Assalamualaikum semua. Aku seorang wanita, anak sulong dan sekarang ni berumur awal 30 an.
Masih belum berkahwin dan tidak berniat pun untuk berkahwin dalam waktu terdekat nih.
Aku mula berkerja sewaktu umur 22 tahun dan seorang kakitangan kerajaan. Aku boleh dikatakan family women.
Duit kalau ada ditangan 100, family aku minta confirm akan aku bagi 80 balance 20 untuk aku. Begitulah kehidupan aku.
Aku sangat gembira bila dapat kerja kerajaan pada umur 22 tahun. Tapi bermula lah episod hitam dalam hidup bila aku terjebak dengan MLM.
Nak menaip pun aku rasa trauma.
Suatu hari kawan sekerja aku ajak teman dia pergi beli tiket bas dan aku pun teman dengan naik public transport.
Rupanya dia ajak aku pergi wayang. Sebagai orang kampung, aku tidak pernah masuk mana-mana wayang sebelum ini.
Aku sebolehnya nak balik namun dihalang dan memandangkan aku tidak tahu nak naik public transport, aku cuma boleh tunggu saja.
Bila aku sampai dekat situ, aku tengok ramai orang yang pakaian dia cantik dan lawa-lawa.
Demi Allah aku tidak pernah tahu apa itu MLM.
Yang aku tahu, aku nk cari duit untuk tolong family aku dikampung memandangkan adik-adik masih bersekolah. Aku fikir itu adalah perniagaan.
Aku ajak kawan-kawan aku yang susah jugak untuk sama-sama bisness. Ada yang join semata-mata kerana suka aku dan ingin berjaya bersama namun sebenarnya aku bodoh.
Sampai lah satu masa, aku tersedar. Namun semuanya telah terlambat kerana mereka pun laburkan modal yang besar dengan buat loan peribadi.
Aku sangat-sangat menyesal kerana terlibat dengan MLM dan menyebabkan kawan aku juga susah.
Aku mula merasai payahnya membayar loan setiap bulan dengan komitmen yang lain-lain juga.
Aku tinggalkan MLM itu dan tahun demi tahun, aku takut dengan kifarah yang bakal aku terima kerana melibatkan duit orang.
Kifarah itu wujud pada tahun 2021 dimana aku telah ditipu duit sebanyak RM60K dan melibatkan pinjaman loan.
Untuk cerita macam mana aku kena tipu, biarlah rahsia kerana aku tidak mahu membuka cerita lama yang menyebabkan aku depress dan anxiety.
Aku juga terlantar sakit berbulan kerana perkara ini. Hidup aku berubah sepenuhnya pada tahun 2021. Komitmen semakin banyak dan aku sedar ini adalah kifarah aku.
Bila aku terfikir akan perkara ni, aku cepat istighfar dan minta maaf dengan Allah kerana aku sedar, ini adalah kirafah dan dosa lama aku.
Mengambil hak orang dan menyebabkan orang susah bayar loan.
Semoga dengan terwujudnya kifarah ini, terhapusnya dosa hamba Allah. Hamba takut hamba kena seksa di sana kerana dosa aniaya orang.
Saya minta tolong sangat kepada readers semua untuk doakan saya dimurahkan rezeki. Saya juga mencari peluang partime sebagai side income.
Terima kasih semua
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit