Assalamualaikum semua. Saya seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Dah 10 tahun saya berkahwin, dan hari ini saya nak luahkan perasaan serta mohon pandangan.
Sejak tahun pertama perkahwinan, suami saya tidak memberikan nafkah dari segi tempat tinggal, makan minum, atau pakaian — semuanya saya tanggung sendiri.
Tahun kedua perkahwinan, saya berhenti kerja sebab mengandung anak pertama, dengan harapan suami belajar memikul tanggungjawab.
Walaupun hidup susah (pernah ditahap kongsi sebungkus maggi berdua), saya tetap bersyukur dan berusaha bertahan.
Kami datang daripada latar belakang berbeza — saya dari keluarga yang serba cukup, suami dari broken family. Tapi saya pilih dia kerana cinta, bukan kerana harta.
Ketika anak kedua lahir, sekali lagi saya lalui semuanya sendiri — mengandung, bersalin, berpantang — tanpa bantuan.
Baru keluar hospital, saya dah uruskan makan minum, mandikan bayi, sediakan sarapan untuk suami dan anak sulung.
Suami mula bagi RM1,000 sebulan bila anak-anak dah bertambah. Tapi RM1,000 itu untuk semua keperluan anak-anak dan rumah — transit, susu, pampers, barang dapur, sabun — bukan untuk saya peribadi.
Gaji suami RM5,000, dan selepas tolak komitmen serta nafkah itu, katanya dia hanya ada RM2,000 untuk diri sendiri, yang juga sering tak cukup katanya (untuk minyak, tol, lunch).
Bila saya minta tambah, saya dianggap membazir.
Tahun ke-8 perkahwinan, saya mengandungkan anak ketiga. Semua kelengkapan bayi, termasuk kos hospital, saya tanggung sendiri lagi.
Urusan anak-anak harian pun saya buat seorang diri. Suami jarang uruskan anak — tukar lampin pun tidak pernah.
Untuk makluman, suami saya bukan kaki pukul, dan tidak ada orang ketiga dalam perkahwinan kami.
Cuma dari segi tanggungjawab rumah tangga, saya rasa terlalu banyak beban diletakkan atas bahu saya seorang.
Sekarang ini, saya terlalu penat — fizikal, mental, dan emosi.
Saya tertanya-tanya, adakah saya terlalu mengalah selama ini?
Atau adakah saya salah kerana mula rasa nak ‘angkat kaki’?
Saya harap dapat pandangan ikhlas dari kalian. Terima kasih kerana sudi baca luahan saya.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kalau hidup bersama sekadar memberi benih, baik hidup sendiri je. tiang lampu lagi berfungsi dari dia.
Entahla kak.. Ko dah tahu laki ko jenis bakhil patutnya anak sorang je