Program Lepasan Sekolah
Ini sekadar pandangan.
Rata2 badan NGO mahasiswa akan mengadakan satu program untuk para lepasan SPM, STAM, STPM dan lain2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada mereka kerana telah menganjurkan program sebegini untuk kami.
Namun, program yang dianjurkan lebih dihadiri oleh kaum perempuan berbanding kaum lelaki. Terima kasih untuk kaum perempuan kerana anda telah menyokong program sebegini untuk pihak penganjur. Namun, bukan bermakna kaum lelaki tidak menyokong, mungkin mereka lebih cenderung untuk mencari motivasi atau inspirasi dengan cara yang berbeza.
Jadi saya terfikir, ‘Lain orang, lain cara mereka memotivasikan diri’
Saya cukup suka dengan tagline Abg Bad AMPAC ‘The best motivator is yourself’. Ya ! Saya akui ada benarnya kata2 itu. Jadi, dari situ saya motivasikan diri.
Motivasi bukan datang dari satu aspek. Tapi banyak aspek. Selain kata2 Abg Bad itu, ada juga perkara lain yang telah memotivasikan diri saya.
Itu adalah pandangan saya. Mungkin, anda boleh berikan pandangan anda mengenai hal ini :)
Dan, sekalung tahniah kepada Diaper2Degree kerana terdapat slot yang telah memberi pencerahan kepada saya antaranya slot penerangan mengenai course di universiti.
Akhir sekali, terima kasih kepada IIUM Confession kerana telah menerima catatan ini.
– Lepasan SPM