Poligami atas dasar sedap tekak sendiri

Assalamualaikum pembaca iium confession, saya adalah seorang lelaki biasa yang dah acap kali dengar pasal poligami, lebih lebih lagi di negara kita ni.

Pertama sekali saya bersetuju seratus peratus poligami memang diharuskan dan tidak menolak sama sekali sebab ini adalah salah satu hujah terkuat bagi lelaki di luar sana nak tambah lagi satu. Baik, masalah saya, saya cukup terkesan di hati apabila anda, lelaki, bukan semua, lebih mementingkan poligami daripada benda yang diwajibkan dan disunatkan ke atas kita, umat islam.

Contohnya banyak benda lain seperti membela anak anak yatim, memberi zakat, dan sebagai lelaki terutamanya, berbakti kepada ibu bapa. Sikap ini boleh saya samakan dengan orang orang tua yang kahwin dengan gadis 14 atau 15 atau 9 tahun dengan alasan sunnah Rasulullah. Tidak malukah anda menggunakan Rasulullah untuk membenarkan apa yang anda suka, untuk kepentingan diri sendiri.

Islam bukan agama ikut sedap tekak, maksudnya di mana yang seronok anda amalkan, yang mana kurang atau tidak seronok anda tidak amalkan. Dalam kes poligami contohnya Rasulullah dulu berkahwin lebih ada sebabnya, betul, anda semua pun tahu sebab bab poligami mesti dah kaji sedalam-dalamnya. Kenapa pula anda yang pro poligami ni tak mencari janda, orang tua dan orang susah untuk ditambah menjadi isteri, kenapa cari yang cantik, muda.

Anak muda sekalian, islam bukan agama sedap tekak, pada masa yang sama sungguh mudah. Poligami ni diharuskan sahaja, baik fokus kepada banyak benda lain yang lebih memerlukan perhatian kita terutama untuk lelaki. Saya mengutuk sekeras kerasnya lelaki yang sanggup membiarkan air mata isterinya disebabkan nafsu dan keangkuhan diri sendiri. Penat isteri berkorban untuk anda, anda khianat kepercayaannya. Melainkan isteri sendiri yang mencarikan madu, saya anggap isteri pun sudah redha dan tidak kisah.

Sebagai seorang lelaki, kita seharusnya melindungi mereka yang lebih lemah, bukan dengan cara kahwin sahaja, banyak lagi cara lain untuk mengangkat martabat mereka bergelar wanita ini. Banyak akhlak Rasulullah yang masih boleh diamalakan tapi sila berlaku adik dengan melaksanak yang wajib dahulu.

Nasihat terakhir, susun keutamaan kamu lagi lagi mereka yang belajar tinggi pasal hukum hukam ini, jangan guna Islam untuk kepentingan kamu, faham? Saya pun masih belajar tapi golongan ini selalunya cuba mengambil kesempatan dalam agama, bak kata seorang pendidik saya, semakin maju kita di dunia ini, semakin kreatif cara manusia ingin melakukan kejahatan dan kerosakan. Baiklah sampai di sini saja, Selamat beramal dan ingat saya memerhatikan anda lelaki semua

– JUSTICE

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *