PRODUK KESIHATAN ~ MAK AYAH~

tadi ada terbaca post pasal mati.. kebetulan dua tiga hari ni pun, aku terfikir juga pasal mati.. baru2 ni kita dikejutkan dengan berita kematian beberapa "public figure" di negara ni.. antara mereka ada yang pergi mengejut, ada yang sudah tahu awal keadaan kesihatannya, dan ada yang pergi kerana usia. apapun alhamdulillah untuk mereka..sebab yang pasti mereka pergi dalam keadaan husnul khatimah dan beriman. so kadang2 tu aku terfikir juga apakah kesudahan aku nanti.. keluarga aku.
.
P/s korang perasan tak, di negara ni.. kalau sorang "public figure" tu kembali ke rahmatullah.. pasti ada 2-3 orang yang menyusul.. actually, pekara mcm ni kadang-kadang menimbulkan keinsafan aku. tapi aku ni hati dah hitam agaknya.. so keinsafan aku tu kadang-kadang kejap je.lepas tu leka dan lalai lagi.
.
ok, actually bukan itu yang aku nak cakap. aku nak cakap pasal mak ayah aku. mak ayah aku dah berumur.. alhamdulillah mereka masih sihat. so aku nak tanya korang, apa ya produk kesihatan yang ada sekarang ni yang bagus untuk di amalkan. aku sekarang dah ada kerja.. so kalau boleh tiap bulan nak belikan produk kesihatan untuk jaga bahagian2 dalaman mengelak kolestrol, gout, diabetes, darah tinggi, nyanyuk.. dll
.
aku ada juga tengok iklan di tv3, yang jual mcm2 produk untuk org2 berumur, apa ntah nama dia, pamoga, nusantara dherbs…dll. banyak sangat smpai aku pun tak tahu mana nak pilih. so kalau boleh aku nak tahu jika ada sesiapa di sini yang mak ayah dia amalkan produk kesihatan yang baik. aku dah google, tapi biasalah tak semua boleh percaya. pernah juga tanya jurujual kedai, dah namanya tanya, bila dia dh explain berjela2 tu, aku kata nanti lah nak survey dlu.. marah pula.. tu yang aku malas nak tanya lagi..
.
so anyone.. please recommend. aku doakan pada yang sudi baca post ni atau komen, semoga mak ayah korang akan diberikan kesihatan yang baik, dan panjang umur.
thanks in advance.

– ANAK

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *