Hilang Semangat Untuk Hidup

Hi, aku F, 33 tahun dari utara tanah air. Dari kecil aku memang seorang go-getter. Nak kata high achiever tu tak lah sangat.

Tapi dulu aku sentiasa ada matlamat dalam hidup aku, naik pentas every year untuk bermacam-macam jenis anugerah, competition itu ini, wakil sekolah, daerah & negeri untuk majority of the competition yang aku masuk untuk berjaya sampailah aku masuk ke universiti.

Bila di universiti, semuanya seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja. Aku jadi hilang semangat. Dah takde big why yang berkobar-kobar membakar untuk jadi inspirasi hidup aku. Fasa alam pekerjaan pun sama.

Aku sentiasa jumping jobs and mostly pekerjaan aku biasa-biasa sahaja yang tak memberikan aku satisfaction in terms of mentally growth, achievements mahupun dari segi gaji. Paling tinggi pun RM3,000 sebulan.

Tak sure aku ni species tak bersyukur atau terlalu complacent, tapi sometimes aku cemburu dengan rakan-rakan seperjuangan di universiti dulu yang boleh dikatakan tak seberapa, Tp hidup mereka lebih jauh mendahului aku in terms of climbing the carrier lader, income 5 figures & dah berkeluarga, memiliki anak-anak yang comel2 belaka.

I am nowhere near. Tak mempunyai harta, tiada siapa yang sayang, nak pegi melancong pun tak mampu sebab gaji dah habis tanggung commitment. Cuba juga untuk cari pasangan hidup through online platforms, tapi small talks is so boring for me. So relationship-relationship online tu termati di situ sahaja.

Keluarga aku biasa-biasa sahaja. Tak memaksa aku untuk berkahwin pun maybe sebab kami adik beradik tak rapat due to age gap, diorang pun busy dengan life diorang.

Circle kawan-kawan pun sentiasa bertukar sebab everytime jumpa yang clique, diorang pulak dah sampai jodoh. So priority dah berubah.

Lama-lama aku pun dah malas untuk keep on building new friendship or terhegeh-hegeh ajak old friends lepak. Aku pernah sibukkan diri dengan kerja even though gaji seciput macam tu je tp counsellor aku cakap aku over worked to escape myself from the real world.

Penat dah apply kerja merata-rata through jobstreet, linkedin etc, yet still no call at all. Sampai aku questioned myself betul ke all these job openings ni? Ke wayang je nak cakap diorang hiring sedangkan yang masuk tu through cable?

Kadang tu rasa mentally drained sebab hidup aku tak kemana, and tiada apa yang nak dibanggakan. Macam ni je ke life aku? Jangan cadangkan aku untuk volunteer sana-sini ya sbb I’ve seen the ugly sides of volunteering world ni. Majority nak free labour je while they make money for their companies.

Takde pulak suicidal thoughts cuma penat untuk hidup. Dah takde sparks or excitement. Ada kawan cadangkan untuk buat goal board, letak dreams aku, ape big why aku and so on, works toward it. Tapi semua tu hangat-hangat tahi ayam. Macam mana ya nak atasi masalah ni?

Thank you in advance guys!

– Fifi Fufu Fuiyoh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *