PTPTN
Assalamualaikum. Hai semua. Hai awak. Apa khabar. Aku salah seorang student di kolej swasta yang agak famous di Malaysia ni. Aku adalah bakal peminjam PTPTN sebab tiada tajaan lain. Mungkin keadaan ekonomi yang sedang bermasalah.
Problem nya kat sini yuran pengajian aku dalam 3k. Berdasarkan slip gaji parents aku, aku akan dapat PTPTN tu dlm 2k ++ sahaja. Means, aku kene topup pakai duit aku lagi. Yang kawan aku ni agak miskin la. PTPTN dia mungkin boleh dpt dlm 3k ++.
So, pinjaman PTPTN aku hanya untuk bayar pengajian sahaja. Bagaimana dengan asrama, duit makan, duit tambang balik rumah?
Kakak aku dulu belajar di IPTA yang yuran murah tu. Dia peminjam PTPTN jugak. Tapi dapat la sikit duit untuk makan, untuk tambang balik rumah hujung minggu.
Ya Allah permudahkan la pembelajaran aku hingga ke akhir semester.
– Cik Bunga