Terima kasih admin siarkan kisah saya yang lalu, https://iiumc.com/pov-anak-pertama-dari-keluarga-yang-bercerai/
Terima kasih juga atas nasihat, kata-kata yang penuh kebaikan, doa-doa dari pembaca semua. Abu sampaikan juga doa kalian pada adik-adik Abu.
Abu sekarang seorang dewasa yang masih terperangkap dalam childhood trauma. Mungkin dengan cara bercerita ini sedikit sebanyak boleh mengubat trauma ini. Biasalah, kami lelaki ni mana nak pergi kaunseling bagai ini. Dapat menulis dengan nama samaran ni pun dah cukup kuat dah ni.
Bagi sesiapa yang rasa tindakan dan perasaan Abu ni tak betul ke, cubalah faham ini kisah hidup saya. Cuba lah lihat dari kaca mata seorang kanak-kanak yang pernah membesar dalam broken family. Ada yang kata jangan compare hidup saya dengan orang lain.
Saya masih kecil masa tu, saya belum boleh rasional untuk tak compare hidup saya dengan orang lain terutamanya sepupu saya. Saya nak bercerita bagaimana saya melihat parenting skills paklong saya dan keinginan saya untuk melalui childhood yang sempurna macam sepupu saya.
Ya, tak dinafikan tak semua keluarga sempurna even yang ada ibubapa lengkap pun ada juga ujiannya. Tapi sejak kecil inilah maksud kesempurnaan melalui kaca mata saya.
Saya cuma nak orang validate perasaan saya. Ada ketika ibu faham perasaan saya. Ada ketika, mungkin ibu pun penat dengan masalah sendiri, ibu akan ignore keinginan dan perasaan saya.
Mungkin sebab luka ini, melihat orang tua berpisah di usia saya 5 tahun, saya jadi cepat matang. Bayangkan saya boleh pesan dekat ibu saya jangan berkawan dengan lelaki lain. Saya tak suka.
Saya kerap juga memberontak masa perceraian ibu masih baru. Memberontak tu sampai susah nak dipujuk. Atok nenek selalu marah saya bila saya jadi macam tu. Biasalah kanak-kanak.
Berbeza dengan sepupu saya, dia bukanlah tak memberontak langsung.. alaa mengamuk budak-budak tak dapat main, tak dapat sesuatu… tapi sepupu saya tu mudah ditegur dan dipujuk.
Saya selalu tengok macam mana Paklong handle situasi tu. Paklong tak terus tinggi suara dengan anak dia. Paklong akan duduk sebaris mata sepupu saya dan suruh pandang mata dia. Paklong akan cakap perlahan-lahan, pujuk, suruh istighfar.
Dan kurang 10 minit sepupu saya boleh duduk di riba paklong dan cerita kenapa dia menangis atau mengamuk. Manakala kami adik beradik, kalau ibu dah tak larat nak layan ibu akan ignore kami atau makin kuat kami menangis makin tinggi la suara ibu. Kadang-kadang adik-adik akan terlelap sendiri tanpa dipujuk.
Selalunya kalau paklong ada, paklong la yang akan pujuk kami. Buat teknik yang dia buat dengan anak dia. Berjaya ke? Ya, kami pun boleh luntur dengan paklong. Paklong pandai pujuk.
Dan disebabkan itulah, kalau nak berjalan keluar, kena ada paklong supaya bila episod mengamuk ni berlaku, ada orang yang boleh handle. Ibu akan pass kami kat paklong.
Maklong saya ni pula paling pantang bab bahasa pertuturan dan sahsiah dalam rumah sesama keluarga. Ada la beberapa perkataan yang dia haramkan sepupu saya guna bila bercakap dengan kami atau dengan orang dewasa.
Tapi kami membesar di kampung dengan perkataan tu dan disebabkan dah terbiasa bila bermain dengan sepupu, kami guna je. Maklong akan tegur kami tapi biasalah kami susah nak ubah sebab dah terbiasa.
Ibu? Ibu tak pernah pun tegur. Sebab tu kami pelik kenapa menjadi isu yang sangat besar dalam keluarga sepupu saya sebab ibu saya pun tak kisah kami guna perkataan tu. Disebabkan maklong rajin berpesan-pesan macam tu, nenek pun ikut sama. Kadang-kadang nenek akan tegur macam mana maklong tegur.
Belum lagi bab membaca buku. Sepupu saya tu selalu kena marah dengan maklong suruh baca buku. Kadang dia kena habiskan 1 jam dalam bilik dengan maklong baca buku atau buat latihan.
Sepupu saya ni memberontak la juga sebab dah balik kampung mestilah nak main kan. Tapi tu la kehidupan sepupu saya… penuh syarat, guideline dan bimbingan.
Kalau dia keluar berjalan dalam beg mesti ada buku. Kami pernah pergi bercuti bersama naik 1 kereta dengan atok nenek.
Ada sekali tu nenek tegur sepupu saya sebab membaca dalam kereta takut dia pening dan muntah. Maklong saya cakap, dia dah biasa. Dalam kereta paklong saya macam library. Sentiasa ada buku terselit di bahagian seat belakang.
Kereta ibu? Penuh dengan sampah coklat dan gula-gula hehehe.. sampah yang kami buat la tu. Owh sepupu saya tu tak dibenarkan makan gula-gula. Hanya boleh makan coklat. Maklong akan belikan coklat untuk kami sekali.
Kalau ibu belikan gula-gula, dia tak bagi sepupu saya makan. Maklong pun tak makan jadi selalunya kami dapat la balik portion gula-gula untuk sepupu saya tu tadi. Jadi gigi kami semua rongak sebab kerap makan gula-gula tapi gigi sepupu cantik.
Kami ni nak main seharian pun orang tak kisah. Dah senja baru balik. Jadi kadang tu bila tiba-tiba ibu suruh baca buku, atau nenek suruh kami baca buku, kami tak reti. Yelah masa tu masih budak-budak. Kami tak faham dan tiada siapa terangkan.
Maklong ada juga nasihat kat kami, tapi sebab jarang dengan maklong, maka nasihat dia sekadar angin lalu je.
Pernah juga sepupu saya kena marah dengan paklong atau maklong. Saya perasan kalau salah sorang marah, sorang lagi akan jadi tukang pujuk. Sepupu saya bila dia kena marah dengan paklong, dia akan lari masuk bilik dan maklong akan pujuk.
Saya pernah nampak maklong baring sebelah dia dan sambil pujuk sambil bacakan buku cerita. Menarik kan? Pujuk dengan buku. Kalau dia kena marah dengan maklong pula, paklong akan bawa dia jalan keluar. Ambil angin kat luar naik motorsikal ronda kampung.
Seronok saya tengok sebab dalam situasi macam tu kadang-kadang kami pun dapat tumpang. Pernah la saya masuk bilik masa maklong pujuk sepupu saya. Saya pun join dengar maklong bercerita sambil bagi nasihat.
Inilah yang tiada dalam hidup saya dulu. Kalau kami kena marah dengan ibu, kami kena tunggu ibu pujuk. Sebab tu kadang-kadang sampai tertidur sebab sampai ke sudah ibu malas nak pujuk.
Sama juga kalau kena marah dengan atok nenek. Tiada siapa yang terus datang pujuk. Kadang ibu pun tambah lagi marah kat kami. Selalu saya mengharapkan ada bapa di situ untuk pujuk kami bawak keluar ronda kampung.
Saya terdengar satu pesanan masa hadiri kuliah subuh di surau kejiranan saya baru-baru ini. Sebenarnya rentetan dari pergi surau tu lah saya terfikir nak berkongsi di sini. Mungkin bagus untuk ibu bapa dan pasangan yang bakal berkahwin atau bakal menimang cahaya mata untuk reflect dan belajar seni keibubapaan ni.
Ustaz tu bedah satu kitab ni saya tak ingat kitab apa. Dan ustaz selitkan satu kata-kata ini:
“Janganlah mengharapkan gandum jika benih yang ditanam itu benih lalang. Janganlah harapkan anak jadi ustaz kalau dari kecil tak dididik dengan Al-Quran dan agama. Janganlah harapkan anak jadi doktor, kalau dari kecil tak didedahkan dengan keseronokan belajar Sains dan Matematik.”
Bila saya reflect dengan kata-kata ni, barulah saya faham kenapa paklong dan maklong didik sepupu saya macam tu. Sebab paklong dan maklong saya ingin menuai gandum. Jadi sedari kecil dah disemai benih benih gandum dalam hidup sepupu saya.
Sepupu saya pandai serba serbi sebab setiap kali balik kampung, maklong akan make sure akademik dan keseronokan bermain tu seiring. Dah main berjam-jam, sejam kena allocate untuk belajar. Walaupun kena paksa sampai sepupu saya menangis-nangis.
Tapi sebab dah jadi rutin, lama-lama dia boleh buat tanpa disuruh. Dari segi pertuturan dan sahsiah, dari kecil dah dikawal yang baik dan murni saja keluar dari lisan. Bila dewasa, cakap pun penuh berhikmah. Macam paklong saya. Nak tegur nenek saya pun dia tak tinggi suara dan boleh pujuk nenek dengan hikmah.
Setakat itu dulu perkongsian saya kali ini. Sekali lagi saya tekankan, ini adalah point of view saya masa zaman kanak-kanak dulu. Saya ingat semua ni sebab (mungkin) inilah doa doa saya setiap kali menjalani kehidupan dengan sepupu saya dan keluarganya.
Kata hati saya yang selalu saya ucap, “bestnya paklong buat macam tu”, “bestnya maklong buat macam tu”…”bestnya boleh duduk serumah”, “bestnya bila bercuti ada gambar satu family”.
Saya tak salahkan ibu saya. Mungkin circle dan zaman itu, dia tak tahu nak belajar seni parenting yang betul. Mungkin juga dia rasa dia dah beri yang terbaik buat kami dalam kekangan yang dia ada.
Ilmu parenting zaman sekarang lebih advanced dan tak kisahlah siapa pun yang masih dalam perkahwinan atau sudah bercerai, jangan pernah berhenti belajar ilmu parenting. Menjadi co-parent dalam mendidik anak-anak juga perlu ilmu.
Jangan jadi seperti ibu bapa saya. Mereka langsung tak sepakat dalam co-parenting kami adik beradik. Maka jadilah ibu yang sebegitu dan bapa yang sebegini. Hanya dengan bantuan atok, nenek, paklong dan maklong dapatlah kami merasa didikan dan sentuhan keibu bapaan yang lebih baik.
– Abu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allahu… syukur krn awak dpt trima ujian dgn matang, moga Allah beri yg terbaik utk awak dunia akhirat
akak baca kisah awak ni dari sudut positif.. tq for sharing paklong parenting tips.. mmg bagus cara didikan tu.. awak boleh je apply tips ni nanti dgn keluarga awak nanti.. jgn risau.. u will be a good daddy..