Pesanan buat gayboy yang nak jadi straight guy

Salam,

Dalam beberapa hari / minggu yang lepas ada banyak terbaca confessor yang mengaku gay dan ingin berubah menjadi straight guy.

Of course, banyak komen dari pembaca yang mencadangkan confessor untuk mendekatkan diri dengan agama dan sebagai nya. Saya tiada bantahan terhadap cadangan yang diberi. Cuma rasanya mungkin cadangan sebegitu terlalu general. Way too general.

So saya akan cadang beberapa tips yang berpijak di bumi nyata. Harapan saya moga lebih ramai gayboy yang akan tinggalkan dunia sebegitu.

And the list begin :

+ sekiranya anda adalah pengguna gym tegar, mungkin anda boleh kurangkan atau berhenti seketika dari mengunjungi gym. Jaga pandangan anda. Usaha dan azam anda akan jadi sia sia sekiranya anda tidak dapat menjaga pandangan dari memerhati lelaki2 kekar di sana. Anda boleh kembali ke gym jika iman anda sudah kuat, concentrate hanya pada regim gym dan bukan cuci mata.

+ tinggalkan semua gay-related sosial media tidak kira samada gay website, gay facebook group, wechat group atau even online gay dating apps. Sekiranya anda serius, tinggalkan ini semua. Nampak remeh tetapi inilah jerat yang akan sentiasa menarik anda kembali ke square one.

+ kurangkan atau mungkin putuskan hubungan dengan rakan rakan gayboy anda. Cuba untuk bergaul dan lebihkan masa dengan straightguys. Ini secara tidak langsung akan merubah corak pemikiran anda, topik perbualan anda, aktiviti hujung minggu anda dan sebagainya. Ingat, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau besi. Jika anda berkawan dengan penjual haruman, sedikit sebanyak anda akan berbau harum.

+ elakkan kunjungan ke pusat2 urut atau spa lelaki. Anda tahu apa kelemahan anda. Jangan dicurahkan minyak ke dalam api.

+ tanamkan rasa minat dan cinta terhadap wanita. Sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Minggu demi minggu. Tanamkan cita-cita untuk mengahwini wanita, bukan disebabkan terdesak tetapi kerana itu adalah aturan hidup yang betul.

+ penuhi hidup dengan aktiviti yang sihat dan normal. Mulakan rutin baru contohnya jogging setiap petang di taman rekreasi. Malamnya anda akan dapat tidur lebih awal dan nyenyak, secara tak langsung dapat mengelakkan diri dari melayari laman2 web tidak berfaedah.

+ cuba rancangkan hidup anda 5 atau 10 tahun ke depan. Adakah anda ingin terus-terusan menjadi gay sehingga tua? Adakah anda tidak inginkan zuriat sendiri? Adakah anda ingin hidup sebatang kara tanpa isteri dan anak di sisi?

+ jangan difikirkan benda2 negatif seperti apa akan jadi jika dah kahwin masih suka lelaki? Jika anda betul-betul ada determination / keazaman yang kuat, sudah pasti anda tidak akan kembali ke jalan lama.

+ tinggalkan kisah-kisah silam negatif anda jauh-jauh. Anda diperdaya? Anda diliwat ketika kecil? Anda dipaksa? Apa yang telah terjadi, sudahpun terjadi. Sampai bila hanya mahu berserah. Ubah hidup anda. Jangan biarkan kisah silam menghantui masa depan anda.

+ dan yang paling penting above all ialah sentiasa solat penuh 5 waktu. Dan jangan lupa doa setiap kali selepas solat. Hati manusia ini Allah yang pegang. Jika setiap hari, setiap tahun kita meminta pertolongan, insyaallah akan dimakbulkan jua.

Itu sahaja dari saya. Harap semua gayboy yang ingin berubah cekalkan hati. Ia bukan lah sesuatu yang mudah. Tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil.

Man Jadda wajada. Siapa yang berusaha, dia pasti akan berjaya.

Semoga berjaya!

– Abang Straight Guy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *