Pinjaman yang seketika

Aku dari medical faculty bukan UIA. Esok aku ada exam, tapi rasa rindu buat ibu lebih kuat dari rasa bimbang akan esok hari. Hari ni genap 50 hari ibuku pergi. Hari-hariku berlalu begitu Sepi. Tiada lagi bebelan ibu yang sering menjadi dendangan ku setiap hari. Ibuku bertarung nyawa menghidap kanser usus di usia 40-an. Tiada lagi saat manis menemani ibu memasak di dapur, tiada lagi saat manis ibu teman aku beli jam, tiada lagi pertanyaan 'ibu masak ape hari ni?'. Baru aku tahu bagaimana rasanya sepi saat aku kehilangan berkat doa ibu buat selamanya.

Aku belajar berbekalkan wang tabung dan mengambil upah mengangkat barang perabot RM4.00 sekotak di kota metropolitan ini. Aku juga menjual makanan ringan di kolej yang berharga 50 sen. Walaupun pulangannya sedikit tetapi perlu untuk aku menampung pelajaranku.
Aku 4 beradik dan aku sulung. Aku akan berusaha untuk kerap pulang ke rumah bagi memantau keadaan adik ku di Kampung. Setelah ibu pergi adik bongsuku tinggal seorang diri di kampung.

Beberapa hari lepas ayahku menyatakan hasratnya untuk berkahwin lain. Aku sangat kecewa kerana pada trikh tersebut cukup 44 hari ibu pergi. Aku sangat sedih dan terkilan dengan keputusan ayah. Terbayang pelukan ibuku dan terbayang saat ibu bertarung dengan penyakit kansernya.

Kini aku hanya mampu menumpang kasih orang lain. Ibu sudah tiada. Ayah pula hanya memikirkan dirinya sahaja. Kini tanggungjawab adik2 aku tergalas di bahu aku. Sejak ibu pergi aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Alhamdulillah Allah sentiasa bantu aku. Aku dapat jawab dengan tenang. Aku mohon sahabat sedekahkan alfatihah buat ibuku. Doakan kami mampu menempuhi dugaan ini.

Anda kau masih punya ibu, hargailah sementara ada. Berbaktilah padanya selagi mampu tanpa syarat. Ketahuilah oleh mu aku sangat merindui Ibuku. Tiada lagi relationship goals, tiada lagi friendship goals, yang ada hanyalah doa semoga cepat berakhirnya dunia ini, aku ingin berjumpa ibuku.

– Kakak

CREATE A POST