Salamullahi'alaikum..thanks admin jika approve confession ni..ramadhan buat ak terimbau kenangan lama,juga seisi muhasabah buat diriku sendiri.

Masa aku d awal 20 an, secara x sengaja dpt tahu suami ada melayan msg2 perempuan lain.katanya, ada seorg perempuan menawarkan diri menjadi isteri kedua tp sudah ditolak scr baik. Slps 3 tahun,perempuan trsebut masih mendesak utk brkahwin dgn suami ku sdgkn,suamiku tdk mengenalinya.hatta tdk skalipn pernah bertemu.atas cdgn suami,suami minta ak brhbg dgnnya. MasyaAllah..begitu angkuh org nya. Dgn kali pertama msg,terus berani berkata mahu menjadi isteri kpd suami ku dan yakin suamiku menyayanginya.sedangkan…apa yg diberitahu suamiku sebaliknya. Ak usaha utk mengorek sejauh mana prhbgn mereka melalui perempuan ni krn kepercayaan kpd suami telah luntur.menurut perempuan ni,suami ku mmg pernah menolaknya bbrp kali.namun,dia terus juga memujuk dan ibunya juga campur tangan.jika kewangan menjadi salah satu punca utk suamiku berpoligami,dia sanggup memberikan rumah dan perbelanjaan asalkn mereka berkahwin.bg suamiku pula,segala2nya terletak pd aku. Dia x kan berpoligami tanpa kerelaan ku krn rumahtangga yg sedia ada menjadi prioritinya.

Poligami..tentu menjadi idaman buat hampir semua lelaki.begitu juga suamiku.namun,dia mengaku tdk pernah menyintai dan menyayangi perempuan tersebut.aku??dilema dgn akhlak sang madu.jujur,ak juga tdk baik dan mgkn tdk sempurna d mata suami ku.bgmn ak hendak handle perangai ak yg buruk utk berdepan pula dgn sang madu ditambah pula berperang dgn perasaan cemburu?brmcm perkara brmain di fikiranku. Cemburu? Ya.perasaan yg cukup sukar di didik dan dikawal.

Bakal madu ni,bukan calang2 org..tentu sekali tdk setanding ku..dia juga seorg hafizah,debator,sgt kaya dan lain2 pencapaian yg tiada pd aku..cuma,bila suami memberi kepercayaan yg penuh kpd ak utk mmbuat kptsn,ak jd buntu dan dilema antara kehendak suami dan kepentingan diri dan anak2.

Ya.ak perlu mementingkan diri dan anak2 krn ini rumahtangga yg sedia ada.utk membina rumahtangga lain,rumahtangga yg sedia ada ini yg perlu kukuh dahulu sdgkn rumahtangga ini,baru 3 tahun terbina. Di saat ak masih mampu menjaga sang suami,ingin aku menjaganya hingga akhir hayat.

Slps menimbang tara byk perkara,ak mengizinkan ttpi dgn bersyarat..suami nampak termenung pnjg krn dia mempunyai hutang yg cukup byk terutama hutang pelajaran sdgkn ak zero hutang krn mendpt biasiswa sepnjg belajar.slps membuat perhitungan,suami menolak. Ak mengkhabarkn berita tersebut kpd bakal madu.tnpa diduga,ak pula dihamburkan kemarahan sehingga beliau menuduhku tamak. Tak cukup dgn itu,ibu beliau pula mendesakku utk berjumpa dan bl ak menolak,dituduhnya pula kurang ajar.utk apa berjumpa jika suamiku juga tiada kesungguhan ke arah tu?

Wahai perempuan..jika poligami itu semanis madu dan membawa kebaikan utk seluruh alam,sudah pasti Allah mewajibkan utk semua lelaki.. Allah hanya mengharuskan bg mereka yg mampu dan layak.fahamilah wanita..cabaran dunia skrg sgt besar.suami mengaku,menjaga seorang isteri dan anak2 pn sudah cukup berat.inikan pula menjaga seorg lagi.maruah ku,tanggungjawab suami.hatta ak ke kedai runcit sekalipn,d bwh tanggungjwb suami.trlalu byk mata2 jahat yg sdg mengintai peluang..suamiku juga ada memberitahu,jika membahagikan giliran brmlm,tentu dia berat utk meninggalkn ak kesorangan bersama anak2..dan,anak2 ini,memerlukan didikan yg cukup dr ayahnya utk menempuh dunia yg cukup tenat skrg ni..

Ak mempunyai kesilapan yg cukup besar di dlm mengemudi rumahtangga.ak lupa,ak alpa..Allah lah yg memegang hati stp manusia.ak jrg beramal dgn doa2 dan jrg mendoakan rumahtangga ibarat berada d zon selesa..kpd yg telah berumahtangga, beramallah dgn ayat2 dr al.quran..semoga rumahhtangga kita dipelihara oleh Allah.sekian

– Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Tak faham cerita ni mcm tak lengkap je.. Kenapa pompuan hafizah tu dgn mak dia skali berebut sgt nakkan laki tu padahal bukan kaya mana pon byk hutang pulak lagi, tak kenal pulak tu? Pelik..pelik..

  2. Cik ana,, maaf bertanya ye.. yg dilayan perempuan sewel tu kenapa,?? Biar aje dia meroyan sorang2.. dah org xnak tu,, move on je la.. shame on you.. cari je laki lain

  3. Kejap mengimbau kenangan lalu, kejap teringat masa awal 20an dulu (tp tulisan mmg mcm awal 20an), pastu rumahtangga baru 3tahun terbina, kejap dilema dgn akhlak sang madu, kejap bakal madu?

    Macam imaginasi je..
    Macam imaginasiiii jeee….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *