tak trust suami aku.

Jadi sekarang, kami duduk asing. Aku tengah tunggu masa yang sesuai untuk pergi ke pej agama.

Doakan aku ya. Aku dalam dilemma. Aku dilemma kalau aku patut bantu suami aku lagi untuk berubah.

Atau it’s time untuk kami separate.

Tapi bagi aku I okay untuk berpisah sebab aku rasa beban aku akan kurang, aku tak perlu nak berkongsi duit dengan suami aku, aku tak perlu nak melayan suami aku.

Tapi anak2 aku pasti sedih. Sebab diorang lagi rapat dengan baba berbanding aku sendiri :(

Mak aku tahu cerita ni, dan dia sangat sedih sebab dia sangat sayangkan suami aku.

Aku dilemma..

– Izah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *