Petunjuk or mainan mimpi?

Assalamualaikum, straight to the point jela ye sbb tak nak panjangkan cerita,beberapa hari yg lepas saya dah 2 kali mimpi benda yg sama,tentang benda yg buat hati saya tak tenang dan asyik terfikir je. To make it short dlm mimpi pertama,rumah saya hampir terbakar. Dlm mimpi tu tak ditunjukkan pula macam mana kebakaran tu boleh berlaku tapi mimpi tu hanya tunjukkan kebakaran bermula dari arah kebun belakang rumah saya sebelum marak ke kawasan rumah saya dan saya terus tersedar dari mimpi. Okayy first time mimpi macam tu saya buat tak kesah sbb maybe hanya mimpi kan so just let it go jela tapi…. hemmm mimpi tu datang balik dlm minggu yg sama cuma berbeza hari,saya tak ingat pulak hari apa.okayy dalam mimpi kedua tu, memang saya nampak segalanya dan jelas. Dalam mimpi tu ditunjukkan ada 2 org lelaki badan dia sedang sahaja (normal tak gemuk ) sedang menuang cecair seperti petrol di setiap kawasan kebun dan di kawasan rumah saya sebelum menyalakan api. Masa kejadian dlm mimpi tu berlaku pada waktu petang dan ironinya tak de seorang pun sedar ada sesuatu yg mencurigakan di belakang kebun belakang rumah kami.Semasa api dah marak di kawasan kebun saya sekeluarga mmg langsung tak sedar sebab saya 3 beradik tgh tidur di dlm bilik, ibuayah saya pulak berehat di ruang tamu.masa kami tgh tidur tiba tiba pintu bilik kami diketuk dan dipulas sebelum ayah saya menjerit menyuruh kami menyelamatkan diri sebab rumah kami nak terbakar. Kami yg baru bangun tidur ni mmg sahlah tgh blur kan.mmg tak tahu nak buat apa sebelum saya berlari ke ruang tamu belakang dan saya bukak tingkap. Ya Allah time tu mmg saya rasa sedih dan pilu sgt sampai rasa sedih tu boleh rasa walaupun hanya mimpi.melalui tingkap tu saya nampaklaa api marak dgn sgt laju menyambar pokok pokok di kebun belakang sebelum marak ke arah kawasan rumah, time tu saya cemas sgt sebelum saya berlari ke pintu utama sbb time tu dalam hati saya cuma nak selamat je.ibuayah saya dan adik beradik saya kelam kabut laa selamatkan barang penting tapi yg peliknya ayah saya sempat pulak call bomba dan bila saya bukak je pintu utama tu saya terus tergamam dan kaku sbb syiling beranda (bersambung dgn pintu utama) dah terbakar sikit sikit dan dah keluar api pun time tu. Lama jugak saya berdiri dekat depan pintu tu tgk api makin marak dan bila ahli keluarga saya sampai ke pintu tu diorng pun terkaku jugak.time tu kami mmg dah redha kalau itu dah ajal kami. Kami mmg tak boleh nak selamatkan diri dahh. Saya menangis time tu sbb takut cemas trauma semua ada tapi saya bersyukur sbb atleast saya ada bersama dgn keluarga saya biarlaa kami harungi sama sama dan masa api dah makin marak tiba tiba hujan lebat turun. Pelik kan? Dalam mimpi tu hujan lebat tiba tiba je tau turun tanpa ada guruh dan kilat. Cuma masa nak hujan tu keadaan awan yg cerah tiba tiba jadi mendung, awan putih pun laju je berjalan bertukar dgn awan hitam sebelum hujan lebat turun. Dia bukan hujan lebat biasa tp dia hujan lebat yg betul betul lebat punya sampaikan kawasan rumah saya dan kawasan kebun yg terbakar tadi pun boleh terpadam dgn sendiri. Tapi hujan masih jugak tak berhenti walaupun kebakaran dah terpadam dan tak lama tu bomba dan polis pun datang.lepas bomba dtg adalah penduduk kg datang dan tolong kami keluar dari rumah tu dan yg peliknya rumah kami okayy takde kesan terbakar pum cuma kebun je takleh nak selamat.tak lama lepas tu saya terus tersedar dr mimpi.hemm entahlaa saya tak tahu saya perlu percaya ke tak dgn mimpi tu.petunjuk ke atau hanya mainn tidur? Ada tak sesiapa kat sini yg pernah mimpi benda benda yg mengerikan lebih sekali or banyak kali? Perlu ke utk percaya? Petunjuk or hanya mainan tidur?

– Sis melur

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Atikah Hairulazam Nurul Atiqah Sulaiman Hanisah Baharudin Faqihah Saharudin mggu lps mimpi kite naik kete same2, pastu wktu tu hujan lebat + air naik mendadak, pastu banjir..(suasana macam nk kiamat) then, kereta yg kite naik tu masuk dlm air, kite terperangkap dlm tu.. wktu tu masing2 try pecahkan tingkap, tp xboleh..lps tu semua redha lpskn nafas slow2..sedih giler rse mcm betul je, sampai skrg teringat-ingat

  2. macam kisah saya, saya pernah mimpi kan seekor buaya yang besar selalu perhatikan saya, in every time, di akan ikut dan renung gerak geri saya. Masa tu saya kat asrama, dalam bilik, saya ada nampak dia area bawah2 katil camgitu, pelik sangat saya, sebabnya dia besar , takkanlah orang lain tak perasan akan kewujudannya tu kan , and then time saya nak pegi prep, kelas, dia ikut jugak saya, duduk area bawah meja cikgu, renungannya sangat tajamm membuatkan saya takut sangat, saya selalu doa agar diberikan petunjuk berdasarkan mimpi saya tu, Actually, a feww days bfore that mimpi, saya sebenarnya rasa lain dgn diri saya, rasa mcm bnyk buat dosa ngn org kt sekeliling saya, saya seolah2 tak mengenali diri saya time tu bcoz instead of changing in myself. Saya mula muhasabah yg mne mimpi tu pasti mndtgkn satu mkne utk diri saya, and then sy dpt gerak hati dan rasa, kedatangan buaya itu adaalah perumpamaan bagi dosa yang saya buat selama ini, dosa itu sifatnya busuk ! even saya rasa sejauh mana pun saya berlari dan buat tidak endah akan dosa yg saya buat, selagi tu ketenangan dlm hidup saya takkan dapat. :'( dosa yang saya buat umpama mimpi ngeri yang hadir dlm hidup. lepas je peristiwa tu, saya terus berubah to be the better one dan taubat,

  3. Aku mimpi ada orang salah masuk duit ke dalam akaun bank aku . Aku kaya kejap . Pas tuh azan pertama sebelum waktu subuh, aku terjaga . Huhuhu

    Adik, mimpi buruk jangan cerita kat orang . Nanti ada sang jahal(baca jahil) pergi tafsir mimpi adik dengan sesuatu tafsiran yang buruk .

    So, ambil sahaja iktibar tentang hadith seorang wanita ansar menceritakan mimpi buruknya kepada Aisyah r.a .

    Mimpi buruk jangan sebarangan cerita kat orang .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *