Pity?

Masa dekat iium dlu nak cerita pasal sorang ni. Baik. Tapi xde sampai baik yang berusrah n ke surau tu. I mean baik yg baik dengan kawan2 lecturer blaja pandai hormat org tua xpernah ckp pasal org. Tapi dia ni misteri sikit. Tak pernah close up family dia or even ada pakwe x ke. Budaknya lawa jugak. Satu floor dngan aku. Masa mula2 kenal dia tu biasala sbb xkenal lg xde pape negative expectation la. Dah lama lama jadi baik tengh2 malam lapar pegi turun cari makanan skali semua. Mmg xtau kenapa ada apa ngan dia menyebabkan rasa nak baik ngan dia. Yg sekeliling ni pun mmg baik dengan dialah. Mungkin sebab dia ni org nak mintak tlg senang kot. Okay teruskan cerita.. Walaupun pernah g tidur bilik dia stay up ngan dia kira rapatla kan tapi dia x pernah cakap hal personal dia. Aku ni pernahla gaduh ngan pakwe (pakwe bkn iium kenal dr sekolah menengah) n cerita dekat dia. Dia ni good listener. N nasihat2 dia bagus jgk macam dia ni dah berpengalaman tahap dewa gtu dalam bab relationship apa ni. Tapi nasihat semua tu dia just nasihat tanpa dia cerita pun pengalaman dia ke, org2 yg involve ngan dia ke. Mmg licik betul xcerita langsung. Mmg umpan macam mana pun dia ni mmg always diam xkomen kalau kita nampak sgt nak tau dia punya history. Dia senyum je. Fuh fuh. Mmg perahsia n cekal sgt hati kan. Tapi aku syak dia org kaya sebab bole pakai up to date selalu dr zaman BB bold BB yg swipe tu ke zaman iphone 5s memang dia always up to date. Memang tup tup phone baru tup tup phone baru. Mcm tulah. Tapi xde pulak dia tu hidup macam mewah sangat membazir ke apa just benda2 dia ada tu up to date. Online banking shopping semua tu dia mmg dah kenal dulu la dr org lain. Mcm tu.

Okay nak dijadikan cerita satu hari tu pergi atm ngn dia. Taktau kenapa b4 ni xde pulak cuba2 nak baca baki dia berapa rm dalam bank tu. Then hari tu. Tak sengaja pulak pi tertengok baki dia. Ya ampun kalau jadi dia aku xbelajar dah. Duduk rumah goyang kaki habis hilang masalah. Baki dia aku ingat ada dalam 790,000++ kau tau la masa tu student yg dpt tajaan sikit2 pun xde lebih 2000 lam account. Tp silap jugak masa tu aku xtegur dia pasal baki tu. Kalau x xse misteri sgt sapa dia ni sbb lambat lepas tu baru findout slowly pasal dia. Dr hari tu mmg berhantu mata ni terbayang je baki akaun dia tu. Haha xdela cuma makin misteri lah jd dia d mata aku.

Okay then selama ni aku xambik tahu sgt dia keluar x weekend. Yg aku tau sebulan sekali dia akan balik kampung. So aku xambik tahu sgt sbb dia ada kereta semua lgpun dia xjawab soalan aku duduk mana asal mana semua. Aku syak dia asal sini2 je. Then 1 weekend ni dia xde kat bilik. Aku pulas pintu x berkunci. Tengok dalam bilik dia laptop sleep je. Aku pun xtau kenapa aku pergi bilik dia. Xberniat nak cari apa2 pun ntah saja je gatal nak masuk bilik org. Ah macam xbiasa masuk bilik dia kan. N xtau kenapa aku tertarik gila tengok laptop dia sleep je. Bila tekan enter laptop suruh masukkan password. Aku mmg xtau password dia. Tapi saja aku taip la tarikh lahir dia. Ha mmg xboleh. Takkan la dia bodoh nak letak tarikh lahir aku fikir haha.then saja la aku taip nama penuh dia tanpa binti. Tap. Log in. Ah mmg aku gelak kuat masa tu. Kenapa ntah aku gelak. Lucu kot? Sebab xsangka plak password dia senang sangat aku memain je tekan. Then terpampang dia punya fb message. Ada msg first yang aku baca macam bersayang2 camtu la. Gambar lelaki. Tak terbaca plak nama laki tu masa tu. Tapi yes. Haa aku syak ni dah pakwe dia. Pandai ea kau sembunyi dr aku aku kata lam hati. Aku klik profile laki tu. Terpampang la nama n profile laki tu. Tapi xbole blahnya tu lecturer aku!!! Dengan ada anak bini nak dpt cucu dah pun weh lecturer aku tu. Nak pengsan jap sebenarnya. X percaya. Aku bukak balik message. Ya aku tau aku invading org punya privacy n property tapi itulah curiousityyy. Argh masih lagi aku rasa x percaya.

Okay back to that fb moment. Aku scroll2 aku dapat la hadam beberapa topik macam topik 1: abang dah bank in duit bulan ni, t2: minggu ni nak pergi mana? T3: sesi luah perasaan lecturer aku tu berbaur seksual kata bini dia kuat merajuk la apala, t4: perbualan harian biasa. Dr pendapat aku diorg ni xcontact melalui whatsapp. Fb je. Maybe sbb takut bini si tua tu terbaca kut. Aku akui lecturer tu mmg gagah perkasa lg. Tua dah tapi tegap lg. Haih mcm mana la kawan aku boleh terperangkap cenggini. Aku sedih jugak time tu. N fikir sejak bilaaa. Argh kenapa xbole hidu. Like that. Sebab kitorg ada jugak amik kelas yg sama. Xsemua la. Tapi yg lecturer tu ajar kitorang 1 kelas. Tapi seingat aku lecturer ni neutral n baik je pada semua. Xfavour dia langsung dalam kelas. Dia ni pulak tanya soalan jugak lam kelas tapi x over pun masa lam kelas org tua tu. So licik so smooth.

Okay lepas haritu masing2 sibuk nak exam. Biasa aku oegi bilik dia nak study tapi aku jadi xboleh tengok muka dia tapi asyik terfikir pasal duit dia yg banyak n lecturer aku tu. Duit lecturer aku tu ke afaupun dia yg kaya. Aku mula terfikir dia ni mmg kaki jantan senyap2 mungkin ada 2 3 sugar daddy kut fikirku. Okay then masa study week tu aku study sorang2 since rasa xboleh mengadap dia. Dia pun diam macam tu lah. Dia just tanya setakat mana dah aku study macam tu je. Okaylah kalau dia xmai dekat2. Rasa macam malas nk tgk muka dia. Macam2 dh kan aku negative pasal dia ni. 180 degree berubah tanggapan pasal dia ni.

Okay then 1 hari dia keluar. Aku sewa kereta. Ikut dia. Dia pegi hospital. Hosp private. Aku ikut lg. Dia naik tingkat pesakit mental. Aku cuak dh. Tapi takpe aku ikut lg. Masa dia kat kaunter ni aku tunggu dia pegi bilik mana dia nak pegi. Aku ikut. Tgk dia masuk n aku tengok slow2 dr luar. Tengok dia bcakap ngan org tua perempuan tu. Dia bawak makanan semualah. Ya Allah lg la misteri dia ni. Mmg xtau nak start dr mana siasat pasal dia ni. Then aku turun tggu lam kereta kat bawah. Lama gak nak tggu dia turun n masuk kereta. Then aku terus ikut dia. Jarak lam 2 kereta antara kitorg la. Okay fine. Dia jumpa lecturer aku tu. Masa tu kat midvalley. Diorang mmg macam ayah ngan anak. Benci sebenarnya. Okay diorang masuk sushi king. Mmg dia x perasan kut aku. Sebab seat ngn sushi king ni dia petak2 camtu kan. Aku duduk betul2 belakang dia. Dia n lecturer aku tu duduk menyebelah. Okay aku geli geleman sushi ni jd aku order benda sup2 tu la demi nak dgr perbualan dia. Okay. Dr perbualan tu aku tau yg td tu mak dia. N xde mention langsung pasal keluarga lain. Ye sangat misteri pg bg aku. Ya Allah aku rasa nak pitam sebab xsangka. Nangis jugak aku sikit time tu. N aku dapat tau kampung dia subang je. Rumah la i mean. Okay. Tu je yg aku nak tau.

Balik tu aku bukak fb aku scroll2 profile dia. Cari kawan2 dia. Malangnya dia friend ada 5000. Xtau friend mana2 dah. Aku pun xtau nak tuju. Dia sekolah mana dlu semua. Tapi lepas 3 4 hari aku duk belek fb dia aku ada jumpa 1 profile ni yg tanya dia pasal mak endon. Dia kata mcm tu lah. Tu je. Aku syak mak endon tu mak dia. So aku bkk fb kawan dia yg komen tu n siasat2 rasa nak pergi fanga sendiri siapa kawan aku ni sebenarnya. Apa sejarah hidup dia. Aku x pm direct budak tu. Aku amik no fon dia. Call. Kata nk jumpa. Budak laki muka dlm 20 macam tu lah. Aku kata kat dia aku adahal nk ckp pasal kawan aku ni. N aku mintak rahsiakan la budak tu kata okay. So kitorg plan nk jumpa kat kafe luar iium ni je.

Okay now. Lepas jumpa budak tu nama hairi n dia tu baru tau yg dia tua dari aku. Dah 29. Dia tu anak kepada pekerja late father kawan aku ni. Ya. Mak dia je ada. Ayah dia dah xde.Dia ada sorang adik yang masih duduk asrama d kajang. Lelaki. Dia mmg kaya jugak. Sebab ayah dia tggl harta banyak jugak. Aku dapat tau yang hairi ni ckp yg sebenarnya dia dah nasihatkan kawan aku ni pasla.lecturer aku tu. Dia kata. Xde apa yang dia boleh buat sebab kawan aku tu bergantung harap pada lecturer aku tu. Aku tanya kuat jugak kenapaaaa kat kedai makan tu. Rasa frust. Barulah hairi cerita yg lecturer aku tu dulu cikgu sekolah rendah. Mengajar kawan aku tu. Masa ayah kawan aku tu meninggal dia yg jaga kawan aku bila mak dia xleh tahan hidup tanpa ayah dia jd xberapa betul n x tentu arah. Lecturer aku tu jaga kawan aku ni tapi silapnya dia ambik kesempatan atas kawan aku ni masadia dah tingkatan tiga. Hairi kata tu yang dia tahu la. Sejak tu kawan aku ni bergantung harap pada dia n xcari boyfriend sebab dah x suci. Dia anggap xde orang nakkan dia melainkan org tua tu. Sebab org tua tu yg rosakkan dia. Cuma diorang xkawin sebab bini org tua tu still ada. Bini lecturer aku tu tahu xtahu mcm tu. Dia tahu yg laki dia jaga kawan aku tapi dia anggap anak je. Macam tu. Tapi realitinya bukan. Dan weekend diorang pergi bermalam mana2 bersama!! Aku taktau dia pikir x halal haram sebab dia solat rajin n kejutkan aku subuh lagi. Taktau silap kat mana. N lecturer aku tu seolah bg nafkah n keperluan kat dia. Zahir n batin. Aku nak termuntah bila fikir aku duk makan pizza dia belanja ngan duit orang tua tu. Yes i am a paranoia. Padahal duit kawan aku je pun. Cuma bila jd macam ni nak termuntah.

Aku taktau nak rasa kesian ke apa. N sekarang kitorg dah habis n dah kerja n still contact tapi aku buat taktau je benda ni. Cukup aku sorang yang tahu.

Pity her? Or not?

– Heena

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *