Untuk part I, (https://iiumc.com/planning-isteri-dan-suami/).
Assalamualaikum… Kak Sya is back. Maaf ye akak buat confession sekali lagi untuk terangkan sikit kekeliruan warga iium. Dan terima kasih yang tak terhingga kepada yang mendoakan akak. Semoga seluruh warga iium khasnya dan warga malaysia amnya dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
Akak confess kat sini bukan untuk berbangga tapi akak nak kita sebagai wanita aka isteri jadikan dugaan tu sebagai penguat untuk berjuang.
Tak salah bersedih dengan dugaan tapi nak terus meratap atau bangkit berjuang. Yang penting cari ilmu, pasang impian dan cuba jadikan kenyataan. Bukan jugak untuk jaja sisi gelap suami tapi kalau tak cerita macam mana nak jelaskan sebab akak buat semua ni.
Maaf ye. Tiada terdetik sikit pun dalam hati untuk menidakkan rezeki yang akak dapt ni adalah dari suami. Sebab akak tahu tanpa suami siapa la akak. Tapi asbab sikap suami yang buat akak ligat berfikir masa depan sendiri dan anak².
Jika anda berada ditempat akak. Apa anda rasa jika anda ajukan soalan spontan kat suami macam ni “inshaa Allah kalau panjang umur dan ada rezeki kalau dapat duit kwsp nak buat apa ye. Kot² kita boleh gi melancong berdua”.
Dan jawapan suami “aik. Tu duit aku. Suka aku la nak wat apa. Kalau dapat cari bini baru ok gak”. Rasanya anda nak senyum je ke. Demi Allah masa tu dalam hati ” ya Allah belum apa² lagi dah ada niat.”
Masa susah ngan kita. Belum senang lagi dah ada niat lain.
Mungkin suami hanya bergurau tapi sudah cukup untuk akak sedar dimana tempat akak. Tapi dalam terasa hati tu akak sentiasa doakn semoga suami sentiasa dilindungi Allah. Tak pernah pun niatkan yang buruk untuk suami.
Ok. Sekarang tentang refinance rumah. Tempoh loan tu berbaki 20 tahun lagi sebab dulu dapat tenure 30 tahun. Dan baki loan dalam 80k++. Refinance dapat cash 200k sebab market value dalam 350k. Dalam loan 90% dari harga rumah sebab ni kan rumah pertama.
Lepas refinance tenure jadi 25 tahun dan monthly RM1700. Maknanya hanya bertambah 5 tahun dari yang asal. Tak de nyer dulu tenure 30 tahun pastu refinance dapat balik 30 tahun. Dia akan tolak dengan umur buyer. RM1700 tu dah masuk semua fee dan mrtt. Hanya valuer je yang kena bayar cash.
Sebenarnya ramai yang berkongsi ilmu percuma di media sosial. Tinggal kita fahamkan dan olah ikut kemampuan kita. Sebab setiap kita tahap kewangan dan kemampuan kita berbeza. Begitu jugak tentang income protection. Ramai yang promosi income protection @ takaful.
Satu akak nak ingatkan kalau nak ambik takaful @ income protection tolong lah jangan hanya tengok benefit. Tapi tengok sama monthly tu kita mampu @ tidak.
Apa guna jika benefit sampai 500k tapi lapse @ tak mampu akhirnya. Tak salah ambik benefit yang tak sampai 100k tapi kita mampu teruskan. Adalah kan dari tak ada langsung.
Loan dulu monthly dalam RM550 dan lepas refinance monthly jadi RM1700. Bayaran akak pecah 3= RM550 (rumah yang kami duduk. Ni suami yang bayar + RM750 (ni dari hasil rumah sewa ke 2) + RM650 (hasil rumah sewa ke 3) = EM1950. Dapat la lebihan dalam RM250. Ni la yang buat main kutu.
Area rumah ni bukan hujung tanjung ye. Dalam selangor dan boleh kira dekat dengan segala fasaliti awam… tak sampai 30 minit pun. Cuma kurang popular bagi yang impikan rumah have². Sesuai la untuk golongan b40 macam akak ni.
Syukur alhamdulillah semasa akak cari rumah ni dapat owner yang ok. Lagipun akak beli cash jadi dapat nego. Rumah kedua RM95k termasuk lawyer fee. Rumah ke 3 RM75k termasuk lawyer fee. Rumah ni bukan studio tapi apartment.
Ni tentang gaji. Ye basic suami memang RM2500 tapi jika ot boleh la dapat dalam 4k. Sebab tu akak minta suami apply masa ada ot. Kalau tak mau gelak banker tengok payslip. Lagipun kami memang tak ada commitment lain.
Macam mana suami setuju untuk buat refinance. Ok. Akak gitau suami value rumah dah naik boleh kot buat refinance. Kalau lulus plan nak beli rumah. Mula² tu suami memang tak setuju sebab 1 -dia tak nak tambah commitment. Ke2 – dia tak dapat apa².
Jadi akak terangkan commitment dia tak bertambah. Hanya bayar rumah macam biasa. Dan dia akan dapat cash lebihan dari belian rumah tu. Tentang susun domunentasi untuk refinance& pembelian rumah tu akak yang buat.
Ot memang macam chips more. Now u see. Now u don’t. Time u see la yang akak minta nafkah tapi dapat kutbah. Mentang² akak tak gi solat jumaat. Tapi time u don’t tu akak jugak yang cover kalau tak cukup.
Kan akak gitau ada emergency saving aka emas tapi tak sampai ler ratus gram. Haul untuk zakat pun tak lepas. Takkala now u don’t tu la emas bertukar jadi sekeping kertas. Nak tukar kertas ke asal akak kena tunggu turn kutu. Jadi sekarang siapa yang tak reti bersyukur.
Ada masa nak sambung rotex tapi suami tak cukup budget. Akak dengan rela p tukar lagi emas jadi kertas dan bagi kat suami. End up bila suami dapat duit lebih dan akak ingatkan tentang duit rotex tu. Suami cakap akak pun naik jugak kereta tu.
Ya Allah. Akak isteri yang kufur ke. Akak slow² cari budget untuk tukar kertas tu. (tapi ada jugak kertas tu tak tertukar langsung huhuhu). Dalam masa yang sama akak redha serta pujuk hati niatkan nak tolong suami. Dan alhamdulillah Allah mudahkan.
Akak mula menyimpan emas sejak sebelum kahwin. Adalah sikit untuk backup masa sesak. Dulu zaman 90an harga emas untuk 30 gram tak sampai pun 2k. Malah siap boleh bayar ansur. Dah full payment baru boleh ambik.
Masa ni la dapat gaji akak asingkan sikit untuk bayar ansuran tu. Kadang tu makan tahun jugak la nak full payment. Ni zaman single lagi. Lagipun duduk kampung. Nak joli mana sangat.
Tak ada redha suami. Eemm. Sebelum buat semua ni akak dah terangkan kat suami dan jawapannya boleh tapi dia hanya nak bayar monthly rumah yang kami duduk ni. Maknanya hanya nak bayar RM550. Jadi akak jelas kan bayaran lebihan tu kan hasil sewa. Jadi tak usik pun duit gaji dia.
Lagi satu sebab suami benarkan letak nama akak sorang ialah akak bagi tau jika sesuatu jadi kat dia segala harta atas nama dia akan di faraidkan…
(Ni akak tegaskan sekali lagi. Tak penah terlintas langsung dalam hati untuk niatkan yang buruk² tentang suami. Setiap hari akak doakan kesejahteraan suami. Aamiin)… Sekurang²nya jika hanya nama akak dah tak termasuk faraid. Cukup la rumah pertama dan kwsp dia difaraidkan.
Ni suami boleh terima sebab dia je yang tahu family dia macam mana. Maaf akak tak dapat nak cerita tentang ni. Kang panjang lak. Ni kalau nak tahu tentang faraid , hibah & wasiat boleh follow Irda Rina, Ahmad Termizi & Hanaffi Idris.
Owh. Rumah akak simple je. Tak ada siaran berbayar(mytv free je). Tak ada penapis berjenama. Tak ada line internet. Guna top up je. Time ada duit beli data. Tak ada kredit duk diam². Tak ada perabot mewah tapi kalau tetamu datang taklah sampai bersila kat lantai. Hanya ada yang asas je.
Bukan tak teringin tapi akak bagi excuse pada diri sendiri konon anak² kecik lagi…tunggu anak besar baru nak full furnished rumah. (hahaha ni nak pujuk hati yang teringin sebenarnya).
Akak hargai penat lelah suami menyara kami selama ni. Akak jugak tahu tiada manusia yang sempurna…ada sisi baik suami dan ada sisi gelap. Jadi kita jadikan semua tu sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Jangan mengalah. Teruskan berjuang. Kalau bukan untuk diri sendiri bangkitlah demi anak². Impian akak nak ada 1 anak 1 rumah( tingginya angan² kau jah tapi berangan tu percuma kan….)
Maaf sekali lagi jika ayat tunggang langgang @ spelling salah. Faham² kome ler. Akak periksa tak abis.
Nak reward diri sendiri. Pandai² la cari budget sendiri. Kerajaan pusat tak luluskan. Huhuhu.
– Kak Sya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit