Pretty Privilege

Seperti tajuk di atas aku nak cakap pasal kecantikan. Aku sebenarnya benci kecantikan yang aku ada.

Haha, mesti korang rasa aku perasan.

Tak mengapa memang orang cantik kebanyakkannya perasan lebih.

Nak tahu tak kenapa tak suka kecantikan. Bukan tak bersyukur tapi cantik yang aku ada ini aku rasa menyusahkan hidup aku.

Aku nak korang yang insecure dengan orang cantik better bersyukur je kau tak berapa cantik.

Masa zaman sekolah kan aku selalu sangat kena ngorat. Kau tahu tak aku rasa jijik sangat.

Setiap kali nak keluar kelas atau ke mana mesti ada orang perhati. Bukan sekadar senior termasuk cikgu praktikal pernah nak try aku.

Aku pulak rasa tak best. Penat orang kejar kita. Dapat hadiah tanpa tahu siapa bagi sumpah takut nak sentuh aku fikir ada jampi ke nie.

Selalu stress orang call or mesej (zaman ini tiada whatsapp lagi) tanpa kita tahu siapa.

Sampai kawan perempuan rasa annoying dengan kita sebab serabut pergi mana je ada orang kejar ada orang kacau.

Paling dahsyat dekat sekolah aku kena serang dengan seorang senior perempuan dia cakap aku rampas boyfriend dia aikkk bila pulak aku ada couple. Nama lelaki dia sebut pun aku tak kenal.

So aku cari lelaki tu aku tanya apa sebenarnya dan dia ngaku dia tipu ex gf dia aku nie gf dia yang baru.

Hangin aku. Pada hal kat sekolah aku sentiasa usaha burukkan diri aku.

Pergi sekolah aku tak pakai bedak. Tudung senget. Kasut lekat weyh (zaman tu semua sekolah menengah pakai kasut tali) demi nak nampak buruk.

Masuk alam universiti kurang sedikit sebab aku masa tu dah ada boyfriend dan selalu mempamerkan boyfriend aku supaya orang tahu aku berpunya dan tak ganggu aku.

Tapi tetap je ada beberapa yang suka ganggu tapi buat tak tahu macam sekolah aku buat tak tahu je kau nak mesej ke call 100 kali lantak.

Ini paling serius orang cantik bila kau dah kahwin. Kau kerja gangguan di tempat kerja. Aku bahagian HR so memang ramai orang kenal. Semua department tahu siapa aku.

Dekat sana masih lagi ada gangguan. Style aku tetap sama memburukkan diri. Kadang kawan aku pesan nak lepak dengan dorang please cantikkan diri. So dari situ aku tahu aku dah cukup buruk.

Di sana juga, ada lelaki suka belikan makanan. Tolong uruskan hal pekerjaan. Ada yang suka nak rapat dengan aku. Sampai satu tahap mesej aku.

Sebelum suami aku tahu. Aku ambil keputusan untuk berhenti. Bila berhenti ada beberapa orang mesej aku ayat macam orang putus cinta dengan emoji.

Suami aku baca perang besar. Sebaik dah berhenti kerja aku explain semuanya dekat suami aku.. Dia ok tapi 3 hari jugak la dia mencurigakan aku.

Kalau keluar dengan suami pun ada je hal yang tak terduga. Contoh orang selamba mengorat bini dia ingat aku adik dia.

Banyak lagi sebab aku tak suka jadi cantik. So bersyukur kalau korang kurang cantik ye. Kecantikan pun satu ujian.

– Hazelnot (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *