Hi semua, lepas baca confession ni, (https://iiumc.com/pretty-privilege/), hati aku tergerak nak ceritakan pengalaman buruk aku masa zaman sekolah.
Aku tak terkejut dengan kisah penulis “Pretty privilege” sebab aku juga lalui perkara yang sama. Karakter diri aku, aku agak introvert. Rupa pulak aku malas nak ulas sebab nanti mesti ada yang kata aku angkat bakul sendiri.
Masa aku darjah 4, keluarga aku berpindah di negeri pantai timur. Aku sekolah dekat satu sekolah dikawasan kampung.
Disinilah bermulanya aku dibuli oleh kawan sekelas dan sesiapa yang mengenali aku, mesti dorang akan rasa tak puas hati dengan kehadiran aku. Oh untuk pengetahuan semua, yang tak puas hati terhadap aku tu semuanya kaum perempuan ye.
Sebagai budak baru, hari pertama dan benda pertama sekali aku kene judge dan ejek adalah sebab aku tak cakap slang negeri dorang. Macam mana aku nak cakap slang dorang, aku bukan dibesarkan dekat sana. Dari situ dorang dah jauhkan diri dari aku.
Aku dipulaukan, aku dibenci sampai tiada orang pun nak berkawan dengan aku kecuali budak lelaki. Rasis, masatu dalam kepala aku budak negeri ni memang rasis. Aku tak happy sekolah dekat situ.
Hari yang berikutnya, ada classmate aku nama dia Idayu. Dia reka cerita dekat semua orang kata aku ni pakai susuk. Masa tu budak, jadi hampir semua percaya cakap dia memandangkan dia agak berpengaruh disitu. Lepastu ada yang ejek aku kata aku ni firaun dan kafir, bodoh ke apa.
Seumur hidup aku, aku pernah dengar orang kata aku ni muka mix arab je. Tapi budak tu bagi setepek kata aku ni firaun. Aku ni bukan takut nak membalas ke apa, tapi yang benci aku ni perempuan dalam skala besar ye.
Kalau one by one memang aku pijak je leher dia pastu rebus tulang muka dia dalam air panas 100 celsius. Lagipun aku ni budak baru, aku tak kacau orang pun orang dah benci aku, apatahlah kalau aku melawan?
Lepastu makin hari haters aku makin ramai guys. Padahal aku ni buat hal aku je. Yang benci aku pun kadang aku tak kenal pun dorang tu siapa. Bercakap dengan dorang pun tak pernah.
Lepastu ada mulut yang tiba2 bandingkan rupa aku dengan anak cikgu. Siap cakap, “Anak cikgu yang nama siti tu lagi cantik dari aku” aku macam whattt, aku tak pernah bandingkan diri aku dengan sesiapa pun. Hahaha.
Haters aku makin menjadi bila ramai budak lelaki dekat sekolah tu crush dekat aku. Budak laki selalu lalu lalang depan kelas aku, siap datang dekat meja aku macam nak mengorat. Mana dorang tak panas?
Boleh dikatakan hari2 budak2 laki tu jenguk aku dekat kelas ye walaupun aku rimas dan tak layan langsung. Tu tak termasuk aku dapat surat cinta dari orang yang berbeza.
Haa belum termasuk setiap kali nak pergi tandas, budak dari kelas lain yang nampak aku akan follow aku sampai kedepan tandas. Sampai kadang aku takut, rasa tak selamat.
Kelas tambahan petang dan malam pun, budak2 lelaki tu follow aku dari pagar sampai ke dalam kelas. Bukan sorang dua ye, yang follow aku tu lebih dari 5 orang. Kadang yang follow tu orang lain2. Korang mesti tak percayakan? Tapi itulah cerita sebenar hidup aku. Tak ada tokok tambah.
Lepastu memang bertambahla sakit hati budak perempuan dekat sekolah tu. Dorang dah start kata aku ni gedik, perasan cantik, perampas boyfriend orang, dan macam2 lagi lah. Padahal aku sikit pun tak melayan budak laki. Aku siap halau dan marah lagi dorang follow aku macamtu.
Itupun salah aku juga ke? Kenapa dorang tak kata semua laki tu yang gatal? Yang miang macam tak pernah tengok perempuan? Balik rumah aku menangis. Nasib baik mak aku dan adik beradik aku memahami. Mak aku suruh bertahan, sebab aku baru je berpindah.
Benda ni jadi makin parah sebab budak perempuan dari kelas lain ii pun turut bencikan aku. Senang cerita kalau aku takde baru dorang akan rasa aman. Setiap hari nak pergi sekolah, aku rasa berat hati dan bencikan diri sendiri.
Aku rasa tak adil, kenapa aku dibenci tanpa aku berbuat apa2? Kenapa nasib aku malang? Korang jangan tanya kenapa tak report dekat cikgu, kalau dah selalu sangat diganggu macam ni, korang ingat cikgu nak layan?
Benda ni berlarutan sampai ke alam sekolah menengah. Cuma kalini lebih extreme. Masa aku ditingkatan satu, ada budak perempuan tuang air dari tingkat atas, sengaja baling air supaya aku yang ada kat bawah ni basah.
Aku jumpa dia tanya kenapa buat macamtu, dia tak mengaku. Yang tuang air tu orangnya cantik ya guys. Putih melepak, ada mix kemboja pula tu. Memang tahap cantik dia A+. Dia antara orang yang berpengaruh, apa dia cakap semua budak ikut.
Jadi bila dia tak suka aku, kawan2 yang lain makin bertambah tak suka aku. Kes ni lain sikit, sebab dari sekolah rendah yang bencikan aku ni mostly yang tak ada rupa.
Jujur cakap, aku bukan nak judge rupa paras seseorang. Tapi atas pemerhatian aku, kebanyakan haters aku hampir semua kurang dari segi rupa paras.
Budak kemboja ni cantik, ramai peminat pula tu, tapi apa yang dia sakit hati sgt dengan aku yang langsung tak kacau hidup dia? Siap kata aku rampas boyfriend dia, padahal boyfriend dia yang minat aku.
Banyak lagilah yang aku kena. Masa waktu rehat dan aku cuba follow budak lain untuk makan sama2, ada sorang budak perempuan ni nama dia Ikin, dia cakap depan aku dia taknak jalan sebelah aku. Lepastu dia tinggal aku sorang2 dekat belakang.
Aku rasa sedih gila, aku pun beli makanan dekat kantin, bungkus dan makan sorang2 dalam kelas.
Ada hari dimana aku pergi tandas, balik je dari tandas aku tengok kerusi aku dah hilang. Ada orang sorok tapi sekor pun takda yang mengaku. Aku pun terpaksa tebalkan muka pergi mintak kerusi kosong dekat kelas lain.
Banyak sangat yang terjadi sampai aku terpaksa skip cerita. Aku cuba pendekkan ye korang.
Ni pula kisah bila aku dah menginjak ke tingkatan 4. Dalam kelas aku, ada seorang budak ni nama dia fatihah. Meja dia paling depan, meja aku pulak paling belakang. Dia ni pelik sikit suka pusing belakang tenung aku lama2.
Aku nak focus cikgu mengajar pun rasa macam tak selesa sebab dia pusing belakang hanya semata-mata nak tengok aku je.
Aku pergi tandas, dan balik dari tandas pun dia usha aku dari pintu masuk sampailah aku dah duduk dekat kerusi. Bila aku tanya dia kenapa? Dia geleng kepala pastu dia pusing depan semula.
Oh dia ni pun salah sorang yang pulaukan aku ye guys. Aku ni memang tak boleh baca fikiran orang tapi aku yakin, dia usha aku dengan niat tak puas hati.
Kalau ikutkan hati aku nak je cucuk mata dia guna pensel, tak pun tabur serbuk cili bagi pedas. Dia punya pandang tu sikit pun tak cover, memang secara terang terangan ye korang.
Masa di tingkatan 4,aku pilih untuk masuk aliran katering. Kitorang memang selalu buat amali, kena buat amali betul2 supaya dapat markah tinggi. Aku antara orang yang selalu menang kategori hias makanan paling cantik. Disebabkan itu, aku makin dibenci.
Ada satu hari, kami semua kena buat kek aising. Aku punya exited sampai ajak mak aku pergi mall untuk beli buah strawbery. Beli eksesori untuk cantikkan kek. Memandangkan kek yang dibuat boleh bawak balik kerumah, aku plan nak bagi kek tu dekat mak aku sempena hari jadinya.
Kek aku hampir siap 99%. Aku tinggalkan kek dalam 2 minit macamtu sebab nak ambil barang dekat kitchen. Lepastu aku tengok kek aku penyek. Ada kesan cucuk jari, kek aku dah jadi buruk. Dah takboleh betulkan sebab kek span dah terpenyet.
Aku hampir menangis tapi aku tahan. Aku tanya semua orang, mcm biasa sekor pun kata taktahu padahal meja dorang semua dekat2. Mustahil dorang tak nampak kejadian tu.
Aku kecewa, aku sedih. Balik tu aku nangis cerita dekat mak aku. Tapi mak aku pujuk, mak aku tetap happy sebab tu kek yang aku buat special untuk dia.
Akhir persekolahan ditingkatan 5, ada seorang budak perempuan bagitahu aku, hari last sekolah nanti budak perempuan kelas aku plan nak kumpul ramai2, nak tarik aku dekat padang sekolah. Lepastu stanby nak baling tepung, nak baling telur dekat aku.
Dorang plan nak buat dekat aku sorang ye guys. Tipula kalau tak rasa takut, aku sorang2, dorang tu ramai. Aku share dekat mak aku.
Aku suruh mak aku ambik aku balik sekolah awal 15 minit. Sebab aku risau dorang ramai2 tarik aku dekat padang. Tapi alhamdulillah, tuhan selamatkan aku dari situasi tu.
Ini semua cerita zaman sekolah dari darjah 4 sampai tingkatan 5. 7 tahun aku alami mental bullying macamni. Zaman sekolah zaman yang paling malang bagi aku.
Aku kadang cemburu dengan sesiapa yang mention rindu zaman sekolah. Sebab aku tak ada zaman indah kanak ii walaupun sedetik. Aku tak pernah rasa keindahan zaman sekolah.
Lepas habis sekolah, aku left dari semua group sekolah, aku buang semua nombor classmate, aku block semua orang dari media social dan aku mulakan hidup baru.
Sekarang 8 tahun dah berlalu, semua kenangan tu masih tersimpan rapi dalam ingatan aku. Aku fikir kenangan pahit terhenti disitu, tetapi tidak. Benda ni berpanjangan sampai ke alam pekerjaan.
Nanti aku share dekat next post. Korang nak baca lagi ke? Mesti korang bosan kan?
Btw thank you admin sudi siarkan kisah ni, dan thank you dekat semua yang sudi membaca.
– Lala~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sama la kita sis sbb zaman sekolah dan kanak2 sy pun tak seindah org lain.. kdg tu jealous la jgk bila dgr org bercerita psal zaman kanak2 diorang…
Mental bullying is real guys…