Assalammualaikum. Thank you sebab publishkan post ni (kalau la). So aku tengah tulis post ni pukul 2 pagi so sorry kalau ayat macam tunggang langgang. Ni kisah pasal pergaduhan antara adik beradik mak aku sebab ayah mereka berhasrat ingin berkahwin lain selepas menduda selama 2 tahun. So, mak aku ada 5 adik, 6 termasuk dia. Mak aku anak sulung, diikuti dengan 3 adik perempuan, 1 adik lelaki and 1 lagi adik perempuan. Between mereka, mak aku dgn adik no 4, mak de aku, setuju. Yang lain tak setuju and membantah habis-habisan, kecuali adik no 2, mak ngah aku yang tak setuju tapi tak membantah. Basically, masa Ramadhan hari tu, mereka berperang kat Whatsapp and on call je. Tapi, masa malam raya pertama, first time mereka bersemuka, 2 org adik perempuan, yang ke 3 dan yang last datang ke rumah atok aku, serang atok aku suruh jangan kahwin apa semua and then mereka ambil barang-barang kepunyaan arwah opah aku dan menyatakan hasrat untuk putuskan hubungan dengan ayah mereka dan adik beradik yang lain.
Honestly, aku tak nak cerita apa benda lagi yang mereka buat or cakap pada atok aku, mak aku dan bakal isteri atok aku tu. Aku just nak cakap, please jangan buat benda yang akan sakitkan hati ibu bapa kau. Please. Bayangkan seorang ayah yang jaga 6 orang anak ni, since dia umur 26 tahun, selepas 51 tahun (umur mak aku) dapat tahu yang anak-anak dia sanggup tikam hati dia dari depan, sambil pandang mata dia and then pusing pisau tu habis-habis, suruh anak-anak mereka, cucu-cucu dia untuk tikam dari belakang jugak. Korang rasa kalau dia tahu, dia lahirkan tak? Dia jaga tak? Dia sayang tak? Kalau korang?
Atok aku akan still sayang. Sebab dia tahu tu anak dia. Isteri dia yang mengandungkan, isteri dia yang lahirkan. Dia still akan sayang, no matter what. Sebab mereka darah daging dia. Dan atok aku ni jugak seorang yang lembut, tak suka bergaduh dan kelemahan dia is anak-anak dia sendiri. Tapi kenapa? Kenapa anak, menantu dan cucu dia sanggup buat macam ni kat dia?
Aku cucu sulung dia, daripada beberapa puluh orang sepupu. Aku anak sulung macam mak aku. Aku pun perempuan. Aku tahu apa rasa kalau adik-adik kurang ajar dengan aku. Tapi aku takkan tahu perasaan seorang ibu atau bapa yang ditinggalkan oleh anak, dan aku doa mintak aku tak nak tahu pun perasaan dia macam mana. Tapi aku still bersyukur yang aku belajar benda ni ikut experience, sebab ni je pengajaran yang aku perlukan untuk aku terus sayang and hormat parents aku, alhamdulillah sangat-sangat. Please jangan buat pun this situation. Ayah aku cakap takda benda yang tak boleh dibincangkan antara adik beradik, so please jangan.
Benda ni memang dah berlarutan lama sangat, paling dramatik 5 hari raya ni since raya pertama. Aku harap benda ni akan selesai bila atok aku nikah dengan bakal isteri dia Ahad ni. Aku harap mak aku boleh senang hati yang ada orang akan boleh teman atok aku sampai akhir hayat dia. At least, before dia meninggal, dia happy. Tu je kitorang mintak. Please doakan atok dan adik beradik mak aku dipanjangkan umur so that mereka sempat jumpa and mintak ampun sebelum terlambat, sebab bukannya confirm atok aku yang pergi dulu, kan? Please doakan semua berjalan lancar Ahad ni. Amin.
– Cucu Atok
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Stress baca. Sedih sangat dok bayang atok. Yg si anak tu, yg sanggup tikam hati si ayah hanya sebab ayah nak kawen lain, dia mampu jamin ke kalau wife/husband dia mati, dia takkan kawen lain? Dok halang2 orang, dia tau ke rasa ayah dia camana hidup sorang dihari tua takde yg teman. Dia ada duduk ke temankan ayah habiskan sisa2 tua? Kalau dia sanggup duduk teman ayah, jaga ayah 24/7, bolehla nak halang lebih2. Orang tua ni nak kawen lain ingat nak puaskan nafsu je ke? Diorang sunyi. Anak2 ada family sendiri. Diorang pun nak juga ada yang teman. Ada yang bawa cerita2. Ada teman makan. Ko balik seminggu sekali lawat ayah ko pun lom tentu. Kasihan ayah.
betul3
Setuju.
Ini mesti pasal takut harta lari ke bini muda. Mintak lah atok awak tu bahagi harta siap2, harap semua ok lepas tu
Yg duk halang tu tlg jaga tak atok tu mase sakit? Tolong masak tak mase atok lapar? Ade kt rumah atok 24 jam ke setiap kali raya? Sy tahu perasaan tu sebab sy pun ade atok yg duk sorg2 selepas kematian arwah mek. Anak2 ade keluarga masing2. Tak dan dh 24 jam nak jaga atok. Hanya dengan dia kawin je akan ada org bersama dia 24 jam.
Biasa nya org2 tua nak kawen, bukan sebab menggatal, tapi sebab sunyi. Nak teman. Jaga dia. Makan minum. Kesihatan. Anak2 duk jauh. X serumah. Kalau ada anak2 yg nak jaga pun, still berbeza. X sama. Diorg nak bercerita. Nak ada org teman ke mana2. It’s lumrah kan. Beza isteri jaga dengan anak sendiri jaga. Ia bukan soal menggatal atau dah x sayang anak2 n arwah isteri. Ia soal perasaan. Lumrah kan. Raikan saja. Hari ini Pak cik mak cik awak tu boleh la terpekik terlolong menghalang, putus saudara bagai, nnt kalau berlaku kat diri diorg, baru tau Langit tu tinggi ke rendah. Jangan suka sangat buat jahat hingga mengabaikan perasaan org lain. Hidup ni ibarat roda. Ada atas ada bawah. Jaga2 je la. Jangan over sangat. Hari tua nanti tak tau macam mana. Kpd Sepupu sepapat, ni nasihat saya. Saya pun cucu kpd anak sulong. Apa2 berlaku dlm family yg melibatkan adik beradik mak, kami sebagai anak2 x masuk campur direct. Tapi kami memainkan peranan dgn membantu Sepupu sepapat. Explain mana baik n buruk.
You should do the same thing. Sebagai Sepupu sulong , mainkan peranan. Terangkan baik n buruk. Buka kepala otak diorg untk berfikir. Sepatutnya yg pangkat anak2 saudara atau cucu ni, korg jd pendamai. Dah tau mak cik Pak cik bergaduh, mainkan la peranan. Pengaruhi fikiran mak ayah korg untk berfikir panjang. Bukan penting kan diri sendiri. Korg belajar tinggi2 tapi x pandai nak main peranan sbg pendamai keluarga. Sebaik2 manusia itu yg memberi manfaat kpd org lain. Kalau belajar tinggi2, tapi x leh nak fikir bantu keluarga, you are loses. Haha. Kalau betul la apa yg aku cakap ni. X pandai nak speaking bagai.
Dia takut reta atok abes kat bini baru kot.. xde can la derang nk merasa… sbb kalau dia pikir sekurang kurang nya kalau atok ade wife… xde ler sunyi bapak derang ade kawan derang takkan nk halang… malahan mesti gembira… dah ler masing2 dah besar berkawin ade family… xde isu sepatutnya….
Selamat pengantin baru atok..