Pilih Kasih

Assalamualaikum semua. Saya Sherry (bukan nama sebenar), kali ni saya nak berkongsi cerita tentang pilih kasih dalam family mertua.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang agak senang. Keluarga orang berniaga. Manakala suamiku daripada keluarga sederhana tinggal dikawasan kampung (parents nya pesara gomen) dari negeri XYZ. Sudah berkahwin hampir 10 tahun, tinggal di ibukota.

Ketika berkahwin dengan suamiku, saya bekerja gomen gred 41 sehinggalah kehadiran anak kami yang ke-4, saya melepaskan jawatan ku untuk menjadi surirumah (nak jaga anak2 sendiri sambil bisnes dari rumah).

Saya menyatakan niat ni pada mak ayah saya. mulanya diorang terkedu juga, tapi redha sebab tak nak masuk campur urusan kami suami isteri. Ketika aku berhenti kerja, suamiku dulu hanya bekerja gred biasa.

Oh ya, suamiku ada cakap, dia bukan favourite child dalam family. Tapi dia tetap hormat parents nya.

Bagaimana penerimaan mertua? Haruslah mereka terkejut arnab dengan keputusanku. Saya juga perasan cara layanan pun dah lain..macam jatuh standard gayanya.

Kebetulan ayah mertua ni sangat2 menggagungkan kerja gomen. Kalau bersembang sikit petik nama kawan dia gred sekian-sekian. Berborak sikit cakap pasal kerja gomen.

Dia pun pensioner kerajaan so memang bangga habis lah walau gred biasa je. Cakap nak eksyen.. Sabar je lah..

Kalau time hari raya belah sana, dah tau air muka diorang bila tetamu tanya Sherry kerja apa? Macam malu gila nak jawab last2 kita jawab sendiri jelah, saya surirumah sambil tersenyum bangga lol..

Situasi awkward ni berulang-ulang ye tuan puan time balik raya sana hehe.. Pernah juga diorang beberapa kali duk pertikai kat suami kenapalah bagi isteri berhenti.

Kadang berborak duk bagi hint kepentingan isteri bekerja.. memanglah betul isteri kena ada duit sendiri, habistu saya duk bersengkang mata buat bisnes ni apa?

Tak puas hati sungguh kat kita ni. Pernah satu ketika dulu masa balik kampung suami, secara tiba-tiba dia bersikap dingin ngan saya. Siap cakap serabut dengan saya.

Kejadian ni masa awal-awal saya berhenti keja ye. Saya tanya kenapa ni? suami tak nak layan saya, muka bengis gitu.

Sedih sangat, time balik kl semula dia dah ok. Saya rasa mak ayah dia duk brainwash suami tu huhu, sabar je lah.

Kami laki bini ni tak pernah lagi minta bantuan duit kat diorang, susah senang kami hadap sama2. Insecure benor lah saya ni jadi surirumah. Risau duk perabis duit anak dia, sedangkan diorang tak tau boleh kata banyak perabot & peralatan letrik kat rumah ni guna duit saya.

Bil-bil pun ada yang saya bayar. Dah takkan nak explain pulak kat depa satu persatu hmmm..

Diorang aktif je pi masjid, mengaji quran.. tapi macam tak percaya rezeki tu pemberian Allah dari pelbagai cara.. ingat duit boleh dapat dengan cara kerja opis, tempat aircond je gamaknya.

Anak menantu yang kerja opis, kerja gomen, selalulah disebut-sebut.. syok dapat cerita kat jiran, sedara mara anak menantu yang ni kerja pegawai, rumah besar.. yang tu gaji pun besar.. hhmmmm zzzzz.. yang kerja dari rumah ni tak wujud kih3..

Kalau datang ke KL pula (diorang selalu datang sini) memang selalu duk tidur kat rumah anaknya yang satu lagi, Wan. Yelah landed house, bestkan..

Dulu tanya juga suami, kenapa mak ayah tak nak datang bermalam rumah kita ke? Suami pun perasan..

Mula-mula sedih juga, tapi lama2 ahh ikut suka la nak datang ke tak.. rumah kami ni rumah sarang burung hihi. Sedapkan hati, mungkin diorang tak selesa… takpelah.

Cucu-cucu (anak2 kami) pun dapat layanan so-so je dari mertua. Dah memang membawa sampai ke cucu kan layanan gini hihi..

Sampai anak-anak saya ada perasaan tak seronok bila pulang ke sana.. mereka tak berborak sangat jadi rasa tak diraikan. Maafkan saya juga jika ter’compare’ layanan family belah saya.

Mak ayah saya excited sangat bila cucu-cucu balik kampung. Masak special macam-macam. Pastu jadi kebiasaan ayah saya hulurkan duit untuk cucu-cucunya time balik kampung..

Kadang RM50, kadang2 RM100 seorang untuk simpan dalam tabung. Mak ayah mertua pula kadang ada hulur RM1, tapi biasanya takde langsung.

Nak kata tak berduit, tipulah.. pencen ada huhu.. Bukan mengharap, tapi rasanya perkara biasa kut kalau datuk2 hulur duit sikit untuk cucu.. ntahlah.

Suami pula sejak dari awal kahwin saya perasan tak suka call mak ayah dia, sampai lah sekarang. Mereka berhubung dalam whatsapp je.

Kadang saya paksa juga dia call sebab eh pelik lah kalau tak tepon mak ayah. Bila dipaksa2 call baru suami buka cerita masa bujang dulu dia call juga, tapi dia kecewa sebab depa layan acuh tak acuh.

Jadi sekarang kalau sesaje memang tak call lah, kecuali hal penting. Dalam kes ni taktau nak kesian kat siapa..

Kalau saya yang call depa pelik pula, kita ni bukan menantu feberet. Pastu malas la nak nampak try hard sangat. Dah tahu orang tak suka kita kan hehe..

Oh yes, saya berborak je macam biasa bila balik kampung. Tapi cakap apa yang perlu sahaja. Time diorang masak saya memang wajibkan diri ke dapur untuk tolong mana yang patut.

Takde common sense lah kan ko berkurung dalam bilik & keluar time makan je. Sesekali tolong menyapu sampah & beli barang, tu jelah. Tak beria sangat untuk menambat hati mereka.. kejam ke ok je?

Ipar duai? Ok je, bercakap time jumpa jelah. Nak berwasap2 mesra tu tak lah. Dah pernah cuba rapat ngan diorang tapi saya dapat layanan hambar.

Fb & ig still follow, tapi saya hide posting & ig story. Ada menda kita tak perlu expose sangat kan! Ada bagusnya bila kita ada “penjarakan” dengan mereka. Cukup lah sekadar bertemu sekali sekala.

Rasa tu je lah luahan hati ni.. banyak lagi tapi penat nak taip. Mohon semua doakan bisnes saya makin maju dan diberkati Allah ya.. bukan nak menunjuk kat family mertua, tapi untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

InsyaaAllah.. biarlah diorang nak fikir apa pun.

Pengajarannya.. jangan lah bezakan anak menantu, kitorang dapat rasa tau walaupun kami buat biasa2 je macam takde apa-apa.. kecik hati ni tau! Hehe (buat-buat ceria)

Bukan menantu feveretmu,

– Sherry (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *