Pesanan Untuk Pelajar Universiti

Salam.

First time aku rasa nak tulis panjang2.
Aku cikgu yg mengajar budak2 besar di universiti.
Sepanjang 2 tahun aku mengajar (ye aku mmg baru), tapi rasanya afdal lah aku luahkan apa rasa aku.

Pertama-tamanya mmg aku kena ucapkan tahniah sbb kau berjaya mendapat tempat dlm mana2 Uni.
Mengenangkan sekarang syarat kemasukan mmg dah diperketatkan, dan jumlah penempatan yg makin berkurangan.
Ditawarkan tempat maksudnya kau mmg pandai lah,kan?
Aku takkan argue.

Tapi masalahnya sekarang, kalau lah sebelum2 ni kau mmg azalinya budak bijak pandai, salah 1 langkah je dlm tempoh 3-4 tahun pengajian degree kau ni,. …. (kau isi lah sendiri nanti. byk sgt observations aku smpai aku tak boleh describe in words).

Jadi sebagai cikgu yg selalu kena mengajar budak tahun pertama, aku nak kongsi sikit tips supaya kau boleh kekalkan momentum sukses kau sampai ke semester akhir.

1. Jangan lambat masuk kelas
Sebenarnya, aku sbg cikgu mmg boleh spot terus budak2 yg bakal beri masalah pada aku hanya melalui kedatangan dan masa kedatangan kau. Pantang betul aku student dtg lewat dari cikgu even student duduk dalam kolej je. Nak compare dgn cikgu kau yg duduk luar kawasan, nak kena setel anak bagai pagi tu, tapi berjaya jejakkan kaki ke kelas 10-15minit awal (siap dah sarapan okay).
Kau dah lewat masuk kelas, jgn lah interrupt class attentions sampai semua mata nak kena tengok kau. Lepas habis kelas, cuba lah minta maaf kat cikgu kau sambil sebutlah segala alasan kau (walau tak munasabah).

2. Jangan berkira dgn sumber2 ilmu
Maksudnya adik2 sekalian, kau jgn kedekut lah kalau cikgu kau suruh beli buku teks/buku rujukan. mesti ada sebab dia suruh kau beli.
Ini tidak, belum apa2 lagi kau dah mengeluh dan bising2 kata mahal. (Ye, aku akui mmg ada yg tak mampu beli sbb asal bukan dari family yg senang). ingat pesan aku, kau jgn mendesah kat cikgu kau. Sikit keluhan kau ni boleh sbb kan mood mengajar dia drop tau since dari elas pertama. Tak mampu beli ori, pergi fotostat. No harm at all. Nak harapkan kau pergi library entah bila kau nak pergi. Dia dah suruh kau dapatkan buku tu dah lebih dari bagus, kurang2 kau boleh rujuk and praktis2 buat latihan/tutorial.

3. Jangan tak buat tutorial/assignment etc
Wehhh. Yang ni memang paling aku geram. Kau tau tak, cikgu2 ni esok nak mengajar, setiap mlm dia dok baca nota sendiri nak fahamkan siap rujuk 3-4 buku, siap buka video youtube tu, siap cari nota online dlm nak memahamkan kau dlm kelas. Kau appreciate lah depa sikit. Baru2 ni aku kena cerap dgn mentor aku. Komen mentor aku mmg positif, siap ckp aku mmg mengajar dari hati. tapi sampai saat ni aku terngiang2 ayat dia yg 1 ni “You are teaching them,.not lecturing”. Kau tau mati kutu aku nak hadam ayat dia sbb aku akn teringat2 muka blur korang semua setiap kali kelas habis, walau aku dah ulang 3 kali (the most). JAdinya untuk aku test pemahaman korang, mestilah aku bagi sikit assignment/tutorial.
Tapi..hancus! Tutorial korang tak buat!jawapan tunggu aku bagi!assignment pulak kalau tanya aku camne nak buat, okay lagi. yg jadi masalah problem, kau tanya jawapan….!! WEHHHH KORANG STUDENT UNI.BUKAN BUDAK SEKOLAH YG NK KENA SPOON-FED SEMUA BENDA. SURVIVAL SKILL LANSUNG TIADA. Stress aku jadi cikgu kau tau. Ingatkan ngaja budak besar, rileks sikit. Turns out lagi dasyat aku kena (sampai aku tak cuti2 lagi sepanjang semester setakay ni).

4. Tak datang kelas ganti atau kelas khas atau appoinment (yg kau sendiri bikin)
Pelajar2 sekalian. Bila cikgu kau dgn baik hati aturkan kelas luar dari jadual waktu (luar waktu kerja hakiki), kau sila lah datang. Tunjuk sikit komitmen kau sbg pelajar. Asyik dia je tunjuk komitmen dia sbg cikgu. KEsian dia weh. Dia dah bersungguh nak tolong kau. Taknak kau fail. Taknak kau repeat paper 2-3 kali ((sbb poor attitude kau, bukan sbb dia tak pandai mengajar). Ingat weh. KOMITMEN SEBAGAI PELAJAR UNI ADALAH BELAJAR.BUKAN HUHA2 SANA SINI.

Okay lah part tak dtg kelas tu, ikut kau lah kan. aku mmg malas bebel dah. tapi part yg last minit cancel appointment. Mmg bikin nanar hari aku. Temujanji yg kau initiate sendiri dan kau cancelkan sendiri jugak. wahwahwah. Kau tau tak, dlm nak locate masa utk kau tu, cikgu2 yg kena fit kan dgn schedule dia yg penuh masa tu. Mana nak layan research, networking, meeting sana sini, pelajar MSc/PhD, kerja2 admin. Have mercy sikit lah lain kali. Kalau pun terpaksa cancel, bagilah solid reasons. Manalah tau noleh sejukkan hati aku yg tgh panas masa tu.

5. ingat balik apa main objective kau terima offer masuk uni.kena tau commitment kau sbg pelajar
kau jgn bagi reason yg makbapak kau yg paksa masuk uni weh. so lame. Dalam belajar pun, mmg tak nafi kau kena ada leisure times kau sendiri tapi berpada2. KAu mesti ada sebab kenapa kau jauh2 dari parents, perabih duit mak apak kau sepjg kat uni ni.
sekali lagi aku tegaskan, KOMITMEN SEORANG PELAJAR ADALAH UNTUK BELAJAR.

Hidup kat Malasia ni makin payah. Taraf hidup dah meningkat. ORang yg ada sijil master/phd pun dah tak boleh memilih kerja.apatah lagi engkau yg keluar nt dgn segulung sijil degree (atau seantara). BElajar lah elok2.CIkgu kau tak rugi sikit pun kalau kau gagal. Sikit pun tak ralat sbb dia dah all out maa ngajo kau. Kau yg kena teruskan hidup sendiri after kau grad.

Sekian lah sikit tips dari cikgu muda kau yg baru nak belajar hidup.
TIps aku ni applicable untuk setiap level pendidikan.
Aku tidak merendahkan segala jenis level pendidikan setiap orang.

AKhir kata, cikgu kau muda ke tua ke. Hormatlah diorang.
Untuk kau dihormati,kau belajar hormat org dulu.
Jgn letak semua kesalahan kat bahu cikgu kau kalau kau gagal.

Pandang cermin, and study your reflection first.

Selamat maju jaya.

– Cikgu budak besar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit