Jom Baca Surah Al-Mulk

Dengan izin Allah, aku cuba kongsi cara cara konsisten membaca surah AL-MULK setiap hari.

Seperti yang kita ketahui Surah AL-MULK ada 30 ayat, dan merupakan perlindung dan penjaga kita di alam barzakh (dalam kubur) sekiranya kita amalkan setiap hari.

’30 ayat setiap hari? Weh tak mampu aku, baca 1 helai sehari pun celup celup nini apa ntah lagi 2 muka surat setengah’ itulah yang aku bermain difikiran aku dahulu.

Namun aku berjaya, tapi aku mengaku kadang kadang terbabas juga.

1) Baca sewaktu lapang.

– Ditakdirkan aku jumpa ustazah nie, ustazah aku cakap, kalau nak baca surah al-mulk tak perlu tunggu malam, baca je bila ada waktu lapang. Tak semestinya tunggu malam. Sebab dulu aku faham ‘harus baca sebelum tidur sahaja’.

2) Letak target.

Macam aku mula mula, aku target nak cuba baca 1 bulan setiap hari, hari hari aku doa supaya aku rajin nak baca, maklumlah aku kan pemalas. Jadi target permulaan aku cuma 1 bulan.

3) Baca walaupun sepotong ayat.

Macam aku, aku kategori, budak baru belajar, yang baca gagap, jadi pada mulanya agak sukar untuk aku baca 30 ayat habis terus,berbelit lidah.

Masa aku malas, aku cakap dekat diri sendiri ‘okey hari nie, malas, kita baca ayat pertama je lah, asal kan penuhi target setiap hari’.Tapi sebenarnya bila dah mula baca akan rasa janggal nak tinggal yang lain mesti nak habiskan juga sekurang kurang 1 muka surat.

4) Bahagikan potongan ayat.

Aku kalau malas atau sibuk, aku akan bahagikan 30 ayat kepada 10,10,10. Jadi bangun tidur baca 10 ayat pertama lepas subuh, lepas zohor 10, lepas magrib atau isyak 10. Then dah habis. Lagi senang kalau korang Download aplikasi quran dalam telefon, boleh baca bila bila.

5) Pasang YouTube.

Ini kalau malas aku tak boleh bawa bincang, aku buka youtube pasang surah AL-MULK, kalau aku lebih gemar baca MUZAMMIL HASBALLAH , sebab bacaan dia terang dan jelas. Dalam pada masa yang secara tak langsung mulut akan ikut baca juga. Lagi bagus kalau Downlond terus.

Mungkin lah ada orang akan cakap, 30 ayat. 1 hari pun susah ke? Ye ia amat sukar bagi saya, pada mulanya bayangkan 30 ayat saya ambil masa 30-50 minit untuk habiskan, sekarang saya dah baca lancar dah, sekejap sahaja selesai.

Jadi jom kawan kawan baca quran, tak mudah namun tak susah. Semoga mafaat ye, dan doakan saya.

Kalau boleh amalkan juga AR-RAHMAN, AL-WAQIAH.

– Mochi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *