Aku ngeri tengok cara sesetengah manusia berfikir ni.
Baca sahaja comment dekat iium confession ni. Itu pun dah cukup. Scary. People speak their mind tanpa tapis terlebih dahulu. Tanpa berfikir dari perspektif lain. Kadang-kadang dia tak hadam betul-betul pun apa yang confessor nak sampaikan, lepas tu dekat gah dan hebatnya memberi pandangan dia yang sangat ‘bernas’ itu.
Lepas tu dalam comment tu siap boleh bergaduh pula dengan orang lain yang kau tak kenal pun. Pastu orang lain baca. Tak malu ke? People can judge you right away when they see how you react to some situation. Dari cara kau tulis, cara kau respon, cara kau balas, orang dah boleh agak kau macam mana.
Kadang-kadang sedih tengok betapa sempitnya pemikiran orang. Geram pun ada. Haih.
Sebab itu, diam lebih baik. Konon comment sebab nak tegur, nak bagi pandangan. Pastu gaduh dengan orang lain. Lagi banyak kau gaduh, lagi banyak kau explain, kadang-kadang lagi menampakkan kebodohan kau.
Kau perlu tahu satu perkara. Orang hanya dengar apa yang dia nak dengar je. Dia terima apa yg dia nak terima je. Jangan dilayan. Jangan kau sama nampak bodoh.
Sekian.
– A.N.
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Done comment
Ayat last tu sy suke
Come on, netizen did not have rules to follow. Right for them is not always right for you.
krik krik krik