Assalamualaikum..sy pelajar dari kolej swasta..saje nk share pengalaman sy sewaktu berhadapan musim histeria di kolej..ustaz pernah cakap dgn kami, kebiasaanya histeria ni menyerang pada musim nak final sbb pelajar mase tu la sedang stress nak study dan kejadian ini biasanya berjangkit dari seorang ke seorang (Berangkai)
Ok, nak jd kn cerita 1 rumah ada 10 org..hostel kami ni lebih kurang mcm apartment la..yg paling menyeramkan budak sem 1 ditempatkan di blok hujung sekali dekat dengan kawasan hutan dan kawasan lapang tanah merah..suatu malam, sy tak sedap hati jd tidur pn tak lena..esoknya, sy ajak la housemate sy baca yassin ramai2 kt ruang depan..sesudah bacaan yassin sy mulakan kerja merenjis setiap penjuru rumah dgn air yassin (ibu suruh)..tiba roomate sy berlari kepada sy dengan cemas mengatakan salah seorang dpd housmate kami mengerang seperti kerasukan..sy yg pertama kali berhadapan situasi ini sangatlah cemas..kami terpaksa meminta bantuan felo utk selesaikan masalah ni..
Apa yg ustaz ckp, housemate sy yg kene rasuk tu sebenarnya mmg nmpk kehadiran makhlus halus tu..makhluk tu ustaz ckp lebih kurang macam saka..makhluk tu sedang mencari tuan baru..sesudah pada malam itu, kami pn buat bacaan yassin lg, mase tu ustaz dtg utk ubat kwn sy tu lg..ingatkan dia dah elok..rupanya makhluk tu ada lagi setelah di detect dia tak nak minum air syifa' yg ustaz bg tu..dia pn apalagi menepis air tersebuat dan mula meronta, menjerit..pertama kali sy tengok situasi mcm nj di depan mata..
Setelah selesai berubat, kami tidur dalam keadaan ketakutan..gangguan2 sering berlaku di rumah tu..bunyi hempasan almari,bunyi tapak kaki,ternampak susuk tubuh besar yg menakutkan..
hmm..sy kesian sebenarnya dgn kwn sy yg kene rasuk tu..habis badan dia lebam dan semakin cengkung.. pengajarannya,tak kira la di mana sahaja, jaga adab kita di tempat baru lg2 tmpt 'keras',lepas tu solat jangan tingal, mengaji dan selalu amalkan doa pelindung diri..dan sy nasihatkan jangan terlalu gelabah menangani situasi ini nt takut kita plk yg kene kang..hehe..in shaa Allah semoga kita di bawah perlindunganNya..
– senah