Prosperity Burger dan kerajaan – 9:04 PM

Prosperity Burger dan kerajaan

Assalamualaikum

Ingin saya kongsikan kisah yang terjadi pada saya pada suatu ketika dulu.

Pada suatu hari tiba-tiba saya teringin makan Prosperity Burger di McDonald sebagai sarapan pagi merangkumi makan tengahari.

Namun begitu, saya terfikir, jika makan Prosperity Burger di McDonald termasuk set air dan kentang pasti sudah mencecah RM 17 -18. Saya melihat wang di dalam dompet saya cuma ada RM 10. Wang di dalam akaun bank saya yang telah disisihkan untuk perbelanjaan bulan January 2016 pula cuma tinggal RM800.

Jika saya pergi makan Prosperity Burger pada hari itu pasti perbelanjaan untuk saya dan ibu tidak cukup. Saya sedar saya tidak mampu, lantas saya terus sahaja ke Food Court di PNB Darby Park dan makan nasi ayam kunyit bernilai RM 5 dan air kosong 50 sen. Saya memujuk hati saya dengan menganggap McDonald adalah kepunyaan Yahudi dan patut diboikot.

Beginilah rupanya jadi orang miskin….

Dalam perjalanan pulang ke stesen LRT Ampang Park, saya terlihat ada orang cacat minta sedekah di tepi jalan. Saya pun duduk bersila di sebelahnya sebentar untuk merasai kehidupannya. Selepas 5 minit duduk menemankan dia minta sedekah, saya pun bangun dan memberikan dia sedikit wang sambil tersenyum.

Saya teringat pesanan ibu saya,

"Kita manusia asalnya dari tanah, nanti dah mati pun ditanam ke dalam tanah, kenapa kita mesti punya nafsu melangit ?"

Beginilah rupanya jadi peminta sedekah dan orang miskin. Maruah sudah tidak penting lagi bagi orang miskin, yang penting mampu teruskan hidup. Saya benar2 berasa insaf dan bersyukur kerana Allah masih beri rezeki yg cukup banyak pada saya.

Wahai sang pemimpin, saya juga menasihati anda agar keluar ke kawasan rakyat marhaen tanpa pengawal dan bodyguard, lalu duduk di sebelah peminta sedekah atau penjaja dan peniaga pasar malam. Rasailah apa yg rakyat marhaen rasakan, duduk di bawah teriknya matahari dan basahnya hujan demi sesuap rezeki. Semoga Allah memberi hidayah kepada anda agar berhenti menyeksa kami rakyat marhaen dengan kenaikan barang dan cukai.

– Mr.Reservoir Engineer

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *