Pilihan Keluarga atau Tunggu Si Dia?

Salam semua pembaca IIUM confession. Thanks admin sudi publickan confession saya. Saya berharap sangat pembaca dapat membantu saya dengan menilai situation saya sebaik mungkin. Saya tak pandai meluahkan melalui tulisan atau meluahkan kepada siapa siapa. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk terjemahkan ke dalam ayat.

Saya seorang perempuan, berumur 25 tahun dah sudah bekerja. Kahwin! Inilah yang akan selalu didengari oleh anak anak muda yang baru tamat belajar dan baru mula bekerja. Asal balik kampung je atau berhimpun dengan orang orang yang tua isu kahwin selalu akan menjadi pembuka bicara. Jika tiada jawapan untuk persoalan itu tepislah sebaik mungkin dengan org tua tua, jangan berkecil hati.

Tapi, that’s is not my concern, kembali kepada hal kahwin, saya tidak pandai bercinta. Sejak sekolah sehinggalah sekarang, saya tidak pernah mencintai mana mana lelaki dengan sepenuh hati saya. Jika saya berkawan dengan mana mana lelaki pun, tidak akan lebih daripada 6 bulan. Maybe dulu saya bersekolah Sekolah Perempuan kot jadi saya tak pandai nak bersosial dengan kawan kawan laki. Saya ada perasaan dengan lelaki, tidaklah saya berperasaan songsang atau apa. Cumanya saya tak pandai berkenalan dan berkawan dengan lelaki utk long term.

Selepas dapat tawaran di UiTM, saya tau saya akan banyak bersosial dan berurusan dengan lelaki. Malah saya dapat course pun, construction, lagilah 60% lelaki yang conquer industry tu. Long story short Saya excited nak masuk class tp half of me saya still malu nak berurusan dengan lelaki. Benda ini biasa bagi sesiapa yang bersekolah perempuan dan first time nak satu class dgn lelaki hahaha I admit it. First sem dekat u, saya suka dekat seorang lelaki nie. Classmate saya, MR A. Saya suka character dia. Dia sangat cool. Dia tau saya suka dkt dia tp dia tak nak in relationship dgn siapa siapa waktu belajar. Saya tau saya desperate haha dan saya ada sikit rasa kecewa.

Second sem, saya dah boleh adjust dgn classmate laki. Saya selalu ingat pesan mak saya, rapat dengan lelaki boleh tapi jagalah batas dan nama keluarga. Saya pegang itu. Saya dgn semua budak class (girls and boys) jadi rapat, kecuali dgn Mr A. Saya jadi segan dan awkward dgn dya. Mr A nie sifat dia brotherhood sgt dgn kawan kawan dia. Ingin saya kenalkan MR AO kepada pembaca semua. MR AO dan MR A sangat baik sangat brotherhood habis. Malah diorang tinggal satu rumah sewa.

MR AO dgn saya selalu contact utk tanya assingment, hal hal kelas sehingga melarat kepada hal hal personal dan family. Tapi kami tak pernah cakap sayang each other atau apa. Cumanya saya dgn dia tau kami selalu care for each other. Masing – masing suka bercerita. Saya maybe dah terjatuh hati sikit pada dia. Iyalah siapa je tak terjatuh hati dah kalau macam tue kan. Kami berkawan baik. Saya dgr masalah dia dan dia dengar masalah saya. Tapi waktu itu, saya masih ada perasaan sikit dgn MR A. Pernah sekali, kami keluar berempat. Saya dgn BFF, MR A dan MRAO. Saya suka banding – bandingkan mereka berdua. Saya suka MR A sbb dya cool, MR AO poyo tapi MR AO suka dengar masalah saya dan selalu respons to me. Tak macam MR A, anggap saya betul betul kawan.

Tapi, saya tak tau kenapa tiba tiba relationship saya dgn MR AO tiba tiba jadi awkward. Kami dah tak rapat macam dulu sehingga kami habis belajar. Saya rasa dia tau saya masih ada hati lagi dgn MR A, atau dia ingat saya nak friendzone dia ke atau dia malas and dia lebih syg brotherhood dia dgn MR A. Lepas dari itu, saya biasa biasa je. Kenalan dan kawan dgn lelaki lain tp tak lebih dari itu dan tak lebih daripada 3/6 bulan. Long story short, kami dah habis final year dan bakal nak grade. Saya dgn MR AO still awkward to each other and jarang whatsapp. Kalau ada pun, Cuma hal penting je. Dah tak macam dulu.

Malam sebelum student uitm prgi ambil jubah saya lepak dengan housemate dan satu class dgn saya. Perempuan kalau dh lama tak berjumpa biasalah gossip lah kan. Mulalah spill the tea masing masing. Macam macam cerita kitaorang borak. saya dpt tau MR A ada hati dengan kawan serumah saya. Saya tak kisah dan saya memang dah takde perasaan dgn dia. Tiba tiba ada kawan saya bgtau MR AO ada confess yg dia ada suka dekat seseorang. Hancurnya hati saya time tue tapi saya cover. Girls classmate saya tak pernah tau saya dengan MR AO rapat. Tapi saya kuatkan hati. Saya jumpa MR AO waktu ambil jubah, saya senyum, dia siapa saya. Just say hi saja, lepas tu buat hal masing masing.

2018 saya dah kerja dan dah stabil sikit. Pertengahan tahun 2018, saya balik kampung, ayah saya bagitau ada kawan ayah saya datang nak meminang saya utk anaknya. MR M. Saya tak tau nak bg decision dkt ayah saya. Saya minta tangguh dan saya bgtau, kalau dia nak saya, tunggu sampai 2019 bru saya nak kahwin. MR M sanggup tunggu saya. Dia akan datang balik semula 2019 utk terus menikah dengan saya. Ayah dan mak ada bgtau diorang selalu doakan saya bertemu jodoh yg baik baik. Mak ayah saya rasa tenang and suka tgk MR M. Aduh serba salah saya dibuatnya. Lagi satu, keluarga MR M dengan keluarga saya tinggal dekat dekat jadi senanglah in future nanti jika kami berkahwin. Kahwin dgn org senegeri tak payah nak berebut balik raya kan. Saya pernah berjumpa dgn MR M tapi kami hanya bersua muka sahaja, kami tak pernah lg bercakap face to face even call. Saya serba salah sebab mak ayah saya Nampak MR M nie seorang yg rajin dan boleh jaga saya.

Saya still lagi teringatkan MR AO. Saya tak nak nanti saya dah kahwin dengan MR M tapi saya still ada perasaan dgn MR AO. Saya cuba buang perasaan itu, tapi makin menjadi jadi otak saya teringat dekat dya. Setiap hari mesti ada juga terselit nama dia dalam fikiran saya. Ramai kawan kawan saya advise berkenalan dulu dengan MR M, tapi saya takut, takut saya compare2 kan dia dgn MR AO, dan jadi tak ikhlas berkahwin dgn MR M. Saya takut saya tak bahagia dgn MR M. Saya juga takut kalau saya setuju terima MR M dan cancel majlis kami tengah jalan, lagilah family saya malu. Apa yang harus saya buat. Saya dah istikharah tp sy masih belum dpt jawapan.

Thank you lend me your eyes for read my story.

– HD

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *