Please stop this nonsense – https://iiumc.com/forumv2/
Ini adlh confession yg ke 1400 . Approve please . Hahahahah :)
Aku rase zaman sekarang ni ramai yg terpaksa hidup dgn ikut ckp org lain, dgn menjaga hati org lain.Tak payah jaga hati sendiri.Tak payah pikir perasaan kau.Pandangan masyarakat lagi penting.*sigh.
Bile budak sekolah tu dpt result x berapa baik,kau label die x de masa dpn.Bile anak org tu masuk sekolah tahfiz,kau kate x de class, keluar nanti jadi ustad.Bile anak kau pilih nak sambung bljr dlm bidang yg x so-called femes.kau bangkang.Kena jadi doktor,engineer,peguam.padahal kau yg berie suruh die istikharah buat pilihan.
Bile jumpe org x cantik,mulalah kau jadi bias.pandang atas bawah.ckp pon mcm nak tak nak je.bile dah grad,tp tak dpt keje lg.kau salahkn lagi mereka,sbb x usaha nak cari kerja. Kau tak tau dia dah hantar resume yg ke 138 . Cume belum ade rezeki dipanggil.
Bile umur dah nak ke-30 an dan x kawen lg. Kau sibuk tanye bile nak kawen.takkan nak jadi andartu?padahal kau tau jodoh org tu lain2.Bile kahwin tp hantaran sikit,kau bersuara lg.cakap kenapa sikit?lulusan luar negara kot?kau ukur duit hantaran based on pelajaran .padahal kau tau hidup lps kawen tu lagi penting.
Bile dah kawen pulak dua tahun ke tiga tahun.Tapi tak dpt anak lagi.kau tanye pulak,bile nak ade anak?padahal kau tau anak tu rezeki dr tuhan.
Aku nak tau jugak,sampai bile sebenarnye kau nak kami ikut ckp kalian?Bile kami dpt peluang utk pilih sendiri jln hidup kami.Bukannya tak hormat dgn pandangan kalian,cuma kdg2 ia terlalu merimaskan.Please stop this nonsense.Kalaulah semua org boleh pilih,dah besar nak jadi apa,kerja ape,semua org nak kerja bagus.Kalaulah semua org blh pilih, nak kahwin umur berapa,semua org nak kahwin masa muda.and kalaulah anak tu blh pilih nak dpt awal ke lambat,semua org nak anak awal.
Tapi ini rezeki masing2.Dan kau pun tau rezeki ni terletak pd tgn Tuhan.Cukuplah kau bersyukur dgn rezeki kau sekarang.Tak perlu persoalkan rezeki org lain.Biarlah. ini semua kerja Tuhan.Cukuplah die menangis kerana belum mendptkn ape yg dihajatkan.jgn die menangis kerana kau yg x henti2 mempersoalkan.Again,rezeki setiap org tu lain2.drpd kau sibuk persoalkn rezeki tuhan,lbh baik lg kalau kau mule bersyukur dgn nikmat yg dikurniakan:)
Hanya pandangan picisan dr seorang anak muda yg terkilan dan mengharapkan sinar perubahan.
– Sisterkilan