Planning Isteri Dan Suami

Assalamualaikum warga iiumc. Maaf saya bukan bekas @ warga mana² uni. Walaupun dahulu pernah menjadi impian untuk berada didalamnya. Maaf jugak jika ayat tunggang langgang.

Saya Kak Sya, dalam pertengahan 40an. Surirumah sepenuh masa. Akak telah berkahwin 16 tahun dan anak 5 orang.

Sebenarnya dah lama akak makan hati dengan perangai suami. Dia seorang yang berkira dan panas baran. Silap je siap kena maki hamun. Kadang bila suami pergi kerja saya harap dia balik lambat sebab saya jadi serba tak kena jika dia ada dirumah.

Hanya anak² yang buat akak terus bertahan. Anak² masih kecil. Kesian mereka yang akan terkesan jika akak pilih untuk menyerah. Yang sulung 15tahun dan bongsu 7tahun.

Tapi satu perangai suami yang jadi kelebihan untuk saya adalah suami tak ambik kisah sangat segala dokumentasi. Saya ada ambil kan income protection untuk suami dan bayaran melalui potongan gaji serta saya penama hibah.

Suami tak banyak tanya sebab potongan tu tak sampai pun RM50. Walaupun benefits tak banyak tapi adalah untuk perlindungan.

Kami dari golongan b40. Basic suami dalam RM2500. Duduk pulak di bandar besar. Memang perit la. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan kami untuk memiliki rumah sendiri. Tu pun atas usaha akak sorang. Dari a-z memang akak yang uruskan. Suami hanya turunkan tandatangan je sebab rumah tu atas nama dia sorang.

Dari segi makan minum memang suami tak culas. Tapi suami cukup berkira tentang hal lain. Contoh jika suami dapat bonus,dia tak pernah berkongsi dengan kami. Bagi dia tu hak dia sebab dia yang kerja. Ni siap pakej kena maki kalau minta @ tanya.

Sama jugak jika bulan tu suami dapat gaji lebih sebab dia buat ot. Maknanya duit ot hak dia sorang. Dia hanya akan bagi keperluan asas je. Etc duit rumah, duit sekolah & bas anak serta duit dapur RM500 sebulan. Maknanya duit nafkah saya bukan keperluan. Saya faham jika ot tak ada memang cukup² paras hidung je.

Masa ni saya memang tak harapkan duit nafkah sebab keperluan asas tu pn tak berapa nak cukup.Tapi bila ada ot baru saya minta duit nafkah tapi jawapan tu menyakitkan hati. Tu duit dia. Saya tak ada hak nak minta. Dan saya jugak tak boleh tegur @ larang aktiviti dia.

Setiap 3 bulan sekali suami ada aktiviti hiking,camping @ memancing ngan kawan² dia. Ok tu saya boleh terima. Tapi jika saya nak keluar @ minta me time memang suami tak pernah bagi. Bagi suami isteri tempatnya hanya di rumah. Full stop.

Tiga tahun lepas saya ada follow beberapa orang tentang hartanah. Antaranya Ija Syariza, Dr Azizul Azli & Adlina mn. Saya sangat terkesan penulisan Ija Syariza yang sentiasa ingatkan wanita terutama isteri untuk buat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Dr Azizul Azli pulak dengan cara penyampaian yang bersahaja tapi boleh buat kita sentap. Tentang Adlina mn kita boleh tengok anak melayu kita yang ikhlas dalam berkongsi ilmu.

Ok berbalik tentang rumah tadi… saya dapat tahu market value rumah kami telah naik dari 100k ke 350k. Jadi saya minta suami untuk buat refinance rumah sementara ot tengah ada. Jadi senang sikit bank nak luluskan loan. Lagipun kami tak ada commitment lain. Hanya rumah yang kami duduk sekarang.

Dan alhamdulillah proses lancar dan lulus, dapat la duit cash dalam 200k. Yang ni saya memang dah tegaskan kat suami dapat je duit tu kena beli rumah 2 biji cash. Nanti ada balance baru boleh guna.

Walaupun pada mula² suami tak setuju tapi saya tegaskan jika payment ada masalah pandai² la dia sattle. Saya tak kan masuk campur kalau dia tak ikut apa yang saya plan.

Akhirnya suami mengalah. Proses pembelian rumah ke2 & ke3 alhamdulillah Allah mudahkan. Dapat rumah yang dah ada penyewa, jadi hanya sambung sewa je.

Di sebabkan suami yang agak berkira. Saya telah letakkan nama saya sorang dalam geran dua² rumah tu. Bukan tamak tapi ni je cara saya untuk persediaan dimasa hadapan untuk saya dan anak². Dan seperti yang saya jangka. Lebihan duit rumah tu dalam 30k suami sorang pulun. Langsung tak hulur kat kami.

Walaupun terasa kecik hati tapi saya diamkan je. Janji plan saya dah tercapai. Suami bab² macam ni dia tak ambik tahu sangat. Yang dia tahu duit yang ada dia punya.

Refinance & pembelian rumah tu 2 tahun lepas. Hasil sewa tu lepas tolak loan lebihan tu saya main kutu ngan kawan². Setiap kali dapat duit kutu saya akan beli emas sebagai emergency saving.

Hidup kami memang tak mewah macam orang lain. Iye la b40 nak mewah mana. Tapi saya usaha untuk anak²…

Sampai sekarang kami masih guna van second yang kami beli cash dengan harga 3k. Inshaa Allah jika ada rezeki lebih nak jugak upgrade kereta yang lebih selesa untuk anak². Kadang terdetik dalam hati walaupun suami ada sisi gelap dia tapi dalam masa yang sama Allah mudahkan urusan yang saya plan.

Kita usaha & doa serta tawakkal. Inshaa Allah jika rezeki kita Allah akan mudahkan.

Dan sebagai wanita dan isteri sentiasa ingat suami tu hanya pinjaman dari Allah. Kita kena usahakan sesuatu sebagai backup kita & anak².

– Kak Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *