Pesanan Khas Buat Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama aku Lalang (bukan nama betul) sebab aku baru menebas lalang.

Aku banyak kali dah tulis kat sini. Tapi entah. Nickname aku pun aku dah tak ingat tapi pakai jela Lalang ni. Cerita dia pasal bapak. Aku nak pesan kat bapak2 sekalian. Especially yang masih kuat bekerja.

Sebagai anak sulong dari beberapa orang adik (tak ramai pun adik), aku baru sahaja diberhentikan kerja (kotrak biasalah) dan ini hari kedua aku tak bekerja.

Dan aku duduk dirumah mak ayah aku. Biasalah umur macam aku ni semua orang dah sibuk kawin.

Kawan aku paling sedikit seorang anak. Jadi orang sekeliling mula la bertanya kenapa aku tak temu jodoh lagi. Ha kat sinila permulaan masalah hidup aku.

Macam mana aku nak kawin kalau:

1. Rumah macam rimba akibat hobi bapak aku yang suka bercucuk tanam tak kira tempat sehingga pokok lelalang deduit menjadi perhiasaan rumah kami.

Mesti korang rasa cantikkan. NO its not. Kau tau tak aku pernah jumpa ular kat rumah aku dua kali. Ko rasa?

2. Rumah aku rumah sewa. Bukan tak de rumah sendiri tapi ada, lebih dari satu. Tapi sikap ego bapak aku yang aku pun tak paham menjadikan kami masih menyewa dirumah orang selama hampir 30 tahun…

Rumah sendiri buat apa? Bapak aku biarkan bersemak naik lalang juga dan penuh rimba. Aku rasa mungkin dia malas kemas rumah sendiri jadi dia sewa rumah lain dan menambahkan semak di rumah sewa kami.

3. Interior dalam rumah aku langsung tak lalu mata memandang. Penuh dengan peralatan mesin dah macam bengkel.

Adakah aku ada adik beradik lelaki yang menyumbang masalah ini? NO. Bapak aku sorang je yang lelaki tapi dia mampu menghuru harakan rumah dalam satu hari.

Adakah anak dara bapak aku pemalas? Ya Allah ko tau tak tiap2 minggu aku kemas, tapi bapak aku sangat hebat. Dia asal nampk ada ruang kosong dia hangkut barang bawak balik.

4. Bapak aku BOROS.. Hurm.. bapak aku tak jahat. Kalau dia ada duit dia memang bagi belanja dapur semua.

Tapi sikap dia yang boros tu menyebabkan duit yang ada langsung tak nampak. Mak aku je selalu kene keluar duit. Sampai barang kemas pun kene jual. Kemana duit bapak aku?

Dia beli barang yang tak perlu seperti tong air BN tu 2 tong (rumah kitaorang tak pernah ada masalah air) beli mesin second hand yang beribu (tak boleh pakai pun wei, second kot).

Adik aku semua belajar lagi. End up semua atas jemala mak aku dengan aku (aku belum kerja tetap jadi sush sikit bab gaji ini).

5. Dan yang paling akhir sekali, ini bukan nak memburukkan keluarga aku tapi hakikatnya, bapak aku susah nak pergi masjid. Dulu lagi teruk. Sekarang dah ok sikit jumaat dah pergi. Kalau tak Ya Allah. Susah bebeno nak suruh ke masjid.

Persoalannya adakah aku tak pernah tegur ayah aku?

Jangan kan tegur, sindir, marah sampai nenek aku (mak kepada bapak aku) kata aku ini derhaka sebab mulut lancang sangat.

Aku ni malu dengan jiran2. Akar pokok menjalar sampai kerumah diaorang. Dahla rumah kitaorang ni rumah taman. Mak ayah aku ada nama. Orang kenal sebab gelaran mak aku dan kebaikan bapak aku.

Aku bersyukur bapak aku ini jenis yang masih solat, bercampur dengan masyarakat, tapi tolonglah abah. La betul2 penat nak kemas depan belakang kiri kanan. Jangan berangan nak menantu kalau rumah kita macam ni, hantu je yang banyak datang.

La ni nak je pindah rumah lain, bukan La tak mampu, tapi La kesian kat ibu, ibu dah tak sihat macam dulu sebab perangai abah.

Memang lah Abah rasa kemas rumah ni duniawi sahaja, nabi dulu tak buat macam ni. Tapi abah, nabi tu duduk zaman bila? Umah nabi tu ada pokok lalang ke?

Yang ada kurma je. Sunnah nabi banyak lagi abah seperti mandi sunat jumaat, potong kuku, dan lain2.

Tolonglah jangan guna alasan zuhud abah tu bagi membenarkan perbuatan abah menyepah dan menonggang langgang kan rumah ini.

Abah bukan tak berlajar agama. La tau abah suka baca FB lagi page-page confession macam ni. Ini usaha terakhir La. La dah penat nak gaduh dengan Abah.

Abah tau tak adik adik sampai tak hormat La sebab diorang kata La kurang ajar dengan Abah. Semua orang dah tak peduli pasal La.

La cuma nak rumah yang kemas je abah. La tak nak serabutkan kepala dengan permintaan ibu dengan abah yang nak La kawin dengan keadaan rumah yang sebegini.

Jadi tolonglah Abah berenti membawa balik pokok, mesin buruk, barang second orang. Rumah kita bukan kedai bundle.

Sekian…

– Lalang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *