Kalau orang lain ada makcik yg banding-banding study oversea dgn study local, makcik saya pulak suka membanding universiti awam dan swasta. Makcik ni memang mentaliti dia apa saje yang mahal, semuanya bagus.
Ditakdirkan saya dgn anak makcik ni sebaya. Lepas SPM dulu saya masuk UIA, anak dia which is sepupu saya ni masuk private college buat diploma. Dia dapat tawaran UiTM tapi makcik saya tolak dengan alasan takde 'class' & 'standard'. Mereka ni bukan orang kaya mahupun berada pun, biasa je.
Ceritanya start masa mula-mula masuk UIA, dia tanya mak saya berapa banyak berhabis untuk enroll UIA. Mak kata beli barang keperluan je, yuran alhamdulillah JPA bayar. Lepastu dia pun bukak cerita berapa puluh ribu entah dia habis untuk anak dia masuk kolej swasta & semua kebaikan kolej tu. Tetibe dia cakap kat saya "kenapa nak sangat masuk uia, ranking corot, takde class, bergaul dgn orang mana-mana entah nanti". Time tu baru habis SPM kan, naif, tak tau apa-apa, kita pun angkat bahu je la.
Lepas tu saya pun mulakan foundation & anak dia mula buat diploma. Setiap semester anak dia dean's list, 4flat. Setiap semester jugak makcik ni post kejayaan anak dia. Post kejayaan tu tak hairan, tapi dalam post dia mesti ada tulis ayat-ayat yang berbaur "tak rugi mama bayar berpuluh ribu untuk *** belajar. Kalau ikot orang lain masuk public uni, tak tau la apa akan jadi dgn ***" Lagi-lagi masa sekolah dulu alhamdulillah result saya selalu straight A's, anak dia biasa je. Kadang-kadang tu ada je dalam post dia tulis macam "walaupun *** masa sekolah tak cemerlang mcm org lain, tapi sekarang dia jauh lagi cemerlang dari sepupu-sepupu sebaya". Saya dengan lagi seorang sepupu sebaya memang berbulu je dengan makcik ni. Nasib baik anak dia cool je, tak poyo macam mak dia.
Perkara ni berlarutan sampai ke degree. Setiap kali jumpa raya mesti dia tanya saya pointer saya berapa. Pointer saya dulu biasa-biasa je, standard budak UIA la. Jadinya setiap kali ditanya, saya cuma cakap "biasa je, tak gempak macam ***" Lepastu tak pasal-pasal kena leter asal percaya sangat dgn intitusi awam, mak saya pun banyak kali kena sembur asal tak nak melabur lebih sikit untuk education anak-anak.
Satu hari tu, dalam kelas ada satu subjek ni, topik yang ktorang belajar was Malaysian Education System. Lecturer saya pulak time tu mentioned pasal dia pernah terlibat dgn higher education quality assurance. So saya pun tergerak hati nak tanya mengenai perbezaan quality uni awam & swasta dan kenapa mereka yang belajar di uni swasta lagi senang score berbanding dgn mereka yg study di uni awam.
Jawapan Prof saya bagi time tu memang sangat best, tak sabar nak habis kelas waktu tu sebab nak update status fb guna ayat Prof. Memang saya dah tulis post panjang lebar tapi hati berat nak tekan send. Akhirnya saya tak jadi post. Waktu tu tetiba terfikir kenapa saya kena buat benda yang sama sedangkan saya tak suka diperlakukan sebegitu. Dia perlekehkan orang & rezeki orang lain, tu dia punya masalah. Apa yang saya pikir waktu tu saya taknak buat benda sama kat dia & sepupu saya.
Sampai sekarang dia masih post result anak-anak dia yang lain. Masih dengan mentaliti yang sama. Tapi alhamdulillah fb sekarang ada button unfollow tu, so post-post dia dah tak semak dalam timeline saya. Fast forward 3 tahun selepas grad, rezeki saya di negara orang. Dah setahun lebih menetap dan berkerja di New Zealand. Raya tak dapat balik sebab takde cuti pun, maka tamatlah kisah banding-membanding makcik saya td. Sekian.
P/s: saya pilih untuk tak tulis jawapan yang diberi oleh lecturer saya bagi tidak mengguris hati mana-mana pihak. Confession ni sekadar luahan perasaan tentang makcik yang mulut menyakitkan hati, bukan berniat untuk betul-betul membanding 2 jenis institusi pengajian tinggi.
– Anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Boleh saya nak tahu? :)
Ipts buat soalan ssh time exam sampai ramai kena kick, mmg org x masuk la sana.. Org x masuk, x de sale.. X de sale, x de income.. X de income, x de la keje lec dia tu..
Nk thu jgkk
Sy kakitangan kerajaan dan biasa terlibat dgn mqa, dan anak2 pun belajar di ipta. Ingatlah jika study kat kolej swasta brp lama nak byr hutang yg berpuluh2 ribu tu. Smpai dah beranakpinak pun xtentu lg hutang tu selesai byr
Nak tahu jawapan prof sis :)
Nak tahu jawapan Prof tu
Pm answer prof
Rasanya dia xbgi tahu dah bleh agak apa jwpn prof dia.