Plantar Fascitiis

Assalamualaikum.. Aku Bulan. Tengok tajuk confession aku tu, macam bijak betul bunyi dia kan. Tapi confession kali ni memang serius dan berbaur ilmiah.

By the way, lama dulu aku pernah confess fasal Kerana Reunion, (https://iiumc.com/kerana-reunion/).

Aku nak confess fasal pengalaman aku kena plantar fasciitis tapi aku nak ambil kesempatan kat sini untuk jawab persoalan orang ramai pada confession Kerana Reunion 2, (https://iiumc.com/kerana-reunion-ii/).

Macam mana Aliyah authentic mesej aku? Kali pertama dia Whatsapp aku. Kali kedua dia mesej kat FB. Time tu aku deactivate semua social media aku kecuali FB.

Macam mana dia jumpa FB aku jangan tanya aku. Aku dah block FB laki tagune dia awal-awal.

Macam aku cakap, aku tak boleh tak ada FB. Aku sebagai surirumah yang tak ada rakan gosip pejabat kena tahu perkembangan semasa.

Tambah-tambah gosip bahagia macam Bella Astilah dan Syed Sadiq. Tempias bahagia dia sampai kat aku.

Ok.. kembali kepada tujuan asal. Sebelum ni, setahun juga aku sakit tumit. Aku dah terfikir, tua sangat dah ke aku sampai sakit tumit.

Sakit tu mencucuk tau. Terutama kalau bangun pagi. Pijak je lantai, rasa macam kena renjatan letrik.

Sakit tu, macam sakit terpijak lego. Yang pernah pijak lego je tau sakit dia camne. Macam sikit lagi nak pindah ke alam lain.

Tapi sakit aku ni berlarutan lama. Ibarat celik je mata, kau mula meniti di atas lautan lego sepanjang kehidupan. Gitulah.

Akhirnya, sebab dah tak tahan sangat aku tebalkan muka pergi klinik. Malu kut. Muda remaja dah sakit tumit.

Aku rasa aku muda lagi sebab anak jiran aku yang sebaya anak sulung aku panggil aku kakak. Puas dah aku betulkan suruh panggil aku acik.

Husband aku dengki cakap budak tu saja nak ambik hati aku sebab kadang tu parents dia ada urusan dan budak tu tumpang rumah aku kejap.

Sampai klinik, aku tunjuk kat doktor part mana yang sakit. Doktor suggest untuk aku buat xray. Sebagai pesakit yang baik, aku patuh je la.

Hasil xray nampak otot dekat tumit aku bengkak. Doktor kata otot tu radang. Maybe sebab berdiri lama, banyak berjalan, banyak turun naik tangga dan faktor berat badan.

Aku akuilah semua tu. Aku surirumah kan. Masak berdiri, sidai baju berdiri, kemas rumah berdiri, basuh pinggan berdiri.

Doktor suggest aku banyakkan duduk dan baring. Haih… mustahil untuk aku buat kerja rumah baring kan. Nikmat betul kalau boleh.

Aku dah berjaya racun suami aku beli robotic vacuum. Doakan aku berjaya racun suami aku beli dryer dan dishwasher pulak. Mana tahu ada doa sesiapa mustajab kan…

Lepas tu doktor bagi aku ubat tahan sakit, ubat sapu dan ubat untuk radang otot. Doktor kata kalau lepas sebulan masih tak ok, doktor suruh refer klinik balik.

Malangnya, kurang dari sebulan aku dah sakit balik dan kesakitan tu berganda. Aku jalan tu sampai terhencut-hencut.

Pernah sekali anak aku tengok tv Animal Planet, ada penguin beramai-ramai berjalan atas ais. Anak aku cakap, “Ibu, dia jalan macam ibu.”

Masa tu aku cuma mampu beristighfar dalam hati. Aku anggap je lah tu pujian. Penguin kan comel? Kan.. kan…

Satu hari mak kepada kawan anak aku mesej aku tanya betul ke aku patah kaki. Sejak tu, aku tau budak-budak tadika pun pandai bergosip. Bahaya betul. Patah kaki terus aku dikatanya.

Akhirnya, tak sampai sebulan aku dah serah diri balik dekat klinik yang sama. Dah tak tahan, sakit sangat.

Baik aku dapatkan rawatan sementara anak aku cakap aku jalan macam penguin sebelum nanti dia tukar cakap aku jalan macam benda lain.

Doktor sahkan memang aku kena plantar fascitiis. Sebab ubat tu semua tak berkesan pada aku, doktor suggest untuk aku dapatkan suntikan steroid.

Suntikan tu doktor tu tak boleh buat. Kena refer doktor lain yang lebih pakar. Dan kebetulan doktor tu ada on duty kat klinik tu hari tu.

Sebagai manusia yang acah berani tapi sebenarnya takut jarum, aku cakap kat doktor aku nak tengok dulu perkembangan tumit aku macam mana. Maybe nanti ok cuma ambil masa.

Doktor tu macam tahu taktik aku. Dia pun tanya, lutut aku ok tak. Aku bagitau lutut aku start sakit tapi belah kanan. Yang tumit aku sakit tu belah kiri.

Doktor tu kata, sakit lutut tu effect dari sakit tumit kiri aku tu. Bila sakit, aku tak mampu nak berjalan dengan betul.

Posisi aku akan lebihkan pressure sebelah kanan sebab kiri sakit. Sebab tu lutut kanan aku pulak sakit.

Worst case, doktor tu cerita dia pernah ada pesakit yang sampai kena slip disc sebab bila tumit sakit, semua tu melibatkan postur.

Terus aku rasa risau dan aku setuju la dapatkan suntikan steroid daripada doktor tu.

Masa aku masuk bilik doktor pakar tu, dia tengok xray kaki aku. Dan doktor pakar tu pun sahkan, aku kena plantar fasciitis.

Dia suruh aku baring dekat katil pesakit. Get ready untuk bius dan injection.

Aku kena mengiring ke kiri. Doktor tu ukur apa entah kat kaki aku. Macam senang je aku tengok dia ukur guna pembaris, lepas tu dia tanda x dekat satu part tepi tumit aku.

Dia cuci dulu area tu dan lepas tu cucuk bius. Nama je bius, tapi sakit la jugak sebab area tu tulang kan. Lepas tu, dia cucuk masukkan ubat.

Tak sesakit masa bius maybe sebab ubat bius tu la. Kalau tak bius maybe lagi sakit sebab jarum tu masuk agak dalam juga. Masa yang sama rasa cecair ubat tu masuk dalam otot kat tumit aku. Pedih sikit.

Lepas siap cucuk steroid, doktor cuci lagi sekali area cucuk tu. Dia balut dan suruh aku pantau kalau bleeding. Kalau berlaku pendarahan, dia suruh aku refer balik.

Aku ingat benda tu macam remeh je sebab cucuk tu halus je. Sampailah aku tahu memang ada kes bleeding yang tahap macam tumpah darah. Serius rupanya sakit aku ni.

Jadi, aku berkongsi ni untuk bagi kesedaran dan sedikit tips.

1. Sakit tumit jangan ambil ringan. Boleh jadi memudaratkan dan beri kesan kepada struktur tulang yang lain.

2. Dapatkan rawatan awal sebelum jadi lagi teruk.

3. Kalau nak dapatkan suntikan tu, elok kalau orang hantar atau naik Grab. Kes aku ni, syukur inject sebelah kiri.

Kalau kanan aku tak tahu macam mana aku nak drive balik sebab kaki rasa kebas. Bahaya nak memandu.

Ye, kereta merah aku tu kereta auto je, walaupun sesekali aku drive feeling Schumacher.

Last aku bawa kereta manual masa ambil lesen dulu. Tu pun JPJ sound aku suruh beli kereta auto. Maybe sebab aku teruk sangat part gear dan clutch tu.

4. Elakkan bekerja berdiri atau berjalan terlalu lama. Kalau terpaksa, pakai kasut yang bertapak lembut. Tak semua kasut selipar tebal-tebal yang ada dekat pasaran tu lembut.

5. Part kasut selain lembut, cari yang ada lengkung bahagian tengah tapak kaki tu. Jangan pakai selipar/kasut yang tapak flat. Kasut macam tu tak support otot tumit.

Pernah dengar kalau nak masuk badan uniform, ada flat feet test. Rupanya ni tujuan dia. orang yang tapak kaki flat ni mudah kena sakit belakang.

6. Turunkan berat badan jika berat badan berlebihan. Yang ni payah betul untuk aku. Anak-anak aku kadang makan tak habis.

Aku tak nak membazir. Aku yang habiskan. Sudahnya aku yang jadi macam doh terlajak yis.

Jadi faham-fahamlah kenapa aku letak nama aku ni Bulan. Bukan sebab aku bersinar bak bulan purnama.

Tu je lah tips dari aku. Sesiapa yang ada pengalaman kena plantar fascitiis ni bolehlah share juga. Boleh jadi panduan untuk aku yang tengah dalam proses ‘healing’ ni.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *