Baru-baru ni saya semak group whatsapp alumni sekolah yang dah hampir sepuluh tahun ditinggalkan. Dah tua rasa. Umur dah dekat 30. Masih single lagi..
Saya memang sangat jarang check group tu, tapi saya tak pernah terniat nak left, rasanya saya paling malas nak left group whatsapp, kalau orang dah add tu, saya akan buat tak kisah kalau tak interested nak ambil tahu. Tapi, saya saja2 baca group tu dan rupanya kawan2 saya sedang rancang untuk buat reunion.
Ada senarai nama batch saya yang akan hadir masa reunion. Adalah beberapa nama yang menyentuh hati saya. Of course antaranya my ex. Dan dia dah kahwin dengan dua orang anak. And again I am still single.
Kami rapat bila dah habis sekolah dan masa tu tengah sambung belajar dekat asasi. Tapi kami lain2 tempat. Tak ingat macam mana bermula, kami mula berkawan dengan berbalas mesej.
Saya tak pasti kami ni benar2 something or just friends but we become quite close and talk about lot of thing about each other. And I still remember his favourite food is nasi goreng pataya (Which I don't like).
And he started to talk about marriage. Not directly but indirectly. We are about 19 or 20 at that time and I can't get married too early.
I learned this relationship cannot go far, I would never sacrifice my dream and get married and my family was not in condition to accept a new person at that moment. It's really hard moment.
My father have affair with other woman and my mother got sick maybe because of menopause symptom. It's really hard, I remember we don't have enough money even to eat and I visited my mother in ward without any money and share with her the hospital food.
Dalam masa yang sama saya terlibat dengan usrah dan gerakan Islam. Saya percaya dalam perjuangan ini, couple dan hubungan antara lelaki perempuan yang tiada kepastian adalah haram. Saya rasa apa yang saya lakukan adalah dosa walaupun kami hanya berbalas mesej. Namun perasaan yang membelenggu hati membuatkan saya terbeban.
Sungguh saya jatuh cinta dan terperangkap di dalamnya namun berkahwin bukan pilihan saya. Bukan ketika usia seawal itu dan ketika keluarga masih bergelut begitu.
Dan meneruskan perhubungan tanpa kepastian membuatkan rasa berdosa dan bersalah terus membelenggu hati. Tiada sesiapa yang tahu tentang hubungan itu, jika dia juga seperti saya, hanya dia, saya dan Allah yang mengetahui. Bagi saya couple adalah aib bagi seseorang yang memilih untuk berada dalam gerakan Islam.
Dan saya memilih berada dalam gerakan Islam, saya memilih keluarga berbanding bersama seorang lelaki membina mahligai bahagia.
Itulah keputusan yang saya lakukan ketika berusia 20 tahun, saya memilih untuk berhenti, dan keputusan itu mungkin melukakan dia juga. Entahlah, saya tidak pasti. Namun, melupakan rasa cinta bukanlah mudah, perjuangan itu memerlukan kekuatan jiwa dan seluruh raga.
Ketika berusia 20 tahun, saya memilih gerakan Islam, keluarga dan cita-cita. Dan mengenepikan cinta.
Setelah hampir 10 tahun kemudian, saya masih mengutamakan ketiga-tiga itu. Berbanding rasa cinta yang berbunga dalam jiwa.
Ketika tamat pengajian, saya jatuh hati dengan seorang pemuda yang merupakan pimpinan dalam gerakan Islam yang saya ikuti. Namun, saya simpan sendiri rasa hati dalam lubuk jiwa paling dalam.
Ketika itu kami baru tamat belajar, perlu masa untuk menyusun masa depan. Dan pada diri dia saya lihat potensi besar dalam membawa perjuangan Islam. Saya tidak mahu perasaan yang melanda hati saya mengganggu gerak kerja perjuangan yang sedang giat kami rencanakan.
Sehingga satu masa saya dikhabarkan dia sudah bertunang. Dia sudah punya pilihan hati yang dia kenal awal lagi ketika zaman belajar. Dan perlahan-lahan saya melepaskan rasa cinta yang masih tersisa.
Akhirnya saya masih memilih cinta kepada perjuangan dari merebut cinta seorang lelaki.
Dan dalam usia menginjak 30 tahun, saya masih bersama keluarga yang saya cintai, saya bahagia dapat mencapai cita-cita yang saya kejar dan berbakti kepada keluarga dalam kesempatan yang ada. Dan masih bersama gerakan Islam dan tidak berhenti dalam berjuang.
Saya tidak pernah kesal dengan pilihan yang saya buat. Dan saya yakin, saya bukanlah jodoh yang terbaik buat lelaki2 tersebut bila melihat pasangan mereka kelihatan lebih sepadan dengan mereka. Saya mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Saya yakin akan tiba juga jodoh itu satu masa terbaik yang Allah tentukan. Sungguhpun tidak tiba, saya rasakan hidup saya sudah sangat bahagia.
Selain menjadi isteri dan ibu, banyak lagi peranan penting yang boleh dimainkan wanita Islam. Dan sungguh pintu syurga sentiasa terbuka untuk wanita yang berbuat pahala biarpun tidak punya kesempatan untuk menjadi isteri dan ibu.
Namun, saya tidak putus asa untuk berkahwin. Saya yakin jodoh saya sudah ditentukan Allah kalau bukan di dunia, tapi lebih agung jodoh bertemuNya di akhirat sana.
Akhir sekali, saya masih manusia berdosa, barangkali lambat sampai jodoh ini ujian dan kafarah kepada dosa saya yang banyak. Jika sungguh saya sabar dan terus-menerus yakin kepadaNya, pasti ada keindahan yang manis menanti kemudian hari
– Maryam
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
chill sudah.. bukan ko sorg je :D ramai kot
Betol…jodoh ak pn x smpai2 lagi..haha
Cda Albanya :)
Tahniah. Asalkan bahagia dengan setiap pilihan yg kau buat. Tapi kenapa aku terbau sedikit sesalan dalam pilihan yg kau dah buat? Contohnya kau membandingkan diri kau dgn isteri mereka dan juga menzahirkan perbezaan kau yg masih single sedangkan mereka dah beranak pinak.
Ikhlaskan diri dalam setiap pilihan, pasti kau takkan rasa macam ni. Kalau kita betul2 move on, kita takkan sekalipun menoleh ke kehidupan silam dengan nada sebegini. Mungkin benda ni kau tak tunjuk kt kawan2 sampai menyebabkan kau perlu confess di sini. Pandang ke depan.. Jangan toleh ke belakang lagi. Setiap yg bakal berlaku bukan manis sentiasa. Akan ada perit yg membuat kita lebih kuat. Itulah ujian keimanan. Insya Allah.
Amboi nasihat ke saranan ke cadangan.
Kemain, huhu.
Semoga bertemu jodoh yg baik.dlm masa terdekat…
Ismanizayani Idris
Manusia merancang dgn cita-cita,
Perancangan Allah dtg dengan cinta.
Gittew.
Mmmm mmmm
Semoga kuat dan thabat kak. Sy juga mengenali beberapa senior yg terlibat yg terlibat dgn gerakan Islam. Ada yg jodohnya sampai lambat, yg awal pun ramai. Masing2 sgt sepadan dgn pasangan mereka.
Sungguh, ia membuatkan saya fikir, the man or woman really worth the wait.
Semoga akak bertemu juga dgn pasangan yg sepadan malah lebih hebat suatu hari nanti.
Afifah Alii
its really hard to see someone u love ordy have his own love ..
Matangnya confession ini.
its not such an easy things when its come about ‘Move On’ i feel u . kdg2 mmg kite akn teringat masa lalu n terlalai dgn kenangan dlu . phewww
In Shaa Allah sis..kun fa ya kun
Ada caranya tu. Baitul muslim, family, kawan carikan, semua itu usaha. Jangan putus asa je. Jangan stop mencari juga. Rahmat dan pertolongan allah tu luas. He is the best planner.
Welcome to the forever alone league. But please let us know when you are ready to leave us. Lol. :D
Kak maliya pun inform tauuuu
Entah2 saya disolatkan dahulu sebelum saya boleh announce apape.
yang tu pun kena informmmmmmmmm
Kalau la ada orang datang. In sya Allah.
Keputusan yang tepat tak perlu disesalkan kak.
Moga Allah permudahkan urusan akak..aamiin
Pasti ada keindahan yg manis mnnti d kemudian hari. InsyaAllah, teruskan bersabar. Allah bersama org2 yg sabar. Janji Allah itu pasti, tiada keraguan.
Nurshazana Zulhisham Hani NY
Sabar yammm
Percayalah org yg lambat ni banyak bakti kat mak ayah dgn adikbradik syukur
Cekyam ke apa nii haha Cokelat Orked Atiqah Nazli Wanie Jaszlie Nurul Haiqa
Sengal sat g cik yam perasan baru tau
Delete la apa lagi ?
Marriage is not everything. Not all people are destined to get married and have families. Hidup single dan masih merasai kbahagiaan itu juga nikmat dr Allah.
Nasuha Ezani
Awak tertinggal bas klu 30an
chill..i’m 28, not married yet n have 4 super fat cats.. ada jodoh ade, xde pon xpe..rezeki gak dpt berbakti ngn parents lama2 sket..ngn bela kucing bg gemuk keep calm n pet a cat
Soon im 32..chill tgk one piece, golek2 dgn kucing. ????
hahaha..tau xpe..xhbs lg tgk dressrosa arc ???
Kadang2 tengok kucing lagi tenang
all hail cat people. my sister have 11 cats at her house
sama lah nama kite ?
Perasaan ak nk bina masjid memang ade tp kewangan blom kukuh lagi…keje pun x tetap lagi…single selamanye?
Nostalgia nye zaman gerakan islam.
Bila bercinta kat U problemnya mak ayah tak bagi kawen…bila dah kerja lagi tak byk calon utk dipilih…nasib badan.
Eh faizin. Ada kau kat sini hahah
korg buat ape kt sni
Łascieřě Are’tehz
Tabah.. Semoga Allah beri kekuatan utk terus tabah dan berjuang.
LizaZyza Abu Bakar…
Boleh buat novel
Dibawah pohon kasih
Nursyabihah Ismail
Danial Shafiq ☺️